(Official Music Video | Lirik Lagu) Macam cantik je, Macam Comel jer - Amar ft Syasya Solero.

on Selasa, 14 Januari 2014

Assalamualaikum,


Sapa yang tak kenal dengan awek legoland iaitu Syasya Solero yang telah memuat naik satu video yang telah menjadi bualan seluruh warga sosial media di Malaysia. Banyak kritikan yang beliau dapat kesan dari video tersebut. Tekanan demi tekanan pasti diterima oleh Syasya. Bukan setakat dirinya tetapi turut terpalit ibubapa dan keluarganya. Saya pasti adik ni jadi bahan ejekan rakan-rakan disekolahnya. Boleh jadi MENTAL kalau seseorang itu tidak tahan perasaan.

Oleh itu, Amar mendapat idea untuk membuatkan lagu khas untuk Syasya bagi menutup kesilapannya yang tidak diduga itu. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Janganlah kita menyalahkan sesuatu pihak hanya kesilapannya yang kecil, kita menghukum seolah-olah kita adalah Tuhan. Siapa diri kita untuk menghukum kesalahan seseorang?

ZF tidak mahu karang panjang-panjang lagi mari kita layan Official music video "Macam cantik je, Macam Comel jer - Amar ft Syasya Solero"




Macam cantik je, Macam Comel jer - Amar ft Syasya Solero.

Perhatikan keindahan alam dan diri
Betapa agungnya kuasa Ilahi
Hebatnya Dia yang Maha Pencipta
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akhbar

Kecantikan keindahan yang diberi
Hanya pinjaman sementara
Sebagai ujian untuk kita
Apakah bersyukur atau sebaliknya

Korus
Macam cantik jer macam comel jer
Semua ciptaan Allah
Macam cantik jer macam comel jer
Segala pujian kembali padaNya

Macam cantik jer macam comel jer
Indahnya Tuhan ciptakan kita
Macam cantik jer macam comel jer
Ajaibnya alam semesta

Kecantikan keindahan yang diberi
Hanya pinjaman sementara
Sebagai ujian untuk kita
Apakah bersyukur atau sebaliknya

Sesama kita jangan mengata, usah menghina kelak sama tarafnya
Janganlah pula meletakkan diri yang mulia ini pada tahap yang rendah
Menjadi fitnah, kita ada maruah, kita punya amanah

Cantikkan akhlak comelkan peribadi
Ia pemikat hati, ia hiasan diri
Kembalilah kita kepada fitrah kejadian
Keindahan alam dan diri sempurna ciptaan Yang Maha Esa

Ulang Korus

Bersyukurlah kita dengan nikmatnya

Syasya suka mata Syasya ni
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
2 Comments

{ 2 ulasan ... read them below or add one }

Bungkilan berkata...

Tahun lepas glamer syasya ni...


30 April 2014 pada 7:11 PG

Catat Ulasan