Bahana LOVE BITE

on Rabu, 23 Februari 2011

السلام عليكم



Love bite atau gigitan asmara bukan sahaja memberi keseronokkan tetapi juga boleh membawa maut. Awas kepada pasangan yang ingin membuat gigitan asmara, pastikan anda atau pasangan anda gigit betul-betul, jangan sampai ada yang masuk wad nanti. Ikuti berita mengenai perkara tersebut:

Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmarayang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Aucklandselepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Paradoktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmarapada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.

Gigitan asmaraitu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.



Tolong vote ZF yer untuk Blogger of the Year... Tekan gambar tu yer untuk undi....


Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan