Pesawat mendarat kerana kelawar dalam pesawat [Video]

on Khamis, 11 Ogos 2011

السلام عليكم

SEEKOR kelawar (dalam bulatan) terbang di dalam kabin penumpang
 sebuah pesawat ke Atlanta, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.[ video dibawah]
MADISON - Sebuah pesawat penumpang yang dalam perjalanan ke Atlanta terpaksa berpatah balik ke Madison pada Jumaat lalu kerana seekor kelawar berterbangan di dalam kabin penumpang, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang penumpang merakamkan gambar kelawar itu dengan menggunakan telefon bimbit.

Rakaman itu kemudian disiarkan di iReport yang merupakan forum stesen televisyen CNN untuk anggota-anggotanya menyiarkan berita mereka sendiri.

Penumpang lelaki yang merakamkan imej itu menyatakan dia terjaga kerana jeritan penumpang lain.

Selepas terjaga, katanya, dia melihat seekor kelawar berterbangan di atas kepalanya.

Kelawar itu terbang beberapa kali sebelum ia terperangkap di dalam tandas belakang pesawat.

Pesawat itu kemudian dibenarkan terbang selepas satu pemeriksaan dilakukan.

Menurut seorang jurucakap syarikat penerbangan pesawat itu, Jarek Beem, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada haiwan itu ialah burung atau kelawar. - Agensi


Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan