[Video] Koleksi Iklan Hari Raya 2015 (Part 1)

on Ahad, 12 Julai 2015

Assalamualaikum,

Aura Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri. Sudah tentu antara perkara yang ditunggu-tunggu adalah iklan Hari Raya Aidilfitri yang pastinya menyentuh perasaan kita semua dari syarikat seperti Petronas, Telekom Malaysia mahupun syarikat lain.



Untuk post kali ini ZF akan kumpulkan video-video ini ke dalam post ini dan akan diupdate dari masa ke semasa. Semoga iklan-iklan ini menjadi inspirasi kepada penonton disamping memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

CUTI RAYA by FINAS

Mengisahkan tentang mirul yang sudah berkerja tetapi tidak dapat cuti ketika hari raya dan akhirnya pada tahun ini baru cuti untuk hari raya kali ini diluluskan.
#PakCikMisteri by TM

Azura seorang eksekutif muda yang agak kedekut, kalau boleh selalu nak orang belanja makan. Pada satu malam, kunci kereta hilang bersama dompetnya dan dia tak dapat balik rumah. Tiba-tiba seorang #pakcikmisteri sengkek datang membantunya dengan rela hati.

Pengacau Raya by BSN


Apakah yang akan terjadi, sekiranya seorang Pengacau Raya hadir di rumah anda di Hari Raya untuk mengacau segalanya? Apakah yang anda akan lakukan? Jom kita tengok bagaimana seorang lelaki menjadi Pengacau Raya, buat selama-lamanya.

Bandar-Raya by Naza TDDI


Mengisahkan tentang pasangan atuk dan nenek di dalam perjalanan untuk menyambut perayaan Hari Raya bersama anak mereka. Tetapi mereka dapati sibuk dengan hal masing-masing.. Dan mereka berusaha cuba untuk menarik perhatianan anak dan cucu mereka.

#SukurSelalu by Media Prima

Apabila kita melihat dengan hati, sekecil mana pun kurniaan Ilahi, pasti menzahirkan kebahagiaan yang tidak ternilai. Panjatkan #SyukurSelalu di Ramadan dan Syawal ini. Jom kita sampaikan mesej syukur ini dengan yang tersayang.

Baju Raya Hitam by Jabatan Imigresen Malaysia

Mengisahkan Pegawai Imigresen yang bertugas berkorban demi Agama, Bangsa & Negara menggalas tanggungjawab menjaga pintu masuk negara.
Maaf by Mudah.my

It takes a strong person to say sorry and an even stronger person to forgive. This coming Hari Raya, remember that true forgiveness can't be bought, but is freely given from the heart.
Sambungan Part 2
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan