Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan

Koleksi Gambar Di Sebalik Tabir: The Avengers

on Khamis, 26 April 2012

Assalamualaikum,

Kat sini siapa yang dah tengok cerita ni??? Siapa yang dah tengok scroll kebawah untuk tengok gambar-gambar disebalik tabir The Avengers. Siapa yang tak tengok lagi pown kena wat banda yang sama gak.

Synopsis: The Avengers will bring together the super hero team of Marvel Comics characters for the first time ever, including Iron Man, Captain America, Thor, The Hulk and more, as they are forced to band together to battle the biggest foe they’ve ever faced.

























Ombak Rindu kutip RM4 juta dalam 4 hari

on Selasa, 6 Disember 2011

Assalamualaikum,


6 Dis – Filem arahan Osman Ali, "Ombak Rindu" mencetus satu fenomena baru dalam industri filem tempatan selepas berjaya mendapat kutipan jualan tiket sebanyak RM4 juta dalam tempoh empat hari tayangannya bermula 1 Disember lalu.

Malah filem romantis lakonan Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani turut menewaskan kutipan hari pertama filem pecah panggung Hollywood, "The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1" dengan berjaya mengutip sebanyak RM750,000.

Pengarah yang juga calon kategori Pengarah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 berasa sangat gembira dan bersyukur dengan kejayaan filem yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari tersebut.
"Ia adalah satu suntikan semangat buat saya selepas diberitahu berjaya mendapat kutipan sebanyak itu. Saya tidak menjangkakannya tetapi itulah rezeki buat saya dan semua yang terlibat dalam produksi filem ini," ujar Osman.

Walaupun gusar jika kurang mendapat sambutan memandangkan penonton kini lebih tertarik menyaksikan filem bercorak komedi dan seram, tetapi dia yakin populariti novel asal turut memainkan peranan penting bagi menarik minat kaki wayang untuk membanjiri panggung.

"Kami pernah mengadakan kajian sebelum membuat keputusan untuk membawa novel ini ke layar perak. Ternyata ramai yang bersetuju dan berminat. Jadi saya yakin mereka yang ke panggung adalah mereka yang pernah membaca novel tersebut," jelas Osman lagi.

Pengarah kelahiran negeri Kedah ini turut mengakui kekuatan yang ada pada "Ombak Rindu" adalah mainan emosi serta lakonan mantap daripada barisan pelakon.



--->Dapatkan Kaspersky Internet Security 2012 hanya RM27 sahaja<---
--->Mari serta komuniti forum paling tersentap diMalaysia di Sentap.net<---
--->Dapatkan tips untuk berjaya dalam SPM<---
--->Jana pendapatan sampingan dengan churpchurp<---