Assalamualaikum,
Berita baik untuk seluruh warga politeknik kerana buat kali pertamanya Politeknik menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik. Permohonan kini dibuka mulai 11 Julai 2013 sehingga 30 Julai 2013. Anda khususnya warga Politeknik yang telah memiliki Diploma dan Diploma Lanjutan dipelawa untuk memohon.
Setakat ini terdapat tiga Program yang ditawarkan iaitu:

- Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian di PSA, Shah Alam
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian di PUO, Ipoh
- Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di PIS, Pasir Gudang, Johor
- Kenalpasti program yang bersesuaian dengan Diploma/Diploma Lanjutan yang dimiliki
- Pemetaan & syarat program boleh dilihat di sini
- Beli No. Unik ID berharga RM 10.60 di Bank Simpanan Nasional
- Isi Borang Permohonan di sini
- Cetak butiran permohonan untuk pengesahan dan rujukan
- Semak status permohonan di www.politeknik.edu.my pada 2/8/2013