السلام عليكم
Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim merupakan bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007. Namun hati gadis ini mula tetarik pada seseorang jejaka yang merupakan salah seorang ahli juara Maharaja Lawak. Jejaka yang bertuah itu adalah Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad.
Fida mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL. Fida dan Mamat kini dalam proses mengenal hati budi masing-masing. Ketika mengajukan soalan kepada Fida tentang perkara lain yang disukainya tentang sifat mamat Fida menjawab "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya.".
Kemudian Fida ditanya lagi mengenai jodoh adakah cinta itu akan berakhir ke jinjang pelamin. Fida menjawabnya ""Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak".
p/s : Fida ini penah terkena dalam cite bangbangboom pastu dia boleh pulak kenakan balik orang yang kenakan dya tu..... jom kita tengok kat sini.. Part 1 | Part 2