Memaparkan catatan dengan label Universiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Universiti. Papar semua catatan

Cara Menerima Ijazah yang Pelik dan Unik

on Rabu, 28 November 2012

Assalamualaikum,


Sebut sahaja konvokesyen pastinya terbayangkan saat menrima sekalung diploma atau pun ijazah dan sebelum itu haruslah mengikuti protokol formal ketika menerimanya. Tetapi lain pula yang dilakukan oleh sebuah universiti di Malaysia ini iaitu Universiti Malaya (UM).

Graduan-graduan ini harus mempersembahkan gaya-gaya tersendiri sebelum menerima scroll itu. Mari kita lihat aksi-aksi mereka ini



Jangan terkejut setelah melihat video ini kerana mereka ini adalah gradusi dari Jurusan Seni Tari. Canselor dan ketua jabatan mereka yang telah bagi greenlight untuk melakukan tarian sebelum menerima scroll tersebut.

Mungkin ramai yang menganggap  ia perbuatan yang kurang sopan. Tetapi setidak-tidaknya para tetamu tidak bosan menunggu setiap kali nama-nama dipanggil malah tertunggu-tunggu untuk melihat gaya yang akan dipersembahkan dan pastinya detik kenangan konvokesyen ini akan lebih bermakna lagi.

Tukar botol menjadi mentol

on Khamis, 20 Oktober 2011

السلام عليكم

Wow sungguh kretif penduduk luar bandar ini. mereka ini menggunakan botol terbuang sebagai mentol dirumah mereka bagi menerangi kediaman mereka. Bertapa bijaknya mereka ini berfikir... Penduduk miskin di Manila Falipina ini kini diterangi cahaya.

Idea asal ini datangnya dari Mahasiswa Institut Teknologi Massachusetts. Nak lihat macam mana mereka membuatnya lihatlah video dibawah..




Lindungi PC anda dengan hanya RM27 sahaja

Hanya RM 27

Universiti tercantik Asia Tenggara

on Jumaat, 22 Julai 2011

السلام عليكم

Ditubuhkan pada 24 November 1994, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dianggap sebagai universiti tercantik di Asia Tenggara di mana ia menjadi salah satu mercu tanda kemasyhuran bandar raya Kota Kinabalu. Kedudukannya yang seolah-olah diapit oleh pantai pinggiran Laut China Selatan dan rimba hijau tropika kaki Gunung Kinabalu, telah menjadikan UMS seakan singgahsana puncak ilmu.

Pada permulaan penubuhan, universiti ini menumpang di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996. Kemudian, pada 19 Mei 2000, UMS telah berpindah ke kampus tetapnya di Teluk sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Di samping itu, UMS juga mempunyai du buah kampus cawangan di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sandakan.