Memaparkan catatan dengan label Angkasawan Negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Angkasawan Negara. Papar semua catatan

Bayi keliru mana satu iPad, majalah [video]

on Ahad, 16 Oktober 2011

السلام عليكم

BAYI perempuan ini keliru apabila majalah yang diberikan tidak berfungsi sama seperti iPad milik ibunya. - YouTube
LONDON - Benarkah pengasas bersama firma elektronik Apple Corp, mendiang Steve Jobs telah menunjukkan hala tuju masa depan manusia?

Sebuah akhbar di Britain melaporkan itulah yang kelihatan berlaku kepada seorang bayi perempuan.

Baru berusia setahun, bayi itu sudah pandai mengetik skrin komputer iPad milik ibunya tetapi apabila sebuah majalah diletakkan di hadapannya, dia menjadi keliru.

Anak kecil tersebut tidak faham mengapa gambar dalam majalah tidak bergerak seperti imej di skrin iPad apabila ditekan.

Telatah lucunya mencetuskan sensasi di laman perkongsian video YouTube selepas ibunya menghantar rakaman klip video berkenaan yang disiarkan baru-baru ini.

"Bagi anak saya, majalah adalah komputer iPad yang tidak berfungsi. Semua itu berlaku kerana Steve Jobs. Dia mungkin tidak berminat dengan buku apabila meningkat dewasa kelak," kata tulisan pada penghujung klip video berkenaan. - Agensi




video yang dimaksudkan

Lindungi computer anda dari ancaman virus dengan KIS hanya RM 27 sahaja
Hanya RM 27

Angkasawan Negara sambut bayi sulung!!!

on Sabtu, 23 Julai 2011

السلام عليكم



Taniah diucapakan kepada Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muzaphar dan Datin dr Halina kerana penantian mereka untuk bergelar 'mummy' dan 'daddy'  telah berakhir setelah melahirkan anak sulung mereka. Bayi sulung mereka itu selamat dilahirkan pada jam 9 malam, 21 julai 2011 di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Bayi perempuan seberat 3.6 kg itu dilahirkan dengan menggunakan kaedah bersalin dalam air. Datuk Dr Sheikh Muzaphar bercadang hendak menamakan puteri sulung mereka sebagai Sofea.