Cara untuk fix Mi 4i stuck di mi logo selepas kemaskini Rom 6.6.1

on Jumaat, 10 Julai 2015

Assalamualaikum,

Dalam beberapa hari yang lepas Xiaomi telah melancarkan secara rasmi rom 6.6.1 untuk Mi4i di Malaysia. Jadi, ZF sendiri sebagai pengguna Xiaomi Mi4i tidak melepaskan peluang ini untuk mengemaskini rom yang baru ini. Tetapi selepas mengemaskini rom ini sesuatu yang tak dijangka telah berlaku selepas mengemaskini rom yang baru dimana Mi4i ZF stuck di Mi logo semasa bootup/bootloader.


Setelah seharian mencari penyelesaian, akhirnya Mi4i ZF kembali seperti sediakala dengan rom yang baru. Masalah yang ZF hadapi ini sebenarnya berpunca dari root yang dilakukan pada rom sebelum ini. Jadi pada sesiapa yang telah root phone anda sebelum ini sila lakukan unroot sebelum mengemaskini rom yang baru.

Untuk post kali ini ZF ingin berkongsikan dengan anda bagi mana untuk atasi masalah ini sekiranya anda juga mengalami ciri-ciri masalah seperti ZF.

Antara perkara yang diperlukan sebelum memulakan proses ini.

  1. FastBoot ROM 6.5.6--> Klik Sini
  2. MiFlash Tool untuk flash FastBoot ke telefon
  3. FastBoot driver untuk membolehkan anda untuk connect telefon ke PC
  4. USB cable 
Langkah-langkah.

1.  Install MiFlash Tool dan FastBoot driver kemudian restart computer.
2.  Extract FastBoot ROM ke desktop.
3.  Pastikan kapasiti bateri anda 50% keatas.
4.  Jalankan program MiFlash Tool.
5.  Copy lokasi ROM folder dan paste ke MiFlash Tool.





6.  Kemudian klik advanced.


7. Klik pada Browse pada FastBoot Script dan pilih file flash_all_except_data_storage.bat pada file rom yang telah di extract pada langkah ke dua.



8.  Sekarang masuk FastBoot mode ditelefon dengan menekan butan power dan volume down sehingga paparan seperti gambar dibawah muncul.


9.   Sambungkan telefon ke PC menggunakan USB cable.
10. Klik pada Refresh di MiFlash Tool, dan ia akan menunjukan telefon anda berjaya connected dengan PC.


11. Kemudian klik pada Flash dan tunggu sehingga Green bar selesai, setelah selesai telefon akan restart dengan sendiri... Dan tunggu sehingga fon anda selesai flashing dan mungkin akan mengambil sedikit masa...


Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan