[Video] Koleksi Iklan Hari Raya 2016

on Jumaat, 24 Jun 2016


Assalamualaikum,

Aura Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri. Sudah tentu antara perkara yang ditunggu-tunggu adalah iklan Hari Raya Aidilfitri yang pastinya menyentuh perasaan kita semua dari syarikat seperti Petronas, Telekom Malaysia mahupun syarikat lain.



Siberturahim - Samsung

Perbualan sebuah keluarga di Media sosial dan menjadi tegang apabila mengingatkan kembali kisah lalu mengenai pergaduhan antara Along dan Angah... Saksikan kesudahan didalam video ini

#LepasTu - TNB

 Mengisahkan tentang Din yang telah banyak melakukan kesalahan dan menyembunyikan kesemua kesalahannya itu.. Pada pagi Raya, semua kisah Din terbongkar jua. 

#RayaNiMestiCun - Watsons

 Kisah mengenai Kiah Selfie, Siti Tudung dan Limah Skema sering dihina oleh penduduk setempat dan tiga gadis ini melakukan transformasi di Watsons.

Hati Yang Mulia dari - Breeze


Di sebalik setiap kotoran, ada kemurahan hati. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita curah kasih kepada yang kurang bernasib baik dengan menderma baju raya. Jangan lupa untuk saksikan kesinambungan cerita ini pada akhir bulan ini!

Berikan Masa - Astro

Bagi kanak-kanak “masa” itu kasih sayang Sekecil mana pengorbanan anda lakukan, nilainya sangat besar bagi mereka. Jangan berhenti berikan masa. 

Rezeki yang dikongsi lebih diberkati - TM

 Sofea adalah seorang yang berhati mulia, tidak suka kepada pembaziran malahan sentiasa membantu golongan yang susah. Sifat Sofea yang pada mulanya menjadi sindiran, tetapi akhirnya memberi keinsafan kepada rakan-rakannya supaya bersama-sama berkongsi juadah kepada mereka yang memerlukan.

Macam mana nak Raya - Jakel

 Baju senteng? Seluar singkat? Poket kecil? Macam mana nak raya ni? hehehehehe..... Pernah ke benda jadi kat Jep ni jadi kat korang???
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan