Memaparkan catatan dengan label rokok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rokok. Papar semua catatan

Kempen berhenti merokok di India

on Rabu, 15 Februari 2012

Assalamualaikum,


Pihak berkuasa Kesihatan Barat telah cuba menggunakan semua jenis amaran bahaya merokok terhadap perokok tegar termasuklah amaran melalui grafik dengan meletakkan gambar paru-paru hitam dan lain-lain lagi kesan daripada merokok namun berjuta-juta orang memilih untuk mengabaikan ia.

Akhirnya mereka bejaya mencari cara yang paling berkesan. Walau bagaimanapun cara ini dapat dilakukan di India kerana medium utama kempen ini adalah pemetik api. Di India ramai perokok gemar mengggunakan pemetik api yang disediakan di kedai-kedai runcit.

Oleh itu mereka telah mencipta alat pemetik api yang boleh memberikan kesedaran kepada mereka dengan mengabungkan pemetik api tersebut bersama dengan dendangan lagu 'Raam Naam Satya Hai' iaitu lagu yang sering dimainkan ketika upacara pengebumian. Ternyata cara ini berkesan.. lihat video dbawah.


Nota kaki: Kalau nak buat kat Malaysia camni  tak boleh pulak sebab pemetik api boleh beli jer, murah lak tu.. Pastu kita lak ada banyak bangsa susah la...

Rokok hasilkan permaidani unik

on Sabtu, 26 November 2011

Assalamualaikum,

RICHMOND - Siapa sangka ratusan ribu rokok boleh menghasilkan kerja seni unik seakan menyerupai permaidani bulu harimau.

Seorang artis berpengaruh kelahiran China, Xu Bing, 56, menggunakan kepakarannya menghasilkan permaidani dengan 500,000 batang rokok sebagai simbol perdagangan global selain memberi peringatan mengenai bahaya tabiat tidak sihat itu.

Jurucakap Muzium Virginia tersebut menyatakan projek permaidani Xu Bing itu menggambarkan hasil seni seorang artis kontemporari dan inovatif kerana beliau telah melakukan kajian terhadap pengeluaran tembakau di beberapa negara sebelum ini.

“Beliau telah melawat ladang tembakau, gudang dan kilang rokok sebelum memulakan projek untuk pameran tersebut,” menurut jurucakap muzium itu lagi.

Kurator Jabatan Seni Moden, turut menyatakan pengunjung juga berpeluang untuk melihat buku dicetak menggunakan kotak mancis dalam pameran tersebut.


--->Dapatkan Kaspersky Internet Security 2012 hanya RM27 sahaja<---
--->Mari serta komuniti forum paling tersentap diMalaysia di Sentap.net<---
--->Dapatkan tips untuk berjaya dalam SPM<---
--->Jana pendapatan sampingan dengan churpchurp<---