Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan

[Video] Koleksi Iklan Hari Raya 2016

on Jumaat, 24 Jun 2016


Assalamualaikum,

Aura Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri. Sudah tentu antara perkara yang ditunggu-tunggu adalah iklan Hari Raya Aidilfitri yang pastinya menyentuh perasaan kita semua dari syarikat seperti Petronas, Telekom Malaysia mahupun syarikat lain.



Siberturahim - Samsung

Perbualan sebuah keluarga di Media sosial dan menjadi tegang apabila mengingatkan kembali kisah lalu mengenai pergaduhan antara Along dan Angah... Saksikan kesudahan didalam video ini

#LepasTu - TNB

 Mengisahkan tentang Din yang telah banyak melakukan kesalahan dan menyembunyikan kesemua kesalahannya itu.. Pada pagi Raya, semua kisah Din terbongkar jua. 

#RayaNiMestiCun - Watsons

 Kisah mengenai Kiah Selfie, Siti Tudung dan Limah Skema sering dihina oleh penduduk setempat dan tiga gadis ini melakukan transformasi di Watsons.

Hati Yang Mulia dari - Breeze


Di sebalik setiap kotoran, ada kemurahan hati. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita curah kasih kepada yang kurang bernasib baik dengan menderma baju raya. Jangan lupa untuk saksikan kesinambungan cerita ini pada akhir bulan ini!

Berikan Masa - Astro

Bagi kanak-kanak “masa” itu kasih sayang Sekecil mana pengorbanan anda lakukan, nilainya sangat besar bagi mereka. Jangan berhenti berikan masa. 

Rezeki yang dikongsi lebih diberkati - TM

 Sofea adalah seorang yang berhati mulia, tidak suka kepada pembaziran malahan sentiasa membantu golongan yang susah. Sifat Sofea yang pada mulanya menjadi sindiran, tetapi akhirnya memberi keinsafan kepada rakan-rakannya supaya bersama-sama berkongsi juadah kepada mereka yang memerlukan.

Macam mana nak Raya - Jakel

 Baju senteng? Seluar singkat? Poket kecil? Macam mana nak raya ni? hehehehehe..... Pernah ke benda jadi kat Jep ni jadi kat korang???

Cara Kenal Pasti Cermin Dua Hala

on Isnin, 18 April 2016

Assalamualaikum,

Jika sebelum-sebelum ini ZF sering kali melihat post-post di Facebook mengenai cermin dua hala ini.. Pada awalnya ZF hanya percayakan post-post itu 50/50 sahaja... Tertapi setelah melihat video ini kepercayaan ZF terhadap post-post tersebut adalah 100%...




Jadi kepada wanita-wanita diluar sana sila berhati-hati semasa menukar pakaian.. Pastikan anda lakukan langkah-langkah ini sebelum mencuba atau menukar pakaian anda dihadap cermin seperti bilik persalinan di shopping mall atau ketika ditandas..

Penukul Thor Berjaya Dicipta

on Khamis, 15 Oktober 2015

Assalamualaikum,

Sebut sahaja Thor pasti ramai yang kena dengan watak lelaki perkasa dengan penukulnya yang hanya beliau sahaja yang boleh mengangkat tukul tersebut...


Jadi itu lah yang direalisasikan oleh seorang jurutera yang berjaya mencipta satu tukul yang hanya beliau sahaja yang boleh mengangkatnya.. Saksikan video dibawah...




[Video] Bungee jumping tanpa tali??

on Jumaat, 18 September 2015

Assalamualaikum,


Adakah benar-benar boleh untuk kita lakukan bungee jumping tanpa menggunakan tali? Itu yang cuba ditunjukan oleh sebuah syarikat iaitu IKEA dalam video berdurasi 3:05 minit. Menggunakan konsep kutub yang terdapat pada magnet untuk melakukannnya.. Mari kita lihat video dibawah bagimana ia dilakukan..




Percaya dengan video ini? Sebenarnya ia hanya sekadar promo sahaja yang dilakukan oleh pihak IKEA untuk mempromosi wireless charging dari mereka. 

[Video] Koleksi Iklan Hari Raya 2015 (Part 2)

on Ahad, 12 Julai 2015

Assalamualaikum,

Aura Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri. Sudah tentu antara perkara yang ditunggu-tunggu adalah iklan Hari Raya Aidilfitri yang pastinya menyentuh perasaan kita semua dari syarikat seperti Petronas, Telekom Malaysia mahupun syarikat lain.



