Memaparkan catatan dengan label Resume. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resume. Papar semua catatan

Tips Temuduga : Pemilihan Warna Baju

on Khamis, 23 April 2015

Assalamualaikum,



Sebelum ini ZF ada postkan tips-tips bagaimana untuk membuat permohonan kerja dengan menghantar resume melalui email (rujuk post ini). Jika anda mengikuti semua langkah yang ZF kongsikan pastinya anda antara orang yang disenarai pendek untuk temuduga.

Jadi post kali ini ZF ingin berkongikan sedikit tips semasa temuduga didalam bab berpakaian. Selain berpakaian kemas permilihan warna juga amat memainkan peranan penting dalam sesebuah temuduga.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Builder and Harris Interactive terhadap majikan mendapati, biru adalah warna yang disarankan untuk menghadiri temuduga. Manakala warna oren adalah warna yang dilarang. Navy blue adalah pilihan warna terbaik kerana melambangkan keyakinan dan menunjukan anda seorang yang boleh diharapkan.

Antara warna lain

Coklat
Cuba elakan. Ia melambangkan anda seorang yang terlalu simple dan old-trashioned

Kelabu
Sesuai untuk semua jawatan

Hitam
Amat sesuai sekiranya anda menghadiri temuduga jawatan pengurusan

Merah
Hanya dalam kerjaya yang agresif seperti bidang jualaln

Ungu & Kuning
Untuk individu dalam bidang kreatif.


Semoga anda berjaya... :)

Rujukan: Info Sihat

Tips Memohon Kerja Melalui Email

on Rabu, 22 Oktober 2014

Assalamualaikum,

ZF is back... Hahaha sudah agak lama ZF tidak mengemaskini blog ini kerana sibuk berkerja.. Hari ni jari terasa gatal nak update. Okey memandangkan terlanjur ZF sebut sibuk berkerja, apa kata untuk post kali ini ZF ingin berkongsikan dengan anda tips bagaimana untuk memohon perkerjaan melalui Email... Tips ini ZF gunaka sendiri semasa memohon kerja yang ZF lakukan sekarang...


Untuk mengelakan permohanan anda ditolak sila elakan kesilapan seperti yang dibawah.
Semoga Membantu.

Kesilapan Besar
  1. Tidak menghantar apa-apa teks sebagai cover letter, atau sekurang-kurangnya cover letter dalam bentuk attachment. Keseluruhan teks email tersebut hanyalah: Get your new Email address! Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
  2. Tidak meletakkan tajuk yang sesuai pada email tersebut. Tajuk email tersebut hanyalah “resume”.
  3. Tidak langsung memberitahu apa jawatan yang dikehendaki, sama ada di dalam cover letter atau resume. Yang ada cuma resume yang dibuat menggunakan template.
  4. Tidak memanggil penerima menggunakan gelaran yang betul (i.e., Tuan / Puan).
  5. Tidak memberi salam / salutation.
  6. Tidak mengucapkan terima kasih.
  7. Tidak meletakkan contact number di dalam email.
Kesilapan Kecil
  1. Menggunakan alamat email kebudak-budakan seperti puteri_dangdut@yahoo.com atau hotprincezz060986@hotmail.com. Jika anda ingin memohon kerja melalui email, sila gunakan email yang mengandungi nama sebenar anda, seperti faridah.ali@gmail.com atau faridah_ipoh@streamyx.com. Jangan guna email peribadi yang menampakkan anda sebagai tidak serius, walaupun anda telah menggunakan email tersebut selama 10 tahun. Seboleh-bolehnya guna email provider yang dihormati (Gmail), dan elakkan email provider bereputasi rendah seperti MSN, hotmail, dsb.
  2. Menggunakan nama email yang kebudak-budakan. Nama email ialah nama yang diletakkan sekali dengan email, seperti “NAMA “. Ini kerana nama ini akan muncul di dalam inbox email majikan tersebut. Sebaik-baiknya gunakan nama sebenar anda. Cuba bayangkan persepsi majikan tersebut jika menerima email bertajuk “Ingin Bekerja di Syarikat Tuan” daripada “Puteri Dangdut”?
  3. Tidak meletakkan tajuk yang baik untuk attachment. Sebaik-baiknya, letakkan nama anda sebagai tajuk resume. Contoh: “Resume Zuhairi Firdaus.doc”. Saya secara peribadi lebih menyukai dokumen dalam bentuk PDF.
  4. Tidak memberitahu sumber pemohon mendapat tahu mengenai kerja tersebut.
Sumber

Contoh Resume untuk pelajar yang akan menghadapi Latihan Industri

on Khamis, 28 Julai 2011

السلام عليكم

ZF tahu ramai pelajar Semester 3 di Politeknik sedang sibuk untuk mencari tempat yang sesuai untuk menjalani Latihan Industri pada Semester 4 dan para pelajar juga diminta untuk menyediakan beberapa borang untuk mempesiapkan diri untuk menghadapi LI. Adalah menjadi satu kemestian setiap syarikat akan melakukan proses interview untuk memilih perkerja-perkerja. Oleh itu pelajar Politeknik juga tidak akan terlepas dari procedure ini. Salah satu benda yang amat penting dalam proses interview ini adalah Resume. Disini ZF ada menyediakan contoh Resume untuk dikongsikan kepada anda....




Manakala ini pula adalah Rubrik bagi Penilaian Laporan Latihan Industri. Download