[Google Drive Link] Agen Ali (Update Episode 5)

on Rabu, 3 Ogos 2016

Assalamualaikum,


Setelah kerjayaan animasi 3D Malaysia Upin dan Ipin dan juga BoboiBoy.. Kini sebuah lagi syarikat tempatan telah menghasilkan Animasi 3D terbaru iaitu Ajen Ali dari Wau Animation. Wau Animation merupakan sebuah studio animasi CG (computer graphics) yang ditubuhkan pada 18 Mac 2013 oleh sekumpulan bakat muda kreatif yang memiliki sehingga 7 tahun pengalaman dalam menghasilkan CG siri animasi dan filem yang memenangi anugerah berganda.



Secara ringkas sinopsis cerita ini setelah 3 episode yang ZF tonton adalah animasi ni menceritakan Ali yang merupakan pelajar sekolah yang secara kebetulan telah mengaktifkan IRIS yang merupakan alat ciptaan MATA Training Academy sebuah makmal rahsia yang  menjalankan risikkan terhadap kes-kes jenayah. IRIS boleh meramal bahaya dan kaedah untuk menaganinya. Disebabkan IRIS hanya boleh mengenal pengguna yang pertama mengaktifkannya. Pihak MATA Training Academy terpaksa menjadikan Ali menjadi ejen untuk menyelesaikan misi untuk mengunakan IRIS kerana itu.

Dibawah adalah di Link untuk mendownload Agen Ali.



[Video] Koleksi Iklan Hari Raya 2016

on Jumaat, 24 Jun 2016


Assalamualaikum,

Aura Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri. Sudah tentu antara perkara yang ditunggu-tunggu adalah iklan Hari Raya Aidilfitri yang pastinya menyentuh perasaan kita semua dari syarikat seperti Petronas, Telekom Malaysia mahupun syarikat lain.



Siberturahim - Samsung

Perbualan sebuah keluarga di Media sosial dan menjadi tegang apabila mengingatkan kembali kisah lalu mengenai pergaduhan antara Along dan Angah... Saksikan kesudahan didalam video ini

#LepasTu - TNB

 Mengisahkan tentang Din yang telah banyak melakukan kesalahan dan menyembunyikan kesemua kesalahannya itu.. Pada pagi Raya, semua kisah Din terbongkar jua. 

#RayaNiMestiCun - Watsons

 Kisah mengenai Kiah Selfie, Siti Tudung dan Limah Skema sering dihina oleh penduduk setempat dan tiga gadis ini melakukan transformasi di Watsons.

Hati Yang Mulia dari - Breeze


Di sebalik setiap kotoran, ada kemurahan hati. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita curah kasih kepada yang kurang bernasib baik dengan menderma baju raya. Jangan lupa untuk saksikan kesinambungan cerita ini pada akhir bulan ini!

Berikan Masa - Astro

Bagi kanak-kanak “masa” itu kasih sayang Sekecil mana pengorbanan anda lakukan, nilainya sangat besar bagi mereka. Jangan berhenti berikan masa. 

Rezeki yang dikongsi lebih diberkati - TM

 Sofea adalah seorang yang berhati mulia, tidak suka kepada pembaziran malahan sentiasa membantu golongan yang susah. Sifat Sofea yang pada mulanya menjadi sindiran, tetapi akhirnya memberi keinsafan kepada rakan-rakannya supaya bersama-sama berkongsi juadah kepada mereka yang memerlukan.

Macam mana nak Raya - Jakel

 Baju senteng? Seluar singkat? Poket kecil? Macam mana nak raya ni? hehehehehe..... Pernah ke benda jadi kat Jep ni jadi kat korang???

Cara Kenal Pasti Cermin Dua Hala

on Isnin, 18 April 2016

Assalamualaikum,

Jika sebelum-sebelum ini ZF sering kali melihat post-post di Facebook mengenai cermin dua hala ini.. Pada awalnya ZF hanya percayakan post-post itu 50/50 sahaja... Tertapi setelah melihat video ini kepercayaan ZF terhadap post-post tersebut adalah 100%...




Jadi kepada wanita-wanita diluar sana sila berhati-hati semasa menukar pakaian.. Pastikan anda lakukan langkah-langkah ini sebelum mencuba atau menukar pakaian anda dihadap cermin seperti bilik persalinan di shopping mall atau ketika ditandas..

(Official Music Video | Lirik Lagu) Najwa Latif - Satu

on Isnin, 26 Oktober 2015

Assalamualaikum,

Lagu bertajuk SATU merupakan single terbaru Najwa Latif bagi tahun 2015 dengan lagu yang dihasilkan sendiri oleh Najwa dan lirik oleh kakak nya. Sebagai peminat Najwa, ZF tulis post ini tanda menyokong hasil usaha beliau dalam mengembangkan industri muzik tanahair. Jom layan Music video untuk single tebarunya dibawah...




Lirik Lagu Satu - Najwa Latif

Dulu kita tiada beza,
Hanya seperti manusia biasa, 
Yang ditakdir jatuh cinta,
Jatuh cinta pandang pertama,

Tak ku sedar entah mengapa,
Kita semakin jauh berbeza,
Kau tinggal ku begitu saja,
Dan hilang dari depan mata,

Berikan aku satu peluang,
Peluang untuk mencintaimu,

Berikan aku satu peluang,
Peluang untuk merinduimu,

Sekali lagi,
Oh..

Sekali lagi,
Ohh..

Adakah engkau lupa,
Saat pertama kita jatuh cinta,
Senyum tawa sedih duka,
Kita lalui bersama,

Penukul Thor Berjaya Dicipta

on Khamis, 15 Oktober 2015

Assalamualaikum,

Sebut sahaja Thor pasti ramai yang kena dengan watak lelaki perkasa dengan penukulnya yang hanya beliau sahaja yang boleh mengangkat tukul tersebut...


Jadi itu lah yang direalisasikan oleh seorang jurutera yang berjaya mencipta satu tukul yang hanya beliau sahaja yang boleh mengangkatnya.. Saksikan video dibawah...




[Video] Bungee jumping tanpa tali??

on Jumaat, 18 September 2015

Assalamualaikum,


Adakah benar-benar boleh untuk kita lakukan bungee jumping tanpa menggunakan tali? Itu yang cuba ditunjukan oleh sebuah syarikat iaitu IKEA dalam video berdurasi 3:05 minit. Menggunakan konsep kutub yang terdapat pada magnet untuk melakukannnya.. Mari kita lihat video dibawah bagimana ia dilakukan..




Percaya dengan video ini? Sebenarnya ia hanya sekadar promo sahaja yang dilakukan oleh pihak IKEA untuk mempromosi wireless charging dari mereka.