Lagu bertajuk SATU merupakan single terbaru Najwa Latif bagi tahun 2015 dengan lagu yang dihasilkan sendiri oleh Najwa dan lirik oleh kakak nya. Sebagai peminat Najwa, ZF tulis post ini tanda menyokong hasil usaha beliau dalam mengembangkan industri muzik tanahair. Jom layan Music video untuk single tebarunya dibawah...
Home > Posts filed under Facebook
(Official Music Video | Lirik Lagu) Najwa Latif - Satu
Dicatat oleh ZF on Isnin, 26 Oktober 2015 di 4:17 PTG
Lagu bertajuk SATU merupakan single terbaru Najwa Latif bagi tahun 2015 dengan lagu yang dihasilkan sendiri oleh Najwa dan lirik oleh kakak nya. Sebagai peminat Najwa, ZF tulis post ini tanda menyokong hasil usaha beliau dalam mengembangkan industri muzik tanahair. Jom layan Music video untuk single tebarunya dibawah...
(Official Music Video | Lirik Lagu) Najwa Latif - Aku
Dicatat oleh ZF on Jumaat, 24 Oktober 2014 di 12:04 PG
Sebagai seorang peminat Najwa Latif mesti la ZF akan selalu ikuti perkembangan muzik dan lagu-lagu baru yang dinyanyikan oleh Najwa Latif... Untuk post kali ini ZF nak kongsikan dengan anda semua mengenai Official Music Video dan Lirik Lagu yang bertajuk AKU yang dinyanyi oleh Najwa Latif.. Sebenarnya Official Music Video dah keluar sebulan yang lalu...hehehe... tak sempat nak update sebab sibuk dengan kerja.. maaf yer... apa pown jom layan Official Music Video Aku by Najwa Latif
“Mungkin lagu ini sedikit berlainan kerana kali ini Wawa cuba bawakan lagu berunsurkan keamanan. Wawa harap pendengar dapat menghayati dan memahami bait-bait lirik yang cuba disampaikan menerusi lagu ini” – Adik Wawa.
(Official Music Video | Lirik Lagu) Macam cantik je, Macam Comel jer - Amar ft Syasya Solero.
Dicatat oleh ZF on Selasa, 14 Januari 2014 di 12:47 PTG
Sapa yang tak kenal dengan awek legoland iaitu Syasya Solero yang telah memuat naik satu video yang telah menjadi bualan seluruh warga sosial media di Malaysia. Banyak kritikan yang beliau dapat kesan dari video tersebut. Tekanan demi tekanan pasti diterima oleh Syasya. Bukan setakat dirinya tetapi turut terpalit ibubapa dan keluarganya. Saya pasti adik ni jadi bahan ejekan rakan-rakan disekolahnya. Boleh jadi MENTAL kalau seseorang itu tidak tahan perasaan.
Oleh itu, Amar mendapat idea untuk membuatkan lagu khas untuk Syasya bagi menutup kesilapannya yang tidak diduga itu. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Janganlah kita menyalahkan sesuatu pihak hanya kesilapannya yang kecil, kita menghukum seolah-olah kita adalah Tuhan. Siapa diri kita untuk menghukum kesalahan seseorang?
ZF tidak mahu karang panjang-panjang lagi mari kita layan Official music video "Macam cantik je, Macam Comel jer - Amar ft Syasya Solero"
Macam cantik je, Macam Comel jer - Amar ft Syasya Solero.
[Video] Hamster Kecil Pandu Lori 15 tan dilaluan kuari berbahaya
Dicatat oleh ZF on Jumaat, 27 September 2013 di 8:48 PTG
Bertapa bahayanya membiarkan seekor hamster memandu sebuah lori 15 tan dilaluan jalan kuari yang sangat berbahaya di Spain.
Sebenarnya jurutera dari Volvo mahu menunjukkan bertapa ringannya stereng lori generasi terbaru keluaran meraka. Jadi mereka mengubah setereng pemandu pada FMX Volvo ke satu roda permainan hamster dan diletakkan seekor hamster yang diberi nama Charlie di dalam roda tersebut.
Meh saksikan bagaimana hamster ni memandu...
Facebook Memperkenalkan Interface News Feed Baharu
Dicatat oleh ZF on Sabtu, 9 Mac 2013 di 8:43 PTG
Semalam secara rasminya pihak Facebook telah mengumumkan rekabentuk interface baru bagi news feed mereka yang konsisten dengan rekabentuk baru windows iaitu menggunakan konsep Metro UI..
