Pelajar tingkatan 2 masih minum susu dalam botol?

on Khamis, 3 Mei 2012

Assalamualaikum,

Farah Sauffiah menyusu botol walaupun ketika menyiapkan kerja sekolahnya.

Seorang pelajar ketagih menghisap susu botol meskipun usianya kini mencecah 14 tahun. Farah Sauffiah Rahmat yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Ampuan Durah di sini, harus menyusu lebih 15 botol sehari.

Ketagihan Farah Sauffiah bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah. Farah Sauffiah yang ditemui di rumahnya di Taman Desa Kiara, Sikamat, di sini, berkata, dia kurang minat makan nasi dan minuman lain.

“Rasa susu yang sedap membuatkan saya kurang berminat dengan minuman lain dan kadangkala saya tidak makan nasi seharian, sebaliknya hanya menyusu sahaja.

“Menghisap susu botol sudah menjadi rutin seharian. Meskipun tidak kena pada usia, saya tetap akan menyusu sampai bila-bila,” katanya.

Menurutnya, tabiat menghisap susu botol diketahui rakan sekolahnya namun dia tidak pernah diejek rakan meskipun ia nampak pelik dan janggal.

“Kawan sekolah tahu saya hisap susu botol tetapi mereka tidak pernah ejek dan perli saya.

“Saya juga tak rasa malu dan tidak kisah diejek rakan. Saya bersyukur kerana ibu bapa memahami keinginan saya dan masih membeli susu untuk saya sehingga sekarang,” katanya.

Sementara itu, ibu Farah Sauffiah, Latifah Ariffin, 47, berkata, dia memperuntukkan RM80 sebulan membeli susu tepung untuk anaknya itu.

“Anak saya akan menghabiskan susu tepung sebanyak dua kilogram setiap bulan. Kos ini tidak termasuk botol susu yang perlu diganti baru.

“Pernah sekali saya tidak membeli susunya dengan harapan dia berhenti menyusu tetapi dia sanggup ke kedai membeli susu dengan duitnya sendiri,” katanya.

Menurutnya, Farah Sauffiah menghisap susu botol sejak berhenti menyusu badan ketika berusia 5 tahun.

“Sebaik berhenti susu badan, dia menghisap susu botol sehinggalah ke hari ini walaupun telah dinasihatkan supaya berhenti menyusu.

“Anak saya menyusu hampir setiap jam dan setiap kali mahu tidur, dia akan pastikan menghisap susu botol sehingga tertidur,” katanya.

Latifah berkata, suaminya pernah membaling botol susu anaknya itu di jalan depan rumah mereka.

“Suami saya bertindak begitu kerana mahu melihat Farah Sauffiah berhenti menghisap susu botol tetapi malangnya, anak saya sanggup mengutipnya semula.

“Kami sudah tidak ada cara untuk memberhentikan tabiat Farah Sauffiah kerana dia masih juga menghisap susu botol sehingga sekarang,” katanya.

Menurutnya, pernah sekali mereka berjumpa dengan bomoh tetapi masih menemui jalan buntu.

Sumber

Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
9 Comments

{ 9 ulasan ... read them below or add one }

Umie Naziera berkata...

ni kes berat,nnty nk kawin camna??adoiii


3 Mei 2012 pada 10:13 PG
Diyana berkata...

haha...mmpuih jgk mau smpai besaq dok hisap botol lg...


3 Mei 2012 pada 10:37 PG
azu berkata...

isk cmtu sekali ye..gian susu ni..kne tnya tips kt budak ni..cane nk suka minum susu ha?huuu


3 Mei 2012 pada 2:30 PTG
Unknown berkata...

Tak comel la mcm tu


3 Mei 2012 pada 3:37 PTG
ZF berkata...

Diyana&Umie Naziera: tak tau la... tah2 duk berebut botol gan anak dia nnti..hahahaha

azu: kena wat mcam dia gak kot minum dalam botol
pondok putih: xpe xcomel janji cute..hehehe


3 Mei 2012 pada 3:54 PTG
redlomo berkata...

biae betul.. ini mesti kes x cukup minum susu masa kecil kecil 2


3 Mei 2012 pada 5:10 PTG
ZF berkata...

redlomo: mmg btul pown... tgk gambar tu la...


3 Mei 2012 pada 6:26 PTG
Tanpa Nama berkata...

saya harap dia ni kakak saya


5 Mei 2012 pada 12:06 PG
ZF berkata...

@Anonymous knpa plak macam tu??


5 Mei 2012 pada 1:19 PG

Catat Ulasan