Memaparkan catatan dengan label perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perkahwinan. Papar semua catatan

Video dan Gambar Majlis Akad Nikah Diana Amir

on Sabtu, 26 Oktober 2013

Assalamualaikum,

Tepat jam 9.30 malam semalam perlakon Nurdiyana Amir Hashim atau lebih dikenali sebagai Diana Amir, 27 sah bergelar isteri kepada Mohd Habib Bullah A Rahman, 26, yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.


Mereka dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Hazaruddin Baharuddin dengan sekali lafaz sahaja. Majlis berlangsung tanpa wang dan dulang hantaran, cukup sekadar Diana menerima senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000.

Saksikan Video detik-detik Diana Amir sah menjadi isteri Habib.






More

Berkat 20sen dari Says, Dia mampu berkahwin

on Khamis, 20 Jun 2013

Assalamualaikum,


Kisah benar seorang ahli SAYS* bernama Razali yang telah memenangi hati gadis impiannya. Razali yang tinggal di Kuala Lumpur dan aktif dengan SAYS sejak tahun 2010. Ada cerita yang menarik tentang beliau ini.

Pada April tahun lepas, SAYS telah mendapat banyak maklum balas daripada ahli-ahlinya dan salah satu daripada mereka telah menarik perhatian orang-orang di SAYS. Maklum balas tersebut datang daripada beliau yang bernama Razali.

Razali berkongsi pengalamannya bersama SAYS dan berkata beliau telah membuat keputusan untuk mengumpul pendapatan SAYSnya untuk membeli cincin pertunangan untuk gadis yang dicintai (bakal isterinya).


Beberapa bulan selepas maklum balas tersebut, Razali telah menulis kepada SAYS sekali lagi untuk menjemput menghadiri majlis perkahwinannya di Kuala Ketil, Kedah. Loh Ji Yuan, wakil daripada SAYS telah mengembara dari pejabat SAYS di Petaling Jaya ke Kedah untuk menghadiri majlis tersebut, dan bertemu dengan Razali buat kali pertama.



Ketika di majlisnya, Razali bercerita dengan Loh Ji Yuan bahawa beliau dan isterinya, Izyan telah diperkenalkan oleh isteri rakan baiknya yang pada masa itu berkawan dengan ibu Izyan. Hampir setahun mereka berkenalan, dan berhubung melalui Facebook dan Yahoo Messenger. Mereka akhirnya membuat keputusan untuk berumahtangga.

Kata Razali, beliau mula menggunakan SAYS hanya untuk mengisi masa lapang. Tetapi lama kelamaan setelah membuat cash out untuk menebus pendapatan SAYSnya, beliau telah membuat keputusan untuk mengumpul pendapatan SAYS beliau untuk membelikan cincin pertunangannya.

Kami masih lagi ingat, beliau berkata, “Saya saja nak gunakan duit SAYS tu, benda tu daripada satu klik 20 sen, macam ada satu ‘effort’”, dan beliau sambung berkata, “Boleh je beli dengan duit gaji income, tapi orang kata ‘value’ dia tu lebih”.

Dengan itu, Razali dan Izyan telah selamat diijab Kabul.

Anda mahu jadi seperti meraka??? Sertailah Says.com sekarang!!! Sejak April 2013, SAYS Specials telah berpindah ke 8Share.com.

Zahiril Adzim (Daim Juvana) timang cahaya mata pertama

on Rabu, 19 Jun 2013

Assalamualaikum,


Tahniah diucapakan kepada pasangan sejoli,  Zahiril Adzim dan Shera Aiyob kerana dikurniakan seorang anak lelaki. Anak beliau selamat dilahirkan sebantar tadi. Berita ini dikongsikan melalaui akaun twitter Zahiril atau lebih dikenali dalam industri hiburan sebagai Daim Juvana.



Zahiril dan Shera telah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2011 dalam satu majlis yang diadakan di Taman tasek Indra, Perak.


Sekitar Majlis Pernikahan Izzue Islam Dan Awin Nurin

on Ahad, 2 Jun 2013

Assalamualaikum,


Tahniah diucapkan kepada Izzue Islam yang merupakan ahli kumpulan Forteen. Izzue, 23 tahun selamat bergelar suami kepada Awin Nurin sekirar jam 9.45 pagi tadi dengan mas kahwin sebanyak 11 dinar dan wang hantaran beerjumlah RM11 , 111.11 untuk pihak perempuan.

Tambah istimewa, tarikh pernikahannya hari ini sebenarnya merupakan hari lahirnya yang ke-24 tahun. Tahniah dan semoga berbahagia di ucapkan kepada mereka berdua..























Sekitar Majlis Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle

on Sabtu, 3 November 2012


Assalamualaikum,

Tahniah diucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle di atas pernikahan mereka pada hari ini.  Majlis pernikahan diadakan di Hotel Flamingo , PJ.

Pengantin lelaki telah membawa 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang oleh pengantin perempuan. Maskahwin adalah sebanyak RM10,000. Diana Danielle yang berwalikan hakim sah menjadi isteri kepada Farid Kamil.

Kedua-dua pengantin nampak sama cantik dan sama padan dengan persalinan pengantin serba putih dan gambungan warna pink.