السلام عليكم
Terkenal dengan kehebatan teknik silap matanya, David Copperfield mengejutkan ramai apabila berjaya merahsiakan status bapa yang dipegangnya selama 16 bulan daripada pengetahuan umum.
David, 54, dan teman wanitanya, Chloe Gosselin, 26, dilihat bersama anak perempuan mereka, Sky, sekitar New York, Bahamas dan Las Vegas pada bulan lalu.
Model Perancis yang sudah bersama David selama tiga tahun dilaporkan melahirkan anak perempuan mereka secara rahsia pada tahun 2010.
Jurucakap kepada ahli silap mata terkenal ini memberitahu The Daily Mail: "Lupakan kisah Patung Liberty lenyap. Ilusi terbaru David selepas ini adalah untuk melenyapkan lampin kotor."
David juga tidak pernah memberi sebarang petunjuk tentang kewujudan anak perempuannya itu sehingga sekarang.
Ahli silap mata yang memegang 11 rekod dunia Guinness ini pernah dinamakan sebagai selebriti paling berpengaruh di tempat ke-80 dengan berjaya mendapat kutipan USD$30 juta (RM89.1 juta) oleh majalah Forbes.
sumber