Wanita tunai solat Jumaat

on Ahad, 11 September 2011

السلام عليكم



TOBIAR – Seramai kira-kira 60 golongan wanita daripada pelbagai peringkat umur meluangkan masa menunaikan solat Jumaat di Masjid Hamidi Manjalara Kampung Kepala Bukit dekat sini, bersempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut di situ semalam.

Sinar Harian difahamkan kebanyakan golongan wanita dalam kariah masjid itu mengambil peluang menunaikan solat Jumaat bersama-sama golongan lelaki walaupun hukum menunaikan solat Jumaat adalah harus bagi wanita.

Justeru, golongan wanita yang hadir menunaikan solat Jumaat semalam meluahkan rasa gembira dan ia adalah pengalaman baru kerana pertama kali mereka menunaikan solat itu.

Imam Masjid Hamidi Manjalara Kampung Kepala Bukit, Ghazali Zakaria berkata, masjid ini mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya apabila jemaah perempuan menunaikan solat Jumaat.

“Sebelum ini masjid berkenaan tidak pernah dihadiri golongan perempuan ketika solat Jumaat dan hari ini (semalam) adalah kali pertama golongan perempuan hadir.

“Solat Jumaat adalah harus bagi golongan wanita namun, jika sambutan kehadiran yang diberikan golongan wanita berterusan pada minggu seterusnya adalah perkara baik dan saya akan menyediakan tempat solat untuk mereka memandangkan jumlah jemaah lelaki agak ramai di masjid ini,” katanya ketika ditemui di masjid itu semalam.

Menurutnya, pihak jawatankuasa masjid sudah memberikan pandangan mengenai majlis sambutan Aidilfitri di masjid ini dan mencadangkan supaya menjemput jemaah wanita untut turut serta menunaikan solat Jumaat.

“Cadangan itu disambut baik dengan jumlah kehadiran yang ramai dan perkara ini jarang sekali diadakan di masjid lain dalam daerah ini dan perkara ini diharap menjadi contoh oleh masjid di tempat lain,” katanya.

Sementara itu, jemaah wanita Norma Yahya, 56, berkata, dia pertama kali mengikuti solat Jumaat dan ini adalah satu pengalaman baru baginya.

“Ini adalah satu pembaharuan bagi diri saya untuk sama-sama mengikuti solat Jumaat kerana sebelum ini hanya golongan lelaki sahaja yang menunaikan solat Jumaat.

“Saya akan datang tiap-tiap minggu jika sambutan menggalakkan,” katanya.
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
4 Comments

{ 4 ulasan ... read them below or add one }

sobri yaacob berkata...

ooo..baru tahu.. rasanya kat mlysia..
ni first time kot..org prempuan bjemaah skali...
x pun sblum ni dah ada kot...he..he..


11 September 2011 pada 10:34 PG
ZF berkata...

@sobri yaacob: btol tu kalau kat luar ngara muesti selalu nampak.. kat malaysia ni kot yg pertama


11 September 2011 pada 11:07 PG
GreenLava berkata...

seingat saya kat kampung saya masa kanak-kanak dulu, org perempuan pun join sama sembahyang jumaat.


11 September 2011 pada 12:59 PTG
Sesuka-Suki Shop berkata...

kat UIAM slalu je muslimah2 join solat jumaat... =)


11 September 2011 pada 1:55 PTG

Catat Ulasan