Tips Memohon Kerja Melalui Email

on Rabu, 22 Oktober 2014

Assalamualaikum,

ZF is back... Hahaha sudah agak lama ZF tidak mengemaskini blog ini kerana sibuk berkerja.. Hari ni jari terasa gatal nak update. Okey memandangkan terlanjur ZF sebut sibuk berkerja, apa kata untuk post kali ini ZF ingin berkongsikan dengan anda tips bagaimana untuk memohon perkerjaan melalui Email... Tips ini ZF gunaka sendiri semasa memohon kerja yang ZF lakukan sekarang...


Untuk mengelakan permohanan anda ditolak sila elakan kesilapan seperti yang dibawah.
Semoga Membantu.

Kesilapan Besar
  1. Tidak menghantar apa-apa teks sebagai cover letter, atau sekurang-kurangnya cover letter dalam bentuk attachment. Keseluruhan teks email tersebut hanyalah: Get your new Email address! Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
  2. Tidak meletakkan tajuk yang sesuai pada email tersebut. Tajuk email tersebut hanyalah “resume”.
  3. Tidak langsung memberitahu apa jawatan yang dikehendaki, sama ada di dalam cover letter atau resume. Yang ada cuma resume yang dibuat menggunakan template.
  4. Tidak memanggil penerima menggunakan gelaran yang betul (i.e., Tuan / Puan).
  5. Tidak memberi salam / salutation.
  6. Tidak mengucapkan terima kasih.
  7. Tidak meletakkan contact number di dalam email.
Kesilapan Kecil
  1. Menggunakan alamat email kebudak-budakan seperti puteri_dangdut@yahoo.com atau hotprincezz060986@hotmail.com. Jika anda ingin memohon kerja melalui email, sila gunakan email yang mengandungi nama sebenar anda, seperti faridah.ali@gmail.com atau faridah_ipoh@streamyx.com. Jangan guna email peribadi yang menampakkan anda sebagai tidak serius, walaupun anda telah menggunakan email tersebut selama 10 tahun. Seboleh-bolehnya guna email provider yang dihormati (Gmail), dan elakkan email provider bereputasi rendah seperti MSN, hotmail, dsb.
  2. Menggunakan nama email yang kebudak-budakan. Nama email ialah nama yang diletakkan sekali dengan email, seperti “NAMA “. Ini kerana nama ini akan muncul di dalam inbox email majikan tersebut. Sebaik-baiknya gunakan nama sebenar anda. Cuba bayangkan persepsi majikan tersebut jika menerima email bertajuk “Ingin Bekerja di Syarikat Tuan” daripada “Puteri Dangdut”?
  3. Tidak meletakkan tajuk yang baik untuk attachment. Sebaik-baiknya, letakkan nama anda sebagai tajuk resume. Contoh: “Resume Zuhairi Firdaus.doc”. Saya secara peribadi lebih menyukai dokumen dalam bentuk PDF.
  4. Tidak memberitahu sumber pemohon mendapat tahu mengenai kerja tersebut.
Sumber
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
2 Comments

{ 2 ulasan ... read them below or add one }

nini berkata...

yerp....setuju.....tq for da info


22 Oktober 2014 pada 7:46 PTG
sHaRiNa eLyaNa berkata...

tips yg bagus..terima kasih atas tips ini :)


22 Oktober 2014 pada 8:48 PTG

Catat Ulasan