[Video] Kecoh gol ‘hantu’ Stefan Kiessling

on Ahad, 20 Oktober 2013

Assalamualaikum,


PERLAWANAN Bundesliga membabitkan Hoffenheim menentang Bayer Leverkusen di Wirsol Rhein-Neckar-Arena awal pagi semalam berakhir kontroversi apabila jaringan Stefan Kiessling didakwa tidak sah dan dikatakan berhantu.


Bola hasil tandukan Kiessling tersasar ke sebelah kanan namun ia menembusi jaring sekali gus mengelirukan pengadil yang menganggapnya sebagai jaringan sah.


Berpunca daripada sepakan sudut minit ke-70, Kiessling menanduk ke arah gawang tuan rumah namun ianya sekadar menggegar jaring sebelah kanan.

Kiessling kecewa kerana tandukannya tidak membuahkan hasil tetapi pengadil Felix Brych menyatakan gol sekali gus membuatkan Kiessling sedikit kebingungan dan rakan-rakannya meraikan 'jaringan' berkenaan.

Ulang tayang memaparkan bola jelas keluar daripada gawang Hoffenheim dan ianya 'masuk' melalui satu lubang jaring dan terus menerjah ke dalam pintu gol.

Sementara itu, Pengarah Sukan Hoffenheim, Alexander Rosen tidak berpuas hati dan menyifatkan ia satu skandal.

"Kami pasti akan meminta ulang tayang! Pemain Leverkusen tidak merayakannya (jaringan Kiessling)," katanya. -sumber-

Saksikan video dibawah ini--->


Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan