Sebut sahaja Kaabah semua orang Islam pasti akan mengetahui itu adalah arah kiblat ketika sembahyang. Tetapi ramai diantara kita tidak mengetahui bahawa Kaabah satu ketika dahulu pernah dilanda banjir pada tahun 1941.
Memetik dari laman web wikiislam.net dilaporkan air setinggi 152 sentimeter meneggelami kompleks Masjidil Haram, termasuk Kaabah. Musibah itu berpunca daripada sistem perparitan yang kurang efisien pada masa itu, ditambah pula dengan kedudukan Makkah yang berada di tengah lembah dikelilingi bukit-bukit batu.