Facebook mengatakan melalui News Feed baru ini, pengguna boleh dengan mudah memfokuskan kepada kandungan, disamping membawakan paparan yang lebih besar untuk gambar. Sebagai contoh kita ingin melihat video yang dikongsikan dari kawan-kawan, kita hanya perlu memilih news feed video dimana hanya video sahaja akan muncul dan yang lain akan disembunyikan seperti status dan gambar...
Apa yang lebih menarik rekaan interface ini adalah paparan gambar yang lebih besar dari sekarang. Sealain itu setiap kandungan yang sama yang dikongsikan oleh rakan-rakan anda akan digroupkan menjadi satu news feed sahaja.
Melalui News Feed baru ini, ia dikatakan membolehkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan disekitar mereka dalam interface yang lebih baik.
Rekabentuk interface News Feed baharu ini bakal diperkenalkan kepada semua secara berperingkat bermula semala 8/3/2013
.
Cara Menghapus / Menghilangkan Facebook AutoLike
Dicatat oleh ZF on Selasa, 8 Januari 2013 di 11:41 PTG
Kali ini ZF ingin berkongsikan dengan anda informasi mengenai cara Menghapus Auto Like atau Menghilangkan Autolike dan Menghindari Autolike serta memulihkan akaun yang sudah terkena virus malware ‘Autolike’ tersebut.
Gambar diatas menunjukan salah seorang pengguna yang dijangkiti virus malware AutoLike. Kiriman ini dibuat tanpa pengetahuan pengguna Facebook terbababit. Virus ini semakin berleluasa di Facebook dan mengancam laman Facebook itu sendiri. Menurut kajian yang dilakukan oleh Vaksin.com lebih dari 2-3 ribu pengguna telah dijangkiti Malware ini.
Jangan lah terlalu memikirkan untuk popular dengan mendapat like dengan banyak pada status wall FB anda. Kerana perbuatan ini boleh menyusahkan orang lain.
Ok, untuk menghindari serangan malware ini amatlah mudah. Penguna hanya perlu menghindari ajakan yang menawarkan fitur ‘autolike’ atau program lain yang sebenarnya tidak disediakan oleh Facebook.
Tapi untuk yang sudah terkena, berikut solusinya:
1. Login ke akun Facebook Anda.
2. Masuk ke menu [Privacy Settings] dengan klik [*].
3. Pilih [Privacy Settings] untuk membuka menu 'Privacy Settings and Tools'.
Seperti gambar di bawah ini:
4. Klik [Apps] pada menu sebelah kiri untuk membuka menu 'App Settings'.
5. Seperti gambar yang diatas sekali bahawa malware jahat ini menggunakan aplikasi palsu bernama Xperia Smartphone from Sony, untuk memulihkan akaun yang telah dijangkiti, maka aplikasi tersebut harus dibuang terlebih dahulu.
6. Pada aplikasi dengan nama ‘Xperia Smartphone From Sony‘ klik tanda pangkah dan jika popup muncul , ingat untuk centang tick pada kotak kecil dengan pilihan ‘Delete all your Xperia Smartphone from Sony activity on Facebook‘ dan klik butang [Remove].
7. Nah, setelah semua itu dilakukan, maka seluruh post yang dilakukan oleh aplikasi palsu tersebut akan segera dihapus secara menyeluruh. Para pengguna juga bebas dari malware yang mengganggu itu.
8. Anda boleh menggunakan cara diatas untuk menghilangkan aplikasi-aplikasi lain yang mengandungi malware / virus / spam / phising / scam, silakan remove / hapus saja aplikasi-aplikasi lain tersebut yang tidak anda kenali atau tidak anda ketahui atau tidak anda inginkan.
Tutorial Disable Photo Syncing ke Facebook
Dicatat oleh ZF on Sabtu, 1 Disember 2012 di 5:35 PTG
Sekali lagi Facebook telah membuat pembaharuan tehadap laman sosial mereka dimana telah mewujudkan Photo Syncing.
Apa itu Photo Syncing? Photo Syncing akan memghantar kesemua gambar yang baru ditangkap di smartphone yang telah tersedia aplikasi Facebook didalamnya terus ke timeline Facebook anda tetapi didalam private section. Gambar-gambar ini perlu dapatkan pengesahan anda sebelum di publish.
Ini amat memudahkan kita kerana tidak perlu upload gambar itu kerana ianya adalah automatik. Tetapi bagi ZF tidak semua gambar yang ZF tangkap boleh dikongsikan.. Walaupun berada dalam private section ianya masalah tidak selamat kerana mungkin hacker akan mengambil alih akaun kita. Jadi sudah pastinya gambar-gamabr didalam private section itu akan disalahgunakan.
