Remaja Sering Ponteng Sekolah Hamil 7 Minggu

on Isnin, 4 Julai 2011

السلام عليكم

Sekadar hiasan

AMPANG: Punca seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang sering ponteng sekolah akhirnya terbongkar apabila bapanya mendapati dia mengandung tujuh minggu dipercayai dirogol teman lelakinya sebaik membuat pemeriksaan di sebuah klinik pada 22 Jun lalu.
Sebaik mengetahui anak gadisnya mengandung dipercayai dirogol, bapa mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang pada 26 Jun lalu.
Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, bapa mangsa mula mengesyaki sesuatu yang pelik terhadap anak gadisnya apabila guru sekolah mangsa menghubungi bapanya untuk bertanyakan punca mangsa tidak hadir ke sekolah selama tiga hari.
“Mangsa mengaku teman lelakinya yang berusia 19 tahun, sering menjemputnya dari sekolah dan pusat tuisyen sebelum merogol mangsa di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Taman Melawati.
“Sebaik mengetahui anaknya diperlakukan sedemikian, bapa mangsa kemudiannya mengambil keputusan membawa mangsa menjalani pemeriksaan ultra bunyi di sebuah klinik di Keramat,” katanya.
Sumber berkata, sewaktu mangsa bersekolah di tingkatan satu, suspek bertindak berani apabila melarikan mangsa selama tiga hari sebelum dia berjaya dijumpai sebaik anggota polis membuat pemeriksaan di sebuah apartmen di Taman Melati.
“Selepas kejadian kira-kira tiga tahun lalu, bapa mangsa menasihatkan suspek supaya tidak lagi berkawan dengan anaknya kerana bimbang perkara sama akan berulang,” katanya.
“Suspek yang degil tetap berkawan dengan mangsa sebelum bapa mangsa mengambil keputusan untuk menukar mangsa bersekolah di tempat lain dengan harapan suspek tidak lagi berkawan dengan mangsa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.



Tolong vote ZF yer untuk Blogger of the Year... Tekan gambar tu yer untuk undi....



Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
4 Comments

{ 4 ulasan ... read them below or add one }

H. Asrul Hoesein berkata...

Ass.Alaikum...Nice postingnya sobat..Pastinya tingkatkan komunikasi di dalam rumah tangga, antar orang tua dan anak..komunikasi hal reproduksi...dampak dan masalahnya bila disalahgunakan...Insya Allah, keluarga akan berkarakter...Amin..Sukses


4 Julai 2011 pada 3:32 PTG
seyla arvineyla berkata...

Hurm...mcm2 la dgn budak2 zaman skrg ni...ape nk jadik la...


4 Julai 2011 pada 7:45 PTG
Ibu Aqmar berkata...

Erm...zaman remaja, zaman yang ikutkan hati n perasaan..klau tak kuat cenginilah jadinye. Harap generasi akan datang amik iktibar..jangan Follow jer..huhu


11 Ogos 2011 pada 10:11 PG

Catat Ulasan