Ditindih oleh Hantu ketika tidor.

on Jumaat, 30 Disember 2011

Assalamualaikum,


Korang semua pernah tak dengar cerita dimana seseorang itu itu tidak dapat begerak(lumpuh) ketika baru sedar dari tidor atau lebih senang orang kita gelarnya ditindih hantu.??? Atau korang sendiri pernah mengalaminya sendiri????

"Mengapa ianya dikaitkan dengan perkara mistik?? " Perkara ini mula bermain difikiran ZF apa bila seorang dari rakan ZF bercerita tentang pengalamannya.. Oleh tu ZF cuba mencari penjelasannya di Internet. ZF cuba melihatnya dari dua sudut yang berbeza iaitu agama dan kajian sainstifik.

Pertama ZF cari dari segi Agama dahulu dan ini rumusan yang ZF dapat. Seperti kepercayaan orang dahulu kala hantu merujuk kepada mereka yang roh nya tidak diterima dan seolah-olah tergantung diantara langit dan bumi. Tetapi menurut Al-Quran, Roh yang berpisah daripada jasad akan terus kembali kepada Allah SWT.


Tetapi bagaimana pulak dengan Iblis laknattullah adakah ini perbuatan mereka??? Tidak sama sekali, kerana Iblis tidak di izinkan oleh Allah untuk membuat kejahatan secara fizikal keatas manusia. Jika diberikan keizinan ini sudah pastinya ramai manusia yang telah dibunuhnya. Iblis hanya boleh mencelakai manusia melalui bisikan jahat kepada manusia lain sahaja.

Kesimpulannya, Ditindih oleh Hantu adalah perkara tidak benar sama sekali. Jadi pastinya jawapannya terletak pada para sainstis yang cuba merungkai kejadian tahyul ini.

Ni la sainstis tu...huhuhu

Sebenarnya perkara ini sebenarnya disebabkan oleh Sleep Paralysis atau melayu nya paralisis(lumpuh) tidur. Ini berlaku kerana otak secara mengejut berfungsi dari rehatnya(seperti terbangun dari mimpi yang menakutkan) yang memnyebabkan otak lambat menghantar isyarat kepada pergerakan tubuh. Selain itu faktor gaya hidup juga mempengaruhi sleep Paralysis ni seperti tidur tidak cukup, stress dan dibawah pengaruh akohol.

Jadi itu lah sebenarnya yang terjadi dan bukannya ditindih oleh hantu. Nasihat ZF jangan la korang jadi panik, berikan masa kepada otak untuk mengawal kembali tubuh badan. Pernah satu ketika, seseorang itu meninggal apabila terlalu panik menyebabkan jantung gagal berfungi selepas mengalami Sleep Paralysis ini.



--->Ketahui cara bagaimana menjalani kehidupan yang sihat<---
--->Dapatkan Kaspersky Internet Security 2012 hanya RM27 sahaja<---
--->Mari serta komuniti forum paling tersentap diMalaysia di Sentap.net<---
---> MahukanSamsung Galaxy W lihat sini dahulu<---
--->Jana pendapatan sampingan dengan churpchurp<---
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
6 Comments

{ 6 ulasan ... read them below or add one }

Ain Syahirah berkata...

terima kasih untuk maklumat ini...baru Ain tahu...Ingatkan hantu..Ain selalu baca Ayat Kursi sebelum tidur sbb takut kena tindih dgn hantu... hihihihi..:)

nak copy boleh?


31 Disember 2011 pada 1:41 PTG
Umie Naziera berkata...

mmg slalu sgt dengar,tp alhamdulillah xprnh jdi,mntx dijauhkan


31 Disember 2011 pada 9:05 PTG
Fatin Diana berkata...

Oh. Maknanya kena tindih dengan hantu tu mitos je la ea. Hihi! Thanks untuk information ni :)


5 Januari 2012 pada 3:14 PTG
ZF berkata...

@Dianaa:Btl tu.. mitos jer tu..


5 Januari 2012 pada 6:11 PTG
Nadhyat berkata...

bukan ke melalui sihir, jin/setan boleh kacau melalui fizikal ke dengan adanya izin Allah?

entah, sy masih sangsi dengan kenyataan yg mengatakan tindih di jin/setan hanyalah mitos... I am confused.

?????


6 April 2012 pada 5:48 PTG

Catat Ulasan