Oleh itu disini ZF sediakan tutorial untuk disable Photo Syncing ini. Langkah ini harus dilakukan pada aplikasi Facebook di smartphone :
Android
Buka aplikasi Facebook, Klik pada menu disebelah kiri.
Scroll kebawah, Pilih Account > App Settings > Sync Photos
Tandakan Don't sync my photos
iPhone or iPad
Buka aplikasi Facebook, kemudian pergi ke timeline anda.
klik pada Photos
di bahagian bawah, klik pada Synced
Klik pada icon gear dan pilih Turn off Photo Sync
Smiley @ Emoticons kini boleh diletakan pada komen Facebook
Dicatat oleh ZF on Jumaat, 12 Oktober 2012 di 12:34 PTG
Buka sahaja mukabuku pagi tadi mata terus terpandang pada Smiley @ Emoticons... Ingatkan ada sapa hantar chat.. Rupa-rupanya Facebook dah buat pembaharuan kat ruangan komen dia yang mana kita dapat gunakan Smiley @ Emoticons yang selalu kita gunakan pada ruangan chat kini boleh digunakan pada ruangan komen.. Tak percaya cuba taip (y) di ruangan facebook komen dibawah..
Gambar kat atas adalah beberapa kod Smiley @ Emoticons yang sering digunakan pada chat dan kini berfungsi pada ruangan komen. Selamat mencuba...
Anda, Facebook & Privasi…
Dicatat oleh ZF on Sabtu, 15 September 2012 di 12:31 PG
Facebook, sebuah laman sosial yang tidak perlu saya terangkan lagi mempunyai makna besar dalam hidup pengguna. Dengan lebih 800 juta pengguna aktif di seluruh dunia (atau mungkin 1/8 daripada penduduk dunia), Facebook pastinya platform terbaik untuk menghubungkan diri dengan keluarga atau rakan. Masalahnya, mana-mana laman sosial atau apa saja yang berlegar di Web 2.0 tidak akan selamat sepenuhnya dan terancam dengan masalah privasi.
Baru-baru ini saja, timbul pula cakap-cakap dan kemaskini status yang meminta kita melungsurkan kursor ke nama profil seterusnya menukar tetapan pada ikon 'setting' yang kononnya untuk mengelakkan status atau profil mereka terdedah di carian umum. Ia tidak salah dan sebenarnya ia tetapan dan nasihat dari Facebook sendiri sejak sekian lama. Namun sebenarnya, isu ini mudah, selagi anda berada dan SUDAH aktif dalam Facebook atau mana-mana laman sosial lain dan berada di dunia Web 2.0, tiada apa yang privasi. Kalau tidak percaya, taip nama anda dan cari di internet, sampai celah manapun ia akan terpampang di skrin.
Apa yang boleh anda lakukan sekarang mungkin mengurangkan carian tersebut dengan memperbaiki dan menukar beberapa ciri dalam laman sosial anda. Saya berikan contoh Facebook yang popular dan kerap digunakan kini ketika ramai yang tidak sedar bagaimana untuk menukarnya, mungkin malas membaca manual atau T&C yang panjang berjela.
1. Tukar Tetapan Privasi Facebook Anda
Menukar Facebook tetapan privasi anda harus menjadi perkara pertama yang dilakukan apabila membuka akaun Facebook. Ia membolehkan anda mempunyai beberapa kawalan ke atas orang lain untuk akses kepada maklumat anda. Anda boleh memilih untuk tetapan umum tetapi lebih baik kalau mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mendalami atau melalukan 'customize' pada tetapan privasi yang sesuai dengan anda. Ini bermakna anda boleh membuat perkara-perkara tertentu yang hanya dilihat individu-individu tertentu saja.
Account - Privacy Settings - Customize - Preview My profile
Jika anda meninggalkan akaun anda pada tetapan umum, kemudian rakan anda 'likes' apa jua yang dilakukan pada gambar atau status anda, maklumat yang dikongsi akan keluar pula pada suapan berita rakan-rakan Facebook. Jadi, apa yang anda mungkin lakukan hanyalah untuk berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan anda kini telah dikongsi dengan orang yang tidak dikenali!
2. Buang Facebook Apps (aplikasi Facebook) yang tidak diingini
Saya telah menggunakan Facebook setelah 8 bulan ia diperkenalkan dan hanya selepas beberapa tahun sudah banyak aplikasi Facebooks yang dimasukkan tanpa disedari. Setelah memeriksa tetapan privasi aplikasi saya, saya terkejut melihat bahawa saya telah memasang beratus-ratus aplikasi pihak ketiga yang sebenarnya mengakses maklumat saya. Satu aplikasi saja sudah cukup mendedahkan maklumat peribadi anda kepada umum, jadi kurangkan untuk bersetuju menerima sebarang aplikasi sewenang-wenangnya. Kenapa? Saya berikan contoh berita di bawah...
Ada agensi berita melaporkan penyangak siber mencipta 'Page' Facebook palsu seakan Page berkaitan 'Bagaimana Untuk Menjadi Ibu Bapa Yang Baik' tetapi ia sebenarnya Page palsu yang dimiliki seorang pedofil yang mencari mangsa mencari gambar budak kecil. Jika anda Like Page tersebut, secara automatik mereka mempunyai akses kepada gambar anak-anak anda, menakutkan bukan?
Cara membuangnya, sila ke Account - Privacy Settings - Apps and Websites
3. Jangan 'Check In' pada Facebook
Ok, ia mungkin nampak macam sangat sukar tetapi pada hakikatnya adakah anda mahu mendedahkan alamat anda atau apa yang anda lakukan untuk tontonan orang lain. Saya pernah nampak status rakan wanita saya begini: "Sorang2 di ofis, kerja tak habis lagi!" (Sambil menekan butang Check In dengan alamat syarikat terpampang di skrin saya). Adakah ia betul-betul perlu dilakukan?
Cara memperbetulkannya: Account - Privacy Settings - Customize settings - Places you check in to atau
Account - Privacy Settings - Customize settings - Friends can check me in to Places
4. Jangan Letak Sebarang Info Peribadi Walaupun Ia Penting
Betul! Dan saya maksudkan apa jua maklumat yang mengenal pasti secara peribadi di Facebook. Ini bermakna tiada nombor telefon yang dilihat oleh orang ramai dan saya juga akan membuang senarai emel daripada profil. Jika orang mahu menghubungi anda, mereka boleh menggunakan ciri mesej Facebook. Jangan sekali-kali membuat rancangan untuk bertemu dengan rakan-rakan melalui Wall, tapi lebih baik menggunakan ciri mesej ini.
5. Tetapan Photo Albums Hanya kepada Rakan-rakan (Atau Orang Tertentu) Sahaja
Ramai yang ingat untuk menukar status atau mengawalnya tetapi ramai yang lupakan pasal gambar. Anda boleh memilih untuk hanya membenarkan keluarga untuk melihat gambar keluarga dan hanya rakan sekerja untuk melihat gambar-gambar berkaitan kerja.
Saya akan beri satu tip lagi iaitu Jangan sesekali masukkan gambar yang umum mengenai sekolab atau tempat kerja, misalnya di depan sekolah yang terpampang nama sekolah dan alamatnya atau pejabat sebab ia secara tidak langsung memberitahu orang lain di mana anda bersekolah atau bekerja.
6. Gunakan Alamat Emel Berasingan untuk Facebook
Ramai orang mendaftar Facebook menggunakan alamat e-mel seharian mereka. Anda mungkin menggunakan e-mel ini pada CV anda, untuk mendaftar ke laman web, masukkan alamat emel lain. Sebabnya, mana-mana orang boleh taip alamat e-mel anda dan mencari jika anda mempunyai akaun Facebook dengan hanya memasukkan alamat emel anda ke dalam enjin carian. Ini boleh bermakna orang asing berpotensi cuba untuk mengetahui tentang anda. Jika boleh, gunakan satu alamat e-mel hanya untuk Facebook.
7. Tetapkan Facebook Security Alerts
Pertimbangkan menetapkan tetapan keselamatan anda supaya anda akan diberitahu sama ada melalui emel atau telefon bimbit jika ada cubaan login yang tidak diiktiraf pada akaun Facebook anda. Jika ini pernah berlaku, tukar kata laluan anda dengan segera dan periksa halaman profil anda untuk melihat jika terdapat apa-apa aktiviti yang luar biasa. Juga semak mesej anda, khususnya folder Sent, untuk memastikan tiada mesej telah dihantar. Caranya Account - Security Settings
8. Tukar Kata Laluan Facebook Anda
Kata laluan perlu ditukar secara berkala. Pilih untuk campuran nombor, simbol dan huruf serta tidak menggunakan perkataan sebenar. Kata laluan yang anda gunakan untuk Facebook tidak harus digunakan untuk mana-mana laman web lain, ia perlu tidak menjadi kata laluan yang sama yang dikaitkan dengan emel anda,
Tip terakhir, adakah saya perlu taip apa saja dalam Status?
Sebelum menghantar sesuatu ke Facebook, anda perlu benar-benar mempertimbangkan jika ia adalah langkah untuk berbuat demikian. Sebagai contoh, saya tidak akan meletakkan tarikh saya lahir di Facebook, atau mendedahkan saudara mara saya yang lain di dalamnya. Ia nampak macam seorang yang paranoid tetapi sebenarnya, ia perlu dilakukan demi keselamatan saya, saudara mara atau rakan.
Copy bulat2 dari : Yahoo.com
Facebook tukar e-mail kita tanpa kita sedari
Dicatat oleh ZF on Rabu, 27 Jun 2012 di 11:33 PG
Baru-baru ini ZF telah mengalimi beberapa masalah untuk melayari laman sosial Facebook.Seperti masalah menambahkan rakan kedalam kumpulan yang ZF tubuhkan, kena masukan captcha untuk ping blog, dan lain-lain lagi Disebabkan itu ZF telah berusaha untuk mencari punca sebenar apa yang telah berlaku kepada laman sosial Facebook ini.
Setelah beberapa hari mencari jawapan ini. Hari ini ZF mendapat satu jawapan dari masalah tersebut. Sebenarnya pihak Facebook dalam diam telah mengubah alamat e-mail kita kepada alamat e-maill berakhir dengan @facebook.com.
Jika anda masih tidak faham dengan penerangan ZF diatas anda lihat sendiri gambar diatas ini. E-mail ZF telah ditukarkan kepada zuhairifirdaus@facebook.com tetapi sebenarnya ZF menggunakan alamat e-mail dari yahoo.com. ZF percaya ramai yang tidak mengetahui bahawa profile kita telah di Hack oleh pihak Facebook lalu mengubah e-mail didalam maklumat hubungan.
Korang boleh cek sendiri jika x percaya.
Bukanlah ZF nak memburukan Facebook cuma hendak memberitahu sahaja kenapa akhir-akhir ini ramai orang yang merugut dengan profile facebook mereka. Salah satu sebabnya adalah diatas dan mungkin banyak lagi sebab-sebab yang lain..
Fungsi Baru Facebook
Dicatat oleh ZF on Jumaat, 22 Jun 2012 di 8:24 PTG
Baru-baru ini Facebook sekali lagi telah membuat beberapa penambah baik kan bagi fungsinya semasa melayari laman sosial ini. Antara penambahan terbarunya yang dilakukan oleh FB adalah :-
1.fungsi smiley dekat chatbox facebook yang mana original dari facebook tanpa apa-apa extensions.
2.Dulu, hanya boleh delete comment kalau tidak puas hati, melainkan kalau comment itu post baru boleh edit semula. Tapi sekarang berapa lama comment anda di Facebook, ia tetap boleh di edit "kata-kata" anda.
Lepas ni kalau ada yang tidak puas hati dengan comment anda, sila lah meng'edit' kan nya,sebelum di "PRINTSCREEN" oleh si mangsa.
Jika terdapat lagi fungsi baru ZF akan beritahu pada post akan datang...
Info from: RileksCommunity
Laman Facebook kena godam
Dicatat oleh ZF on Sabtu, 2 Jun 2012 di 12:46 PTG
Meluahkan kekecewaan di Twitter, pengguna Facebook dari Amerika Syarikat hingga ke Singapura melaporkan tidak dapat mengakses masuk ke laman web itu kira-kira tiga jam dari jam 8 malam hingga 11 malam.
Gangguan terbesar yang dihadapi laman rangkaian sosial terkenal itu mengakhiri keadaan tidak menentu selama dua minggu dihadapi pengasasnya Mark Zuckerberg selepas saham Facebook ditutup pada AS$29.60 (RM94.7) sesaham kelmarin, jatuh 22 peratus daripada harga ditawarkan iaitu AS$38 (RM121.5).
Facebook mengakui mereka mengalami masalah itu pada waktu malam: “Hari ini, sesetengah pengguna mengalami gangguan sementara ketika mengakses laman ini. Ia kemudian diselesaikan dan semua orang tahu bagaimana untuk mengakses Facebook. Kami meminta maaf atas sebarang masalah yang timbul.”
Bagaimanapun, kumpulan penggodam Anonymous menegaskan melalui akaun Twitternya mereka adalah dalang di sebalik gangguan itu dan ketika ditanya Facebook tidak menafikannya.
