Dicatat oleh
ZF
on
Jumaat, 24 Jun 2016
di
2:22 PTG
Assalamualaikum,
Aura Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri. Sudah tentu antara perkara yang ditunggu-tunggu adalah iklan Hari Raya Aidilfitri yang pastinya menyentuh perasaan kita semua dari syarikat seperti Petronas, Telekom Malaysia mahupun syarikat lain.
Siberturahim - Samsung
Perbualan sebuah keluarga di Media sosial dan menjadi tegang apabila mengingatkan kembali kisah lalu mengenai pergaduhan antara Along dan Angah... Saksikan kesudahan didalam video ini
#LepasTu - TNB
Mengisahkan tentang Din yang telah banyak melakukan kesalahan dan menyembunyikan kesemua kesalahannya itu.. Pada pagi Raya, semua kisah Din terbongkar jua.
#RayaNiMestiCun - Watsons
Kisah mengenai Kiah Selfie, Siti Tudung dan Limah Skema sering dihina oleh penduduk setempat dan tiga gadis ini melakukan transformasi di Watsons.
Hati Yang Mulia dari - Breeze
Di sebalik setiap kotoran, ada kemurahan hati. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita curah kasih kepada yang kurang bernasib baik dengan menderma baju raya. Jangan lupa untuk saksikan kesinambungan cerita ini pada akhir bulan ini!
Berikan Masa - Astro
Bagi kanak-kanak “masa” itu kasih sayang Sekecil mana pengorbanan anda lakukan, nilainya sangat besar bagi mereka. Jangan berhenti berikan masa.
Rezeki yang dikongsi lebih diberkati - TM
Sofea adalah seorang yang berhati mulia, tidak suka kepada pembaziran malahan sentiasa membantu golongan yang susah. Sifat Sofea yang pada mulanya menjadi sindiran, tetapi akhirnya memberi keinsafan kepada rakan-rakannya supaya bersama-sama berkongsi juadah kepada mereka yang memerlukan.
Macam mana nak Raya - Jakel
Baju senteng? Seluar singkat? Poket kecil? Macam mana nak raya ni? hehehehehe..... Pernah ke benda jadi kat Jep ni jadi kat korang???
Dicatat oleh
ZF
on
Ahad, 12 Julai 2015
di
12:49 PTG
Assalamualaikum,
Aura Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri. Sudah tentu antara perkara yang ditunggu-tunggu adalah iklan Hari Raya Aidilfitri yang pastinya menyentuh perasaan kita semua dari syarikat seperti Petronas, Telekom Malaysia mahupun syarikat lain.
Potret Teristimewa by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak
Filem pendek kisah sedih seorang anak merindui ayahnya yang dipenjarakan akhirnya terubat menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Kad Raya Syafiqa by PTS Media Group
Sebagaimana pentingnya ibu bapa kepada kita, begitu juga kita di mata mereka. Bahagiakanlah mereka selagi masih ada waktu.
Kisah benar Herman by Astro
Setiap insan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Dan setiap insan berhak untuk mendapat kemaafan. Kemaafan sebenar tidak hanya semasa hari perayaan. Tidak hanya dituturkan ketika azan 1 Syawal.
Sinar baru by TNB
Bulan Ramadhan tidak pernah jemu membawa sinar pembaharuan dalam hati kita. Tetapi apakah tindakan kita selepas ia berlalu? Ketahui maksud yang ingin TNB sampaikan tentang keindahan bulan ini dalam iklan Hari Raya tahun ini.
#SyawalPakLeman by MyDin
Leman adalah seorang ayah yang buta tinggal bersama anaknya, Wani. Punca rezeki Pak Leman adalah daripada bermain biola di Chow Kit. Di Chow Kit, Leman berkawan dengan seorang makcik penjual tisu, Yah. Yah mempunyai seorang anak, Moin. Yah dan Moin hidup daif di tepi jalanan Kuala Lumpur.
#InikanRaya by RTM
Eratkan silaturrahim sesama kita. Bersama itu lebih bermakna.
Hari Raya TVC by AEON Malaysia
AEON wishes all customers 'Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin'.
Aura Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri. Sudah tentu antara perkara yang ditunggu-tunggu adalah iklan Hari Raya Aidilfitri yang pastinya menyentuh perasaan kita semua dari syarikat seperti Petronas, Telekom Malaysia mahupun syarikat lain.
Untuk post kali ini ZF akan kumpulkan video-video ini ke dalam post ini dan akan diupdate dari masa ke semasa. Semoga iklan-iklan ini menjadi inspirasi kepada penonton disamping memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015
CUTI RAYA by FINAS
Mengisahkan tentang mirul yang sudah berkerja tetapi tidak dapat cuti ketika hari raya dan akhirnya pada tahun ini baru cuti untuk hari raya kali ini diluluskan.
#PakCikMisteri by TM
Azura seorang eksekutif muda yang agak kedekut, kalau boleh selalu nak orang belanja makan. Pada satu malam, kunci kereta hilang bersama dompetnya dan dia tak dapat balik rumah. Tiba-tiba seorang #pakcikmisteri sengkek datang membantunya dengan rela hati.
Pengacau Raya by BSN
Apakah yang akan terjadi, sekiranya seorang Pengacau Raya hadir di rumah anda di Hari Raya untuk mengacau segalanya? Apakah yang anda akan lakukan? Jom kita tengok bagaimana seorang lelaki menjadi Pengacau Raya, buat selama-lamanya.
Bandar-Raya by Naza TDDI
Mengisahkan tentang pasangan atuk dan nenek di dalam perjalanan untuk menyambut perayaan Hari Raya bersama anak mereka. Tetapi mereka dapati sibuk dengan hal masing-masing.. Dan mereka berusaha cuba untuk menarik perhatianan anak dan cucu mereka.
#SukurSelalu by Media Prima
Apabila kita melihat dengan hati, sekecil mana pun kurniaan Ilahi, pasti menzahirkan kebahagiaan yang tidak ternilai. Panjatkan #SyukurSelalu di Ramadan dan Syawal ini. Jom kita sampaikan mesej syukur ini dengan yang tersayang.
Baju Raya Hitam by Jabatan Imigresen Malaysia
Mengisahkan Pegawai Imigresen yang bertugas berkorban demi Agama, Bangsa & Negara menggalas tanggungjawab menjaga pintu masuk negara.
Maaf by Mudah.my
It takes a strong person to say sorry and an even stronger person to forgive. This coming Hari Raya, remember that true forgiveness can't be bought, but is freely given from the heart.