Sambungan post sebelum ini.

Potret Teristimewa by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak

Filem pendek kisah sedih seorang anak merindui ayahnya yang dipenjarakan akhirnya terubat menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Kad Raya Syafiqa by PTS Media Group


Sebagaimana pentingnya ibu bapa kepada kita, begitu juga kita di mata mereka.
Bahagiakanlah mereka selagi masih ada waktu.

Kisah benar Herman by Astro

Setiap insan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Dan setiap insan berhak untuk mendapat kemaafan. Kemaafan sebenar tidak hanya semasa hari perayaan. Tidak hanya dituturkan ketika azan 1 Syawal.

Sinar baru by TNB 

Bulan Ramadhan tidak pernah jemu membawa sinar pembaharuan dalam hati kita. Tetapi apakah tindakan kita selepas ia berlalu? Ketahui maksud yang ingin TNB sampaikan tentang keindahan bulan ini dalam iklan Hari Raya tahun ini.

 #SyawalPakLeman by MyDin


Leman adalah seorang ayah yang buta tinggal bersama anaknya, Wani. Punca rezeki Pak Leman adalah daripada bermain biola di Chow Kit. Di Chow Kit, Leman berkawan dengan seorang makcik penjual tisu, Yah. Yah mempunyai seorang anak, Moin. Yah dan Moin hidup daif di tepi jalanan Kuala Lumpur.
#InikanRaya by RTM


Eratkan silaturrahim sesama kita. Bersama itu lebih bermakna.

Hari Raya TVC by AEON Malaysia

AEON wishes all customers 'Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin'.

[Video] Koleksi Iklan Hari Raya 2015 (Part 1)

Assalamualaikum,

Aura Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri. Sudah tentu antara perkara yang ditunggu-tunggu adalah iklan Hari Raya Aidilfitri yang pastinya menyentuh perasaan kita semua dari syarikat seperti Petronas, Telekom Malaysia mahupun syarikat lain.



Untuk post kali ini ZF akan kumpulkan video-video ini ke dalam post ini dan akan diupdate dari masa ke semasa. Semoga iklan-iklan ini menjadi inspirasi kepada penonton disamping memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

CUTI RAYA by FINAS

Mengisahkan tentang mirul yang sudah berkerja tetapi tidak dapat cuti ketika hari raya dan akhirnya pada tahun ini baru cuti untuk hari raya kali ini diluluskan.
#PakCikMisteri by TM

Azura seorang eksekutif muda yang agak kedekut, kalau boleh selalu nak orang belanja makan. Pada satu malam, kunci kereta hilang bersama dompetnya dan dia tak dapat balik rumah. Tiba-tiba seorang #pakcikmisteri sengkek datang membantunya dengan rela hati.

Pengacau Raya by BSN


Apakah yang akan terjadi, sekiranya seorang Pengacau Raya hadir di rumah anda di Hari Raya untuk mengacau segalanya? Apakah yang anda akan lakukan? Jom kita tengok bagaimana seorang lelaki menjadi Pengacau Raya, buat selama-lamanya.

Bandar-Raya by Naza TDDI


Mengisahkan tentang pasangan atuk dan nenek di dalam perjalanan untuk menyambut perayaan Hari Raya bersama anak mereka. Tetapi mereka dapati sibuk dengan hal masing-masing.. Dan mereka berusaha cuba untuk menarik perhatianan anak dan cucu mereka.

#SukurSelalu by Media Prima

Apabila kita melihat dengan hati, sekecil mana pun kurniaan Ilahi, pasti menzahirkan kebahagiaan yang tidak ternilai. Panjatkan #SyukurSelalu di Ramadan dan Syawal ini. Jom kita sampaikan mesej syukur ini dengan yang tersayang.

Baju Raya Hitam by Jabatan Imigresen Malaysia

Mengisahkan Pegawai Imigresen yang bertugas berkorban demi Agama, Bangsa & Negara menggalas tanggungjawab menjaga pintu masuk negara.
Maaf by Mudah.my

It takes a strong person to say sorry and an even stronger person to forgive. This coming Hari Raya, remember that true forgiveness can't be bought, but is freely given from the heart.
Sambungan Part 2

[Video] Solat Tarawih 23 Rakaat Dalam Masa 7 Minit

on Ahad, 28 Jun 2015

Assalamualaikum,


ZF kembali setelah 2 hari blog ini down kerana masalah pada setting domain. Bagi untuk meningkatkan balik trafik blog ini ZF nak berkongsikan dengan anda semua video yang sedang viral di media sosial mengenai Solat tarawih palig cepat seterusnya bagi meningkatkan semula trafik blog ini..hehehehehe

2 hari blog down..sob3x.:(
Dibawah adalah video dimana cepatnya solat tersebut dikerjakan. Solat ini dikerjakan sebuah sekolah agama di Udanawi, Blitar, Indonesia dan telah menjadi tradisi disitu.




[Video] Kambing Panjat Pokok

on Selasa, 11 November 2014

Assalamualaikum,



Biasanya kita tengok keraatau monyet jer yang pandai panjat pokok.. Tapi macam mana palak rupanya klu kambing pulak yang panjat pokok???? Saksikan video dibawah



(Official Music Video | Lirik Lagu) Macam cantik je, Macam Comel jer - Amar ft Syasya Solero.

on Selasa, 14 Januari 2014

Assalamualaikum,


Sapa yang tak kenal dengan awek legoland iaitu Syasya Solero yang telah memuat naik satu video yang telah menjadi bualan seluruh warga sosial media di Malaysia. Banyak kritikan yang beliau dapat kesan dari video tersebut. Tekanan demi tekanan pasti diterima oleh Syasya. Bukan setakat dirinya tetapi turut terpalit ibubapa dan keluarganya. Saya pasti adik ni jadi bahan ejekan rakan-rakan disekolahnya. Boleh jadi MENTAL kalau seseorang itu tidak tahan perasaan.

Oleh itu, Amar mendapat idea untuk membuatkan lagu khas untuk Syasya bagi menutup kesilapannya yang tidak diduga itu. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Janganlah kita menyalahkan sesuatu pihak hanya kesilapannya yang kecil, kita menghukum seolah-olah kita adalah Tuhan. Siapa diri kita untuk menghukum kesalahan seseorang?

ZF tidak mahu karang panjang-panjang lagi mari kita layan Official music video "Macam cantik je, Macam Comel jer - Amar ft Syasya Solero"




Macam cantik je, Macam Comel jer - Amar ft Syasya Solero.

Perhatikan keindahan alam dan diri
Betapa agungnya kuasa Ilahi
Hebatnya Dia yang Maha Pencipta
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akhbar

Kecantikan keindahan yang diberi
Hanya pinjaman sementara
Sebagai ujian untuk kita
Apakah bersyukur atau sebaliknya

Korus
Macam cantik jer macam comel jer
Semua ciptaan Allah
Macam cantik jer macam comel jer
Segala pujian kembali padaNya

Macam cantik jer macam comel jer
Indahnya Tuhan ciptakan kita
Macam cantik jer macam comel jer
Ajaibnya alam semesta

Kecantikan keindahan yang diberi
Hanya pinjaman sementara
Sebagai ujian untuk kita
Apakah bersyukur atau sebaliknya

Sesama kita jangan mengata, usah menghina kelak sama tarafnya
Janganlah pula meletakkan diri yang mulia ini pada tahap yang rendah
Menjadi fitnah, kita ada maruah, kita punya amanah

Cantikkan akhlak comelkan peribadi
Ia pemikat hati, ia hiasan diri
Kembalilah kita kepada fitrah kejadian
Keindahan alam dan diri sempurna ciptaan Yang Maha Esa

Ulang Korus

Bersyukurlah kita dengan nikmatnya

Syasya suka mata Syasya ni

Video dan Gambar Majlis Akad Nikah Diana Amir

on Sabtu, 26 Oktober 2013

Assalamualaikum,

Tepat jam 9.30 malam semalam perlakon Nurdiyana Amir Hashim atau lebih dikenali sebagai Diana Amir, 27 sah bergelar isteri kepada Mohd Habib Bullah A Rahman, 26, yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.


Mereka dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Hazaruddin Baharuddin dengan sekali lafaz sahaja. Majlis berlangsung tanpa wang dan dulang hantaran, cukup sekadar Diana menerima senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000.

Saksikan Video detik-detik Diana Amir sah menjadi isteri Habib.






More

[Video] Kecoh gol ‘hantu’ Stefan Kiessling

on Ahad, 20 Oktober 2013

Assalamualaikum,


PERLAWANAN Bundesliga membabitkan Hoffenheim menentang Bayer Leverkusen di Wirsol Rhein-Neckar-Arena awal pagi semalam berakhir kontroversi apabila jaringan Stefan Kiessling didakwa tidak sah dan dikatakan berhantu.


Bola hasil tandukan Kiessling tersasar ke sebelah kanan namun ia menembusi jaring sekali gus mengelirukan pengadil yang menganggapnya sebagai jaringan sah.


Berpunca daripada sepakan sudut minit ke-70, Kiessling menanduk ke arah gawang tuan rumah namun ianya sekadar menggegar jaring sebelah kanan.

Kiessling kecewa kerana tandukannya tidak membuahkan hasil tetapi pengadil Felix Brych menyatakan gol sekali gus membuatkan Kiessling sedikit kebingungan dan rakan-rakannya meraikan 'jaringan' berkenaan.

Ulang tayang memaparkan bola jelas keluar daripada gawang Hoffenheim dan ianya 'masuk' melalui satu lubang jaring dan terus menerjah ke dalam pintu gol.

Sementara itu, Pengarah Sukan Hoffenheim, Alexander Rosen tidak berpuas hati dan menyifatkan ia satu skandal.

"Kami pasti akan meminta ulang tayang! Pemain Leverkusen tidak merayakannya (jaringan Kiessling)," katanya. -sumber-

Saksikan video dibawah ini--->


[Video] Hamster Kecil Pandu Lori 15 tan dilaluan kuari berbahaya

on Jumaat, 27 September 2013

Assalamualaikum,

Bertapa bahayanya membiarkan seekor hamster memandu sebuah lori 15 tan dilaluan jalan kuari yang sangat berbahaya di Spain.


Sebenarnya jurutera dari Volvo mahu menunjukkan bertapa ringannya stereng lori generasi terbaru keluaran meraka. Jadi mereka mengubah setereng pemandu pada FMX Volvo ke satu roda permainan hamster dan diletakkan seekor hamster yang diberi nama Charlie di dalam roda tersebut.

Meh saksikan bagaimana hamster ni memandu...

Bila Avril Lavigne Nyanyi Lagu Raya

on Rabu, 24 Julai 2013

Assalamualaikum,


Kalau dalam post sebelum ini ZF ada kongsikan video Orang Putih Nyanyi lagu Najwa Latif kali ni ZF nak kongsikan lak video Avril Lavigne Nyanyi lagu Raya bertajuk Pulang Di Hari Raya. Biasa la time-time nak raya ni mesti kes Avril dah lama tak balik beraya, lepas geram nyanyi lagu raya..hahaha.

(Official Music Video | Lirik Lagu) Cuba Teka - Tasha Manshahar

on Selasa, 16 Julai 2013

Assalamualaikum,


Halo semua pembaca blog ZF. Pasti ramai yang dah boleh menghafal lagu dibawah ni bertajuk Cuba Teka by Tasha Manshahar. Apa-apa pown original version dari Tasha Manshahar lagi best dari Official Music Video ni. Sama jugak dengan Be Mine. Jom layanzzz....




Lirik Lagu  Cuba Teka - Tasha Manshahar

Matamu lembut bagai bayu
Juga awan biru di langitku
Senyum mu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi

Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?

Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Matamu redup bagai bayu
Juga awak biru di langitku
Senyummu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi

Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?

Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Cuba cuba
Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?
Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Caramu mempersona kalbu
Sesungguhnya aku tahu kamu terbaik untuk diriku

Penjelasan Pemilik Video Kapel Seminggu

on Rabu, 10 Julai 2013

Assalamualaikum,


Jika sebelum ni ZF ada membuat post Baru seminggu kapel dah buat video untuk future hubby jadi disini pula ZF terdetik hati untuk berkongsikan dengan anda penjelasan adik Puteri Awani mengenai isu video terbabit.

Rupanya adik Puteri Awani seorang blogger jugak.  So penjelasan tentang itu ditulis didalam blog beliau. Setakat ini sebanyak 1,270  komen  telah diberi(semasa entri ini ditulis). Post tersebut bertajuk Allah Rindukan Doa Hambanya :'( dan ini adalah kandungan dalam post terbabit.


Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan cerita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baikbaik daripada anda semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.
Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia. 

Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :') Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat. Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang . 
Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin cerita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah. 
SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa . 
Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :')

ZF ingin memohon maaf kalu post sebelum ini ada menyakitkan hati sesiapa. Sebagai seorang muslim yang akan menyambut dan melaksanakan tanggungjawab Ramadan minta untuk hentikan semua tomaha yang negatif kerana beliau telah pown sedar dengan tindakan yang tidak dapat dijanka itu..

Pada yang diluar sana ambil ini sebagai iktibar untuk tidak berkongsikan hal-hal PERIBADI dimana-mana laman sosial. Dan nasihat ZF untuk adik dan ery tidak perlu membuat status hubugan sebagai berkahwin cuba lihat gambar dibawah luahan hati seorang ibu jika adik membuat status perhubungan seperti itu.


Pada yang belum tengok terjah sini----> Video Kapel Seminggu

Baru seminggu kapel dah buat video untuk future hubby

on Isnin, 8 Julai 2013

Assalamualaikum,


Hey la budak ni, baru seminggu kapel, dah kecoh buat video bagai. siap berjanji-janji lagi. sedar tak janji tu mungkin akan memakan diri sendiri. Kalo muslim, kan elok kalo kita menyebut In shaa Allah... tak perlu berjanji bagai.

Sebab, dia tu belum tentu jodoh awak dan jodoh tu ditangan tuhan.. btw, ZF nk wish... moga hubungan korang ke jinjang pelamin dan kekal hingga hujung nyawa korang. Tapi, kalo jodoh korang tak panjang... jangan la frust sangat...

‎P/s: Umur setahun jagung, masih sekolah lagi... tak payah sibuk nak kapel la dik oi. Tu, mak ayah kat rumah sedang menanti kejayaan mu.


Bila Orang Barat Nyanyi Lagu Najwa Latif

on Selasa, 2 Julai 2013

Assalamualaikum,


Haa... tu dia penangan lagu 'SAHABAT' yang didendangkan Adek Najwa Latif ni.. Secara jujurnya ZF nak kata semua lagu-lagu dia ZF suka dengan sebab tu kalau ada sapa yang ikuti blog ZF ni mesti dapat je update terbaru tentang Adek Najwa Latif.

Nak dijadikan cerita orang putih pown suka lagu sahabat.. Bukan orang putih yang datang melawat Malaysia tapii... orang putih nun jauh kat Amerika. Dia orang nyanyi ramai-ramai dalam kelas muzik ker apa tah... Hebat tak hebat penangan lagu Sahabat ni. Jom layan video mereka nyanyi.




Tahniah juga wat Adek Najwa kerana telah sambung pengajian ke universiti.. Korang tau tak U mana Najwa pilih??? Terjah Entry ini---->>> NAJWA LATIFF SAMBUNG BELAJAR DI U.....?

Video Awin Nurin cium Izzue Islam

on Ahad, 30 Jun 2013

Assalamualaikum,


 

Ehem.. ehem... Amboii.. Sejak depa kawin.. Makin sweetlah depa nie.. Hahaha... Awak-awak yang lain-lain tu.. Jangan jeles auuww.. Akhz!

Klip Eksklusif 7 Minit BoBoiBoy Season 3 Episode 1

on Rabu, 19 Jun 2013

Assalamualaikum,


Minggu lalu Animonsta Studios melalui laman sosial youtube mereka telah menerbit video berdurasi 7 minit bagi Episode 1 Boboi Boy bagi musim yang ketiga. Setelah menontonya kelihatan bahawa jalan penceritaannya semakin dramatik dan semakin penuh dengan aksi-aksi. Jom lihat Klip Eksklusif 7 Minit BoBoiBoy Season 3 Episode 1.. Untuk smbungannya sama-sama kita nantikannya di TV3.




(Official Music Video | Lirik Lagu) I Love You - Najwa Latif

Assalamualaikum,

Ini adalah muzik video rasmi untuk lagu I Love You yang dimuatkan dalam mini album Najawa Latif. Dengar dan hayati lirik lagu yang cuba disampaikan menerusi lagu ini.



Lirik I Love You- Najwa Latif

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you