Sebelum itu, pada awal pagi semalam, anggota kumpulan Anonymous mendakwa bertanggungjawab atas serangan terhadap laman web Parti Nazi Amerika dan mengakibatkan perkhidmatan Internet kumpulan sayap kanan itu tidak dapat diakses. Bagaimanapun, laman itu beroperasi semula pada malam kelmarin.
Malah, alat mudah alih juga tidak terkecuali apabila sesetengah pengguna Facebook di peralatan iOS dan Android dilaporkan turut terjejas oleh gangguan itu.
Facebook terkenal kerana tidak mengalami gangguan besar, manakala pengguna Twitter sering mengalami sedikit gangguan ketika beroperasi.
Malah, sesetengah pengguna Twitter diingatkan mengenainya daripada filem pemenang Oscar, “The Social Network” yang menceritakan penemuan perkhidmatan gergasi Internet itu dari sebuah bilik asrama di Harvard.
“Biar saya beritahu anda perbezaan antara Facebook dan yang lain, kami tidak pernah mengalami gangguan,” kata Jesse Eisenberg yang memainkan watak Mark Zuckerberg dalam filem terbitan Aaron Sorkin itu. - DM
Sumber: Harian Metro
Aplikasi Facebook Camera untuk Apple iOS
Dicatat oleh ZF on Isnin, 28 Mei 2012 di 12:04 PTG
Facebook telah melancarkan aplikasi terbaru mereka bagi pengguna mobile Apple iOS. Aplikasi ini dikenali sebagai "Facebook Camera" yang membolehkan kita menghantar gambar dengan lebih pantas dan mudah ke laman Facebook kita. Kelebihan aplikasi ini adalah
- kebolehannya dalam menghantar gambar yang banyak pada satu-satu masa,
- menyemak gambar terkini rakan-rakan disesuatu tempat,
- dilengkapi dengan fungsi editing yang mudah.
- berkebolehan untuk tag rakan-rakan
Pengasas Facebook Mark Zuckerberg berkahwinn
Dicatat oleh ZF on Isnin, 21 Mei 2012 di 2:03 PTG
PALO ALTO: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, c mengemaskinikan statusnya kepada ‘berkahwin,’ semalam.
Zuckerberg dan Priscilla Chan, 27, melangsungkan perkahwinan di satu majlis kecil-kecilan di Palo Alto, California, mengakhiri minggu yang sibuk bagi pasangan itu.
Dan pasangan berkenaan mengumumkan perkahwinan mereka dengan cara yang mengejutkan, iaitu dengan menyatakannya dalam mesej di Facebook.
Zuckerberg menyenaraikan syarikatnya itu di Wall Street Jumaat lalu yang menyaksikan nilai rangkaian sosial berkenaan melonjak kepada AS$104 bilion (RM312 bilion) Priscilla, menamatkan pengajiannya di sekolah perubatan di Universiti California, San Francisco Isnin lalu, hari yang sama Zuckerberg menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28.
Mereka berkenalan di Harvard dan sudah bersama sejak lebih sembilan tahun lalu.
Satu sumber di majlis itu berkata, Zuckerberg mereka sendiri cincin perkahwinannya. Majlis berlangsung di laman belakang kediaman Zuckerberg dengan dihadiri tidak sampai 100 tetamu, termasuk Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg.
Semua jemputan menjangka mereka datang untuk meraikan graduasi Priscilla. Mereka hanya diberitahu mengenai acara sebenar selepas tiba.
“Semua tetamu terkejut,” kata sumber itu.
Makanan yang disajikan termasuk menu dari sebuah restoran sushi di Palo Alto yang menjadi kegemaran pasangan itu.
Zuckerberg dan Priscilla merancang perkahwinan itu sejak beberapa bulan lalu tetapi terpaksa menunggu pengantin perempuan menamatkan pengajian. - Agensi
TAHUKAH ANDA TENTANG ISRAEL?
Dicatat oleh ZF on Selasa, 15 Mei 2012 di 11:10 PG
1. Tahukah anda bahawa selain dari bangsa yahudi, adalah dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. Tahukah anda bahwa setiap bangsa yahudi yang berada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang dilahirkan di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin
3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membedakan antara kaum yahudi dan bukan yahudi
4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel
5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realitinya, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu
6. Tahukah anda bahawa Amerika memberi dana sebanyak 5 million USD setiap tahun untuk Israel?
7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 18 million USD setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu adalah sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di Benua Afrika?
8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 million USD dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara sekutu utama bagi Israel, maka ia memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kemandiriannya.
9. Tahukah anda bahawa pemimpin Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak untuk menandatangani larangan penambahan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasatan PBB untuk memeriksa tempat penyimpanan nuklear mereka.
11. Tahukah anda bahawa sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, mereka sudah memiliki kilang untuk membina senjata nuklear?
12. Tahukah anda bahawa Jeneral Tertinggi Israel, mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan
13. Tahukah anda bahawa Israel meledakan kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lainnya, tetapi Amerika tidak mengambil tindakan terhadap Israel hanya dengan alasan bahawa tentara Israel tersalah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?
14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB?
15. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah meletakkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai suspek didalam kes pembunuhan ramai – ramai Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 5000 orang Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua
16. Tahukah anda bahawa pada 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang yang sedang menunggu bas di sebuah perhentian untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu dia menembak mereka dari jarah setengah meter. Pemimpin Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan Khas dari pemerintah Israel?
17. Tahukah anda bahawa Kedutaan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menyiarkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah
18. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David Ben Gorion bersepakat dalam pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel?
19. Tahukah anda bahwa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga pemimpin Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong tentera Israel untuk ‘membersihkan’ Semenanjung Gaza dari warga Palestin? bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu didalam wawancaranya disebuah radio terbesar Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Oleh itu, dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak dan mengacukan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”
20. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyiksaan didalam proses soalsiasat, tetapi Shin Bet (Skuad Khas Israel) tetap menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses soalsiasatnya.
21. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan merosak seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbanyak di dunia yang penduduknya bergelar doktor?
22. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM yang diterbitkan pada tanggal 10 Desember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalangi dengan perjanjian OSLO.
23. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal fakta yang sebenarnya adalah Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangan itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.
24. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu – satunya negara penjajah yang tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga asal Palestin
25. Tahukah anda Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Shakhratul Qubra (Dome Of Rock) sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya..
sumber : facebook
NEW FACEBOOK SMILEYS / EMOTICONS CODES
Dicatat oleh ZF on Ahad, 11 Mac 2012 di 1:04 PTG
Kita semua pengguna facebook. Ramai yang telah mengetahui bagaimana untuk meletakkan smiley di chat. Tetapi masih banyak diantara kita masih tidak mengetahui dan berfikir bagaimana orang lain boleh menghantar smiley tersebut.
Bagi yang sudah mengetahui caranya disini terdapat beberapa smiley yang terbaru dikeluarkan oleh Facebook untuk penggunanya.... Bagi mereka yang tidak tahu tadi anda hanya copy kod dibawah ini dan paste di dalam kotak chat anda kemudian tekan Enter dan smiley anda akan dipaparkan.
[[f9.laugh]]
[[f9.sad]]
[[f9.angry]]
[[f9.sleepy]]
[[f9.shock]]
[[f9.kiss]]
[[f9.inlove]]
[[f9.pizza]]
[[f9.coffee]]
[[f9.rain]]
[[f9.bomb]]
[[f9.sun]]
[[f9.heart]]
[[f9.heartbreak]]
[[f9.doctor]]
[[f9.ghost]]
[[f9.brb]]
[[f9.wine]]
[[f9.gift]]
[[f9.adore]]
[[f9.angel]]
[[f9.baloons]]
[[f9.bowl]]
[[f9.cake]]
[[f9.callme]]
[[f9.clap]]
[[f9.confused]]
[[f9.curllip]]
[[f9.devilface]]
[[f9.lying]]
[[f9.rofl]]
[[f9.billiard]]
[[f9.cakepiece]]
[[f9.rosedown]]
[[f9.shutmouth]]
[[f9.shy]]
[[f9.silly]]
[[f9.tongue1]]
[[f9.fastfood]]
[[f9.ring]]
[[f9.plate]]
[[f9.candle]]
[[f9.party]]
Login mface.me berpeluang menangi iPad 2 setiap minggu
Dicatat oleh ZF on Ahad, 25 Disember 2011 di 9:00 PTG
Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis pelancaran mface.me iaitu laman sosial Malaysia yang diasaskan oleh Dato' AC Mizal bertempat di Hotel Double Tree, Kuala Lumpur pada 21/12/2011. Seperti laman facebook laman mface ini diberikan kelainan sedikit oleh dato' AC Mazil berbanding Facebook. Antaranya nya adalah...
1. Untuk Artis
Seramai 60 selebriti terkenal negara telah dipilih dalam membantu menyebar-luaskan lagi laman sosial tersebut. Mereka akan sama-sama mengajak peminat menyertai MFace, berkomunikasi melalui lunas-lunas positif sambil membina rangkaian populariti.Sekaligus para artis ini memiliki saham syarikat MFace dalam jumlah RM100,000 seorang di mana setiap ketika mereka menjalankan komunikasi di laman sosial, mereka berpeluang meraih pendapatan.
