Jom minum air perisa lalat

on Jumaat, 26 Ogos 2011

السلام عليكم

Mungkin anda diluar sana pernah menghadapi situasi dimana minuman anda dimasuki oleh lalat. Tetapi adakah anda terus membuang air tersebut atau tetap mahu meminumnya?? Jika ZF nak menyuruh anda untuk tetap meminumnya bagaimana? Pastinya geli bukan??? Tetapi jangan kita tidak pernah mengetahui bahawa ada sebuah hadis yang mengatakan lalat yang terjatuh dalam minuman boleh di minum.

Hadis tersebut sepenuhnya diriwayatkan sebegini.

Rasulullah saw bersabda (mafhumnya): "Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman kamu, maka hendaklah direndamkan (ditenggelamkan) lalat ke dalam air minuman itu, sesungguhnya pada salah satu sayapnya ada penyakit, dan disayap yang satu lagi ada penawar (antidot) kepada penyakit tadi." 

Hadis diatas adalah hadis sahih. Ini bermakna hadis itu adalah betul. Rasulullah tidak bercakap mengikut kehendak nafsunya atau mengikut sedap mulutnya.

Rasulullah saw mengikut wahyu Allah.

Firman Allah (mafhumnya): "Dan dia (Muhammad) tidak menuturkan sesuatu (berhubung agama) mengikut hawa nafsunya. Malahan segala apa yang dipertuturkannya adalah wahyu daripada Allah kepadanya." (an-Najm: 3-4). 

 Hadis tentang lalat tadi, adalah hadis sahih yang tidak diragui sama sekali.

Meniru perbutan Rasulullah saw adalah Sunnah. