Memaparkan catatan dengan label Bank Negara Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bank Negara Malaysia. Papar semua catatan

Duit syiling baru TAK LAKU???

on Isnin, 9 April 2012

Assalamualaikum,


Ada sesetengah pendapat mengatakan duit syiling baru 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen membawa masalah kepada pengguna sekarang, kerana mesin bayar dan peraga (mesin letak kereta) masih menggunakan saiz syiling lama.

Namun, masalah tersebut dikesan bukanlah masalah sejagat atau menyeluruh kerana terdapat pengusaha yang sudah bersedia menghadapi fenomena edaran syiling baru yang lebih comel itu. Ia bukan sesuatu yang tidak dijangka kerana Bank Negara sudah membuat makluman, lebih enam bulan lalu.

Sehubungan itu, Sinar Harian membuat tinjauan terhadap dua buah syarikat yang bertanggungjawab menguruskan mesin bayar dan peraga di beberapa kawasan di Selangor.

Ketua Pengarah Operasi syarikat Godell Parking Sdn Bhd, Usman Ali Mustafa berkata, syiling baru sememangnya tidak mendatangkan masalah kepada pengguna di kawasan yang diurus oleh syarikatnya, meliputi jajahan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Daerah Kuala Langat dan beberapa petak di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, selepas dimaklumkan Bank Negara berkenaan edaran syiling baru, syarikatnya telah memprogram semula dan menaik taraf sekurang-kurangnya 2,000 mesin di sekitar kawasan Selangor dan DBKL untuk tujuan syiling baru.

“Proses itu merangkumi pemprograman semula dan pemasangan perisian, menaik taraf pungutan syiling, pemasangan di lokasi, penentuan ukuran kerana syiling baru berbeza berat dan saiz, termasuk membuat ujian dan pengesahan.

“Namun, pengubahan ini bukan melibatkan kos yang kecil sebaliknya menelan belanja kira-kira RM2.2 juta kerana semua peralatan memprogram semula diimport dari Perancis.

Tambahan pula, melibatkan lebih 40 jurutera syarikat yang bertanggungjawab memprogram semula semua mesin.

“Syarikat tanggung sendiri kos berjuta-juta itu, bukan ada subsidi daripada kerajaan,” ujar Usman Ali.

Menurutnya, pihaknya mengam­bil langkah pantas supaya memudahkan pengguna dan hasilnya, semua mesin milik syarikatnya kini boleh menerima syiling lama dan baru.

“Oleh itu, tidak ada masalah bagi pengguna di kawasan yang diuruskan oleh syarikat saya,” tegas beliau.

Bagaimanapun, hasil tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan di Shah Alam mendapati, kebanyakan mesin tidak boleh menerima syiling baru. Malah ada yang diletakkan notis “mesin ini tidak boleh menerima duit syiling baru”.

Orang awam dikenali sebagai Man berkata, mujurlah dia ada membawa duit syiling lama, jika tidak pasti menjadi masalah kerana mesin masih tidak boleh menerima syiling baru.

Berhubung keadaan itu, Sinar Harian mendapatkan maklum balas daripada syarikat yang bertanggungjawab, Suasa Efektif (M) Sdn Bhd berhubung isu syiling baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam dan Pemasarannya, Rosli Mat Zin berkata, bahagian operasi syarikatnya kini sedang menjalankan proses program semula ke atas semua mesin secara berperingkat.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah dimaklumkan syarikat berkenaan sedang memprogramkan semula setiap mesin secara berperingkat.

“Kami difahamkan, Suasa Efektif sedang melaksanakan proses itu dan diharap selesai dalam tempoh yang cepat untuk kemudahan orang ramai,” katanya.

Sumber

Note wang kertas RM20 diguna semula

on Rabu, 21 Disember 2011

Assalamualaikum,

Kakitangan Bank Negara Malaysia menunjukkan Note wang kertas dan wang syiling keluaran terbaru  



Bank Negara Malaysia dalam kenyataan rasminya menyatakan bahawa pihak mereka akan mula mengeluarkan siri wang kertas baru (edaran mulai Julai 2012) dan wang syiling baru (edaran mulai January 2012) semasa pelancarannya pada hari ini. Mereka turut bercadang akan menerbitkan semula note wang kertas RM20 yang telah dihentikan pengeluarannya sejak 1995. Siri terbaru ini membawakan ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi selaras dengan kemajuan negara.


Ciri-ciri Siri Wang Kertas Terbaru


NilaiSubstratSaizWarna Utama
RM100Paper150mm X 69mmPurple
RM50Paper145mm X 69mmGreen-blue
RM20Paper145mm X 65mmOrange
RM10Paper140mm X 65mmRed
RM5Polymer135mm X 65mmGreen
RM1Polymer120mm X 65mmBlue



Simbol-simbol yang digunakan dalam Siri terbaru ini


NilaiIkon
RM100Gunung Kinabalu, dan formasi lembah batu puncak Gunung Api
RM50Minyak kelapa sawit dan Bioteknologi
RM20Penyu Karah dan Penyu Belimbing
RM10Rafflesia
RM5Enggang Badak
RM1Wau Bulan


Video

Nota lawak: Agak-agak bila lak BNM nak keluarkan duit RM6 macam kat bawah ni???





--->Create, design dan customize Blog or Website anda dengan software ini <---
--->Dapatkan Kaspersky Internet Security 2012 hanya RM27 sahaja<---
--->Mari serta komuniti forum paling tersentap diMalaysia di Sentap.net<---
---> MahukanSamsung Galaxy W lihat sini dahulu<---
--->Jana pendapatan sampingan dengan churpchurp<---

Bendera ISRAEL dalam duit syiling baru MALAYSIA????

on Sabtu, 30 Julai 2011

السلام عليكم

Tentu anda semua telah membaca post ZF yang lepas iaitu yang bertajuk Ciri-ciri Syiling Malaysia Siri ke-3. Jika dalam post yang lepas ZF telah menerangkan beberapa ciri-ciri yang terdapat didalam syiling Malaysia yang baru, tetapi pada post kali ini ZF nak dedahkan tentang salah satu corak yang terdapat pada syiling 10 sen. Berdasarkan tajuk, syiling 10 sen Malaysia yang terbaru terdapat lambang bintang enam penjuru yang menyerupai simbol bendera Israel. Cuba lihat gambar dibawah:

Mungkin ini tidak disengajakan. 
Namun pasti ramai akan cuba mempersoalkan perkara ini nanti..

Ciri-ciri Syiling Malaysia Siri ke-3

on Rabu, 27 Julai 2011


Kepada yang rajin tengok berita pasti tahu tentang kewujudan duit syiling baru Malaysia siri ketiga. Bermula pada tahun hadapan, 2012 Malaysia akan mula mengeluarkan duit syiling Malaysia siri ketiga bagi menggantikan duit syiling yang sebelum ini. Kenapa perlu tukar? Kerana bertujuan untuk menggantikan duit syiling yang telah digunakan hampir 20 tahun sekarang ini. Wang syiling baru ini lebih kecil, ringan dan mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri selamat dan sidatangkan dalam 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Berikut adalah beberapa fakta menarik dan informasi tentang duit syiling yang baru ini.










Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga


Spesifikasi Teknikal

Nilai Muka 50 sen 20 sen 10 sen 5 sen
Logam Nikel Loyang Bersalut Kuprum Nikel Loyang Keluli Tahan Karat Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm) 22.65 20.60 18.80 17.78
Berat (gram) 5.66 4.18 2.98 1.72

Ciri-ciri Am

"Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’. (sumber dari Bank Negara Malaysia)"
Siri duit syiling yang bertemakan Keunikan Malaysia ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit-duit syling berkenaan.

 50 sen – Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah.Garisan halus pada latar belakang
                                                                                        motif merupakan sebahagian daripada ciri      
                                                                                        keselamatan. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia 
                                                                                        untuk ciri-ciri keselamatan.

20 sen – Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu
                                                                                         ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan
                                                                                         motif kain destar siga.

10 sen – Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu
                                                                                         mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk  corak
                                                                                         anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

5 sen – Destar Siga

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang,
                                                                                        destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen
                                                                                        baharu.
                                                           


Sempena pengeluaran wang syiling siri baru ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan syiling peringatan yang dijual bermula pada 26 Julai 2011 di tempat-tempat yang terpilih.  Berikut adalah video pelancaran duit syiling Malaysia siri ketiga.