Memaparkan catatan dengan label Al-Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Quran. Papar semua catatan

Masjid Terapung Kuala Perlis

on Rabu, 26 Oktober 2011

السلام عليكم
SEMASA air pasang, tiang masjid akan ditenggelami air laut.
Sebut sahaja Kuala Perlis pastinya terbayang dalam fikiran anda dengan perkhidmatan Feri yang disediakan bagi menghubungkan Tanah Besar Malaysia dengan kepulauwan Langkawi. Selain itu juga menjadi tempat perlabuhan nelayan untuk menaikan hasil laut mereka. Oleh itu Kuala Perlis menjadi kawasan yang agak sibuk dengan pelancong nak para nelayan untuk menaikan.

Kini Kuala Perlis mempunyai masjid terapung bagi mengigatkan kepada semua umat Islam menunaikan soalat dan supaya mereka tidak memberikan alasan untuk tidak menunaikan solat disebabkan kesibukan.



SEJARAH TERBINANYA MASJID INI
Masjid ini diilhamkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail dan direalisasikan oleh jutawan Ariffin.

Abang kepada Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh itu Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf berusaha merialisasikan impian abangnya itu seterusnya menamakan masjid itu sempena nama abangnya, Masjid Al-Hussain.


TIGA batang pokok kurma ini didatangkan khas dari Tanah Arab.
CIRI-CIRI SENIBINA
- Tidak dicat kerana struktur dinding tersebut menggunakan batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles yang telah menjadikan dinding tersebut kelihatan cantik walaupun tidak dicat.

- Terdapat sebuah wakaf di dataran masjid.

- Tetamu juga boleh berehat di sepanjang tembok sambil menghadap ke laut.

- Terdapt tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab menyuntik elemen Asia Barat di dataran masjid tersebut.

Ciri Utama
- Kubahnya yang berwarna kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis.

- Mempunyai sebuah menara puncak berkembar berbentuk segi enam. Puncak berkembar melambangkan bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa.

DATARAN masjid mengaplikasikan konsep laman tropika moden.
Ciri Istimewa
- terdapat lampu berwarna pada menara yang dapat dilihat sejauh 10 kilometer ketika malam bagi menandakan masuk waktu solat bagi memudahkan para nelayan menunaikan solat ketika berada di laut. (Lampu biru menandakan waktu solat Subuh dan Maghrib manakala hijau adalah Isyak).


- Terdapat tulis kaligrafi khufi iaitu seni ukiran dari Uzbekistan dengan tukangnya didatangkan dari negara tersebut pada dinding-dinding masjid.

- Menjual cenderamata kenang-kenagan iaitu jam khas jenama Citizen berharga antara RM180 hingga RM350 dan rantai kunci berharga RM12. (Hasil jualan akan disalurkan kepada dana masjid).

- Orang bukan islam boleh juga mengunjungi masjid ini kerana salah satu fungsinya adalah sebagai tarikan pelancung.



Lindungi PC dari serangan virus hanya RM 25 sahaja

Hanya RM 27

PIRING ASTRO MENGADAP KIBLAT???

on Khamis, 13 Oktober 2011

السلام عليكم


Betulkah Piring Astro Menghadap Kaabah?:

Mungkin ada yang hairan dengan tajuk ni, adakah kebetulan ataupun memang benar-benar seperti yang dinyatakan. Apa-apa pun kita baca je lah fakta yang di copy paste ini :

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk mene...rima maklumat yang dipancarkan dari satelit.
Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU?

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.

Ibarat Awan Jatuh Ke Riba [Video]

on Khamis, 15 September 2011

السلام عليكم



Bolehkah awan menentang aturan graviti dan jatuh dari langit ke atas tanah. Sebuah video yang diambil oleh rakyat UAE dan telah diterbitkan ke U-Tube menunjukkan kejadian itu berlaku di UAE dan jurugambar bertuah itu menganggap ianya sebagai satu keajaiban syurga.

Klip video selama 3.5 minit itu menunjukkan awan kecil putih yang terbang rendah segumpalan kapas besar di atas ladang hijau sebelum mengarah ke bawah dan jatuh ke atas pagar di kawasan subur Faris Bida di luar bandar timur oasis Al-Ain.

Orang yang tidak dikenali yang menangkap fenomena yang unik ini kemudiannya menyerahkan perakam video beliau kepada pekerja ladang di kawasan itu dan memintanya untuk terus merakam semasa dia menuju ke arah awan dan menyentuh awan dengan tangan.

Klip video itu turut dibawa di dalam beberapa akhbar di Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain, menunjukkan awan berpecah kepada beberapa bahagian semasa ia mencecah tanah. Bahagian-bahagian kecil yang lain dilihat ditiup oleh angin manakala bahagian utama kekal melekat pada pagar.


"Saya tidak dapat mempercayainya saya tidak pernah melihatnya dan merakamnya," kata lelaki itu dalam bahasa Arab. "Saya percaya ini adalah satu keajaiban yang menunjukkan kekuasaan Allah."

sumber

Jom minum air perisa lalat

on Jumaat, 26 Ogos 2011

السلام عليكم

Mungkin anda diluar sana pernah menghadapi situasi dimana minuman anda dimasuki oleh lalat. Tetapi adakah anda terus membuang air tersebut atau tetap mahu meminumnya?? Jika ZF nak menyuruh anda untuk tetap meminumnya bagaimana? Pastinya geli bukan??? Tetapi jangan kita tidak pernah mengetahui bahawa ada sebuah hadis yang mengatakan lalat yang terjatuh dalam minuman boleh di minum.

Hadis tersebut sepenuhnya diriwayatkan sebegini.

Rasulullah saw bersabda (mafhumnya): "Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman kamu, maka hendaklah direndamkan (ditenggelamkan) lalat ke dalam air minuman itu, sesungguhnya pada salah satu sayapnya ada penyakit, dan disayap yang satu lagi ada penawar (antidot) kepada penyakit tadi." 

Hadis diatas adalah hadis sahih. Ini bermakna hadis itu adalah betul. Rasulullah tidak bercakap mengikut kehendak nafsunya atau mengikut sedap mulutnya.

Rasulullah saw mengikut wahyu Allah.

Firman Allah (mafhumnya): "Dan dia (Muhammad) tidak menuturkan sesuatu (berhubung agama) mengikut hawa nafsunya. Malahan segala apa yang dipertuturkannya adalah wahyu daripada Allah kepadanya." (an-Najm: 3-4). 

 Hadis tentang lalat tadi, adalah hadis sahih yang tidak diragui sama sekali.

Meniru perbutan Rasulullah saw adalah Sunnah. Jadi adakah anda masih lagi mahu membuang air yang dimasuki lalat atau meniru perbutan Rasulullah saw? Jika anda meniru ada pastinya mendapat syafaat dari baginda tetapi jika sebaliknya ia akan menjadi pembaziran... Fikir-fikirkan lah... dan selamat beramal... :b

Wallahualam.

Matahari sebenarnya yang mengelilingi bumi!!!

on Isnin, 8 Ogos 2011

السلام عليكم

'''Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya.

Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains. -Wikipedia-

Namun sejauh manakah kebenaran yang telah ditunjukkan oleh ahli sains??? Persoalan ini mula timbul oleh sesetengah orang yang cuba merungkai kajian-kajian yang di lakukan oleh ahli sains kerana mengangap mereka adalah sang penipu.



Jika ZF bertanyakan kepada anda mengenai Sistem suria sudah tentunya anda semua dapat menyebut kesemua Planet didalamnya. Seperti yang semua sedia maklum bahawa bumi mengelilingi matahari dan  bulan mengelilingi bumi.. Tetapi tahukah anda bahawa satu ketika dahulu teori ini telah ditentang oleh pihak Gereja. Kerana apa mereka membantah??? kerana ianya bertentangan dengan kitab Bible mereka.

Kitab Bible telah menceritakan bahawa bumi adalah pusat cakerawala dan matahari yang mengeliling bumi. Kesan dari bantahan itu mereka yang mempercayainya akan diseksa, dibunuh serta dibakar hidup-hidup. Bantahan ini mungkin ada benarnya...ZF ulangi mungkin ada benarnya... kenapa ZF berkata bergitu??? Mari kita lihat pada beberapa potongan ayat yang terdapat didalam Al-Quran.



Dan matahari; ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. (39) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40)
 Surah Ya-seen (Ayat 38-40)


 Di dalam surah Yasin, terdapat ayat yang jelas menunjukkan matahari itu bergerak dan bukan berada pada kedudukan yang tetap untuk menjadi paksi cakerawala.

  
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu
 Surah Al-Rad (ayat 2)


Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
 Surah Ar-Rahman(Ayat 5)


Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
 Surah Az Zumar (Ayat 5) 


Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
 Surah Fatir (Ayat 13)


Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
 Surah Luqman (Ayat 29)


Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing
 Al-Anbiya (Ayat 33)


Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,
 (QS. Al Baqoroh : 258


sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan bergeser, dan sungguh jika keduanya bergeser tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya dia itu maha penyantun lagi maha pengampun.
 (QS. Fathir[35]:41)


 Jadi, ayat Al-Quran mana yang cerita bumi bergerak dan beredar matahari?



Dengan ayat-ayat diatas ISKANDAR PTOLEMY pada tahun 150 Masehi telah membatalkan Teori mengenai bumi mengelilinggi matahari. Namun perkara ini hanya dapat bertahan selama 12 abad. Kemudian bagun sebuah pemerintahan gerja yang baru setelah ahli-ahli yang terdahu telah dibunuh  yang telah membangkitkan semula teori mengenai bumi yang mengelilingi matahari dan diguna pakai senhingga sekarang.