Tutorial aktifkan kad ATM CIMB untuk kegunaan antarabangsa

on Ahad, 3 Mei 2015


Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan didalam post yang lepas (rujuk sini) ZF akan ajarkan pada anda semua bagaimana untuk aktifkan kad atm CIMB melalui CIMB Click bagi kegunaan pengenluaran tunai di mesin atm diluar negara. Jom ikuti langkah-langkah dibawah:-



1. Loginke akaun CIMB Click anda.
2, Klik pada bahagian Setting dan pilih ATM/Debit Card Service


3. Kemudian pilih Overseas ATM/Debit Card Spend & Withdrawal


4. Pilih card anda dan click (mcam ZF ada satu jer).


5. Pada bahagian status pilih sama ada nak aktif secara permanent atau temporary dan klik butang Submit. Jika anda pilih Permanent sikit kelangkah ke 7 dan jika temporary ikuti langkah seterusnya.


6. Untuk yang memilih status temporary anda perlu memasukan tarikh yang dikehendaki untuk card ini aktif dan secara automatik kad ini akan deactivate sendiri setelah melepasi tarikh yang ditetapkan bermakna anda tidak lagi boleh menggunakannya selepas dari tarikh itu dan klik pada butang submit.


7. Seperti biasa untuk tujuan keselamatan TAC kod perlu dimasukan. klik butang Request dan masukan TAC kod yang diberi dan klik Confirm.


8. Selesai. Tahniah kerana kini anda boleh mengeluarkan wang di mana-mana mesin ATM cawangan CIMB diluar negara ataupun mesin ATM yang mempunyai kemudahan MEPS.


Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
1 Comments

{ 1 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan