Sejarah selebriti dan paparazzi

on Khamis, 1 Disember 2011

Assalamualaikum,

Paparazzi atau Paparazzo dalam bahasa Itali merujuk kepada fotojurnalis yang mahir dalam mengambil gambar kandid invididu berpengaruh seperti selebriti. Di rumah, bersenam, keluar bersama insan tercinta atau membeli barang dapur, kehidupan selebriti bagaikan di bawah mikroskop kerana gerak-geri mereka diperhatikan 24 jam. Walaubagaimanapun di Malaysia masih belum ada lagi paparazzi yang ekstrem seperti di Hollywood. Ada yang memahami apabila selebriti meminta untuk menghormati privasi mereka tetapi ada juga yang tidak ambil peduli. Apa agaknya tindakan diambil oleh selebriti terhadap paparazzi yang tidak mendengar kata? Mari kita saksikan sejarah beberapa selebriti dengan paparazzi.

Shia LaBeouf
Hero filem francais terkenal "Transformers" sememangnya pernah mempunyai hubungan buruk dengan paparazzi Hollywood. Seorang yang panas baran, LaBeouf pernah mencuri kamera seorang paparazzi sebelum polis memaksanya mengembalikan kameranya tersebut. Dalam satu kejadian lain, LaBeouf yang sedang menikmati minum petang menyedari dirinya dirakam. Dia segera mengemas barang, membawa kopi yang masih panas itu dan segera berjalan menuju paparazzi di situ, lalu melemparkan cawan tersebut dan berlari laju meninggalkan kawasan tersebut.

Russel Brand
Aktor komedi dan penyanyi Inggeris yang terkenal dengan gaya essentriknya telah bertindak memukul kamera seorang paparazzi ketika baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles bersama tunangnya yang kini sudah bergelar isteri, Katy Perry. Kemarahannya itu tercetus berikutan paparazzi tersebut terlalu menghampiri Perry dan cuba merakamkan gambar kurang sopannya. Dia ditahan polis dan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak USD20,000 (RM63,660). Perry mempertahankan tindakan Brand dengan mengeluarkan kenyataan di Twitter berbunyi, "If you cross the line and try put a lens up in my dress, my fiance will do his job and protect me."

Adam Lambert
Penyanyi homoseksual telah bergelut dengan seorang paparazzi yang tidak henti-henti mengambil gambar ketika dia sedang berhibur dengan teman-temannya di pantai Miami. Lambert telah meluru laju ke arah lelaki tersebut dan cuba merampas kamera tersebut. Namun tindakannya dihalang oleh seorang rakan yang cuba menenangkannya.

Mike Tyson
Ikon tinju yang obses dengan burung merpati ini telah ditahan pada tahun 2009 selepas seorang jurukamera mendakwa peninju ini memukulnya. Walaubagaimanapun Tyson menegaskan tindakannya itu tidak salah dan bertujuan melindungi keluarga selepas jurukamera tersebut berkelakuan agresif. Pada tahun 2010, pendakwaraya Mahkamah Los Angeles menggugurkan dakwaan tersebut.

AXL Rose
Ketika sedang berjalan di Lapangan Terbang Los Angeles bersama teman wanitanya, vokalis rock lagenda Gun N' Roses, AXL Rose telah bertindak menumbuk seorang paparazzi sehingga tersungkur. Dia sebelum itu telah memberi amaran terhadap paparazzi tersebut supaya menjauhkan diri daripada teman wanitanya. Walaubagaimanapun AXL Rose tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Britney Spears
Tahun 2008 bukanlah satu tempoh yang baik buat penyanyi hit "Baby One More Time" apabila dihimpit krisis karier jatuh merundum dan pergolakan rumah tangga yang mengheret kepada perebutan penjagaan dua orang anak lelakinya. Sejurus selepas membotakkan rambutnya, Spears tiba-tiba menyerang beberapa jurukamera yang tidak henti-henti mengambil gambarnya dengan menggunakan payung. Selepas itu, Spears telah melepaskan geram dengan menghempas payung tersebut ke arah cermin sebuah kereta sehingga pecah.

Sumber: Cinema.com.my




--->Dapatkan Kaspersky Internet Security 2012 hanya RM27 sahaja<---
--->Mari serta komuniti forum paling tersentap diMalaysia di Sentap.net<---
--->Dapatkan tips untuk berjaya dalam SPM<---
--->Jana pendapatan sampingan dengan churpchurp<---
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
2 Comments

{ 2 ulasan ... read them below or add one }

Umie Naziera berkata...

ada tak paparazi nak stalk mak hiang nie??berangan sat naa....


1 Disember 2011 pada 7:48 PTG
ekabukanmakcikkau. berkata...

ihhh sweetnya russel buat macam tu hahhaa


1 Disember 2011 pada 9:05 PTG

Catat Ulasan