Setiap Orang ada Klon Sendiri

on Ahad, 9 Oktober 2011

السلام عليكم


Apa khabar semua... Hari ini ZF nak berkongsikan kisah mengenai "klon". ZF bukan nak kongsi macam mana nak buat klon tapi ZF nak ceritakan tentang kisah pelanduk dua serupa yang boleh dianggap klon diri seseorang itu sendiri.

Tentu korang pernah dengar berita tentang "Mawi" menjadi tukang masak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekitar awal tahun 2007. Rupanya orang ramai salah sangka bahawa Mawi yang mereka lihat itu sebenarnya adalah Saifulruddin Mohd. Idaham yang paras rupanya betul-betul seiras Raja SMS iaitu Mawi. Anda boleh lihat sendiri gambar dibawah.

PENYANYI Mawi dan ‘klonnya’ Saifulruddin.

Selain Mawi ada lagi personaliti hiburan, ahli politik atau kerabat diraja yang mempunyai klon mereka sendiri Seperti bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta penyanyi popular Malaysia Datuk Siti Nurhaliza.

Korang juga mesti pernah mendengar satu teori yang menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai 7 orang yang menyerupai diri kita... Adakah teori ini betul atau hanya indah khabar dari rupa??? Tapi jika difikirkan asal usul kita tidak mustahil teori diatas betul. Cuba korang fikir, Manusia lahirnya dari Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa jadi tidak mustahil teori diatas betul....

Tetapi masih belum ada kajian yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk membuktikan teori ini. Tapi dengan kemajuan teknologi sekarang ini tidak mustahil lagi seseorang itu menpunyai klon nya sendiri kerana sesiapa sahaja boleh melakukan pembedahan plastik untuk menyerupai wajah mereka.

PRESIDEN AS Obama dan klonnya Ilham Anas.

Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan