Assalamualaikum,
Kini, pemakanan terhad serta senaman yang memenatkan bukanlah satu-satunya cara pelangsingan badan yang efektif. Ini kerana pembuat wangian jenama Perancis berjaya membuktikan bahawa berat badan boleh dikurangkan hanya dengan satu semburan.
Menurut pembuat wangian Velds 'Prends-Moi', endorfin-B yang meresap ke dalam kulit berfungsi melegakan perasaan di samping dapat mengurangkan tekanan perasaan. Sebagai kesan, nafsu makan pengguna akan turun.
Wangian tersebut turut mengandungi ekstrak kafein, karnitin dan spirulina yang dikatakan merupakan enzim yang boleh merangsang proses lipolisis atau dalam kata lain, memecahkan lemak.
Seperti yang dijelaskan dalam laman web Velds, ujian saintifik telahpun dijalankan dalam membuktikan keberkesanan wangian tersebut.
Selaras dengan kajian yang dibuat ke atas wanita berumur 18 hingga 75 tahun, Pusat Penyelidikan Biologi dan Pengujikajian Kulit melaporkan bahawa sebanyak 82% wanita dalam golongan itu berasa lega setelah menggunakan wangian tersebut. 75% lagi merasakan selera makan berkurangan setelah menggunakan wangian selama 28 hari.
Untuk mendapatkan kesan yang efektif, pengguna perlu menyembur wangian pada waktu pagi atau malam dan apabila nafsu makan mula naik. Memang kedengaran agak aneh tetapi inilah kaedah menguruskan badan yang terbaru.
sumber