Memaparkan catatan dengan label Computer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Computer. Papar semua catatan

Microsoft akan tamatkan Windows XP

on Sabtu, 13 April 2013


KUALA LUMPUR - Microsoft Malaysia (Microsoft) mengingatkan pengguna bahawa ia akan secara rasminya menamatkan perkhidmatan dan sokongan Windows XP pada 8 April, 2014.


Dalam satu kenyataan hari ini, Microsoft berkata walaupun tarikh akhir itu adalah satu tahun lagi, adalah penting bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pengguna di Malaysia untuk beralih daripada XP, satu sistem operasi 11 tahun untuk mengelakkan kelemahan dan risiko yang berpotensi mengganggu operasi perniagaan dan mengakibatkan peningkatan kos.

Ia berkata mulai 8 April, 2014, Microsoft tidak lagi akan memberikan pembaikan dan kemas kini automatik atau bantuan teknikal dalam talian untuk Windows XP.

Ini juga bermakna pengguna tidak lagi akan menerima kemas kini keselamatan yang melindungi komputer peribadi daripada virus, perisian pengintip dan lain-lain perisian perosak.

"Walaupun XP adalah salah satu sistem operasi yang paling popular dalam sejarah Microsoft, ia tidak direka untuk menghadapi cabaran hari ini, seperti peningkatan pendedahan kepada serangan siber dan permintaan untuk privasi data yang lebih tinggi, tidak seperti sistem operasi Windows 7 dan 8," kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia Danny Ong.

Sebagai bantuan kepada PKS, Microsoft mengumumkan laman web Windows Upgrade Centre,  http://www.microsoft.com/malaysia/xp-eos, di mana PKS boleh mendapat maklumat mengenai isu ini, dan belajar daripada penganalisis dan lain-lain pengguna di negara ini. - Bernama

Mengatasi Windows 7 - Build 7601 - This copy of Windows is not genuine

on Sabtu, 21 April 2012

Assalamualaikum,

Pagi tadi laptop ZF buat hal dengan munculnya benda alah ni "Windows 7 Build 7601 this copy of windows is not genuine" kat sebelah bawah skrin tu... Pastu time on laptop tu adalah popup yang suruh kita active productkey.. So ZF dah cari la cara untuk mengatasi masalah ni kat internet dan terjumpa kaedah yang paling berkesan dan juga tak memerlukan apa-apa software just folow step ni.. Tapi untuk yang baru terjadi je tau


STEP1: lakukan system restore kat komputer
STEP 2: RUN komputer dalam safe mode
STEP3: pergi ke CONTROL PANEL>PROGRAMS AND FEATURES, Then klik view installed updates


STEP:3 Bila dah klik dia akan keluar macam gambar kat bawah. pastu cari file yang code dalam kurungan dia (KB976932) & (KB971033) dan Uninstall dua-dua.

STEP:4 RESTART and selesai

MacBook Pro dengan 24-carat Emas

on Sabtu, 17 Disember 2011

Assalamualaikum,

No komen... Ada sesiapa nak???











--->klik sini untuk Review IPhone 4s <---
--->Dapatkan Kaspersky Internet Security 2012 hanya RM27 sahaja<---
--->Mari serta komuniti forum paling tersentap diMalaysia di Sentap.net<---
---> MahukanSamsung Galaxy W lihat sini dahulu<---
--->Jana pendapatan sampingan dengan churpchurp<---

Computer dalam Keyboard

on Sabtu, 12 November 2011

Assalamualaikum,

Sesuatu Computer(destop PC) boleh dibuka sekiranya mouse tiada, tetapi Computer tersebut tidak dapat dibuka sekiranya tidak mempunyai keyboard. Tidak percaya anda boleh cuba sendiri. Oleh disebabkan itu mereka-meraka yang suka mereka ini telah mencipta sebuah Computer(destop PC) didalam Keyboard. Meh kita lihat reka bentuknya...










P/S: ZF rasa nak beli jer... Tapi kat Malaysia xde lagi kot....


--->Dapatkan Kaspersky Internet Security 2012 hanya RM27 sahaja<---
--->Mari serta komuniti forum paling tersentap diMalaysia di Sentap.net<---
--->Dapatkan tips untuk berjaya dalam SPM<---
--->Jana pendapatan sampingan dengan churpchurp<---

TM pulak nak kenakan cukai 6%

on Selasa, 11 Oktober 2011

السلام عليكم



Dah reda isu cukai 6% untuk topup mai lagi isu hangat tentang cukai ni.. Kali ini cukai 6% bakal dikenakan oleh semua pelanggan Streamyx dan Unifi mulai 1 January 2012.

Pekara ini disahkan sendiri oleh operator TM net. Kalau korang tak percaya tengok video dibawah..



Video perbualan gan operator


Perbulan kedua dari pelangan yang lain


Nak salahkan siapa ni??? Kerajaan ni asik cukai...cukai...cukai... lama-lama habis duit rakyat dya ambik.... Dia bagi peruntukan kat orang lain pastu mula la cari balik sumber nak tampung duit yang disalurkan tu.....

Kegunaan Floppy Disk pada Zaman Sekarang

on Khamis, 21 Julai 2011

السلام عليكم

Korang tahu tak ape itu Floppy Disk?? Floppy Disk adalah salah satu alat yang mampu menyimpan data didalam flexible magnetic storage medium dalam size data yang kecil. Floppy Disk satu ketika dahulu sering digunakan untuk menyimpan data sebelum wujudnya USB flash drives, portable external hard disk drives, optical discs dan memory cards. Floppy Disk kini dianggap sudah lapok kerana hanya mampu menyimpan data bersaiz kecil sahaja jika hendak dibandingkan dengan USB flash drives, portable external hard disk drives, optical discs dan memory cards.

Oleh itu ZF nak berkongsi idea, ape yang korang boleh lakukan dengan teknologi lama ini. Daripada tidak bernilai menjadi barang perhiasan yang cantik dan bernilai... Lihat gambar-gambar dibawah....

Dijadikan Rantai

 Dijadikan anting-anting


 Dijadikan Beg


Dijadikan Meja



Dijadikan kulit buku nota.

Dijadikan bekas pen