Sajak Buat Bersih 2.0 dari A.Samad Said

on Isnin, 11 Julai 2011

السلام عليكم

KUASA gusar kini menggelegak  murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam kalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Nurkilan;
A.Samad Said
sasterawan Negara
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
1 Comments

{ 1 ulasan ... read them below or add one }

khairulsyarafi berkata...

mmg memberi maksud yg mendalam kan.. :)


11 Julai 2011 pada 6:56 PTG

Catat Ulasan