Antara artis yang sudah mengesahkan penglibatan mereka dalam mface:-
-Zain Saidi (artis pertama yang sign in)
-Zizan (Raja Lawak)
-Afdlin Shauki
-Emelda Rosmila
-Adlin Aman Ramlie
-Juliana Evans
-Fizz Fairuz
-Project Pistol
-Intan Ladyana
-Diana Rafar
-Linda Rafar
-Abby Abadi
-Azzmarima Zawari (Azah Elite)
2. Peminat
Berpeluang memenagi iPad setiap minggu.Sesiapa saja yang dapat mengumpul point tertinggi samada menerusi komen serta klik ‘Like’ atau Don’t Like’. Sesiapa yang memperoleh Like paling tinggi berpeluang memenangi iPad tersebut. Tawaran ini sah sehingga 6 bulan akan datang dan mungkin akan disambung.. Jadi apa tunggu lagi mari sertainya sekarang.. mface.me
Korang ingat Zuckerberg jer boleh buat? Orang Malaysia pown boleh la... Jom sama-sama kita menyokong Dato' AC Mizal..
Adlin berperang dengan Chef Wan di Facebook
Dicatat oleh ZF on Khamis, 22 Disember 2011 di 8:39 PTG
Seperti menjadi trend artis di Malaysia ini, meluahkan perasaan marah terhadap rakan artis di laman sosial mereka, bukan sahaja memalukan diri sendiri malahan menunjukkan contoh yang tidak baik terhadap peminat.
Inilah yang terjadi di antara pelawak terkenal Adlin Aman Ramlie dan juga Chef terkenal, Chef Wan, yang menyelar tindakkan Adlin ketika membuat persembahan Maharaja Lawak Mega yang dikatakan terlampau sehingga sanggup melawak tentang arwah ayahnya sendiri. Kemudian, Chef Wan dengan beraninya telah memberi komen peribadi di dalam akaun Facebooknya tentang persembahan Adlin di dalam pertandingan tersebut.
Adlin Aman Ramlie tanpa berfikir panjang, telah menjawab apa yang dikatakan oleh Chef wan dan mengisytiharkan 'perang di laman sosial' di antara mereka berdua.
Tindakan mereka berdua ini sememangnya tidak professional dan tidak menampakkan kematangan mereka yang sememangnya telah lama di persada dunia hiburan.
Adlin juga kelihatan kecewa kerana tidak berjaya mara ke peringkat akhir, perjalanan Adlin di dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega berakhir pada minggu ke – 8.
Putus Di Twitter (Ending lagu Cinta Muka Buku) [Lagu]
Dicatat oleh ZF on Jumaat, 14 Oktober 2011 di 9:22 PG
Sebut sahaja Najwa Latif pasti semua akan terbayang lagu yang sedang hangat dimainkan di mana-mana media hiburan iaitu Cinta Muka Buku. Tetapi disini ZF bukanlah hendak memperkatakan tentang artis youtube ini...
Sebaliknya ZF nak berkongsikan dengan anda semua tentang satu video klip ini yang merupakan kesinambungan untuk lagu Cinta Muka Buku dari Najwa Latif yang ZF terjumpa di YOUTUBE. Video ini diupload oleh seorang blogger iaitu encikmimpi. Sama-samalah kita layan video klip ini.....
Lirik lagu:
Dulu kita berkenalan hanya dengan muka buku
Ku hantar pesan cinta tiap hari padamu
Ohh.. Indahnya saat itu
Tapi bila ku katakan nak follow twittermu
Kau cuba mengelak dengan alasan seribu
Ohh.. Curiga rasa hatiku
Bagaimana sakitnya rasa
Bila mendapat tahu kau ada twitta
Rupa-rupanya kau dan orang ketiga
Di belakangku sedang bermanja mesra
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Hati kata jangan otak pula kata ya
Resah kerna kau sedang main kayu tiga
Banyak soalan yang ku tujukan padamu
“Eh lelaki mana yang U selalu tweet itu?”
“Setiap yang berlaku ada ke patut tanya?”
Itu jawapan yang engkau beri padaku
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku tahu kau dah bersedia nak putuskan ku
ohh.. geramnya sungguh hatiku
Dan pabila kau katakan kau dah tak sukaku
Ku terdiam terkedu dan terus tumbuk mukamu
Lebam.. Baru kau tahu apa itu
Cinta di buku lima…
























.jpg)






