Elfira Loy Beli Rumah Dengan Duit Sendiri pada Umur 19 Tahun

on Khamis, 27 Jun 2013

Assalamualaikum,


Di usia semuda 19 tahun, pelakon Elfira Loy sudah pun mampu untuk membeli rumah sendiri. Ternyata Elfira merupakan salah seorang artis yang bijak merencana masa hadapannya dengan membeli aset di kala usianya masih muda belaka.

Foto Instagram

Usahanya itu boleh dijadikan contoh kepada golongan belia di luar sana agar sentiasa kuat berusaha untuk mencapai kejayaan seperti yang diraih oleh Elfira. Rumah itu dibeli oleh Elfira dengan menggunakan wang hasil titik peluh berlakon serta menjadi duta produk sejak dirinya berkecimpung dalam bidang seni tempatan.

Apa-apa pun ‘thumbs up’ kepada Elfira kerana mampu membeli rumah dengan menggunakan wang hasil kudrat lakonannya tanpa dikaitkan dengan mana-mana ‘sugar daddy’ yang kerap kali dikaitkan dengan artis wanita cantik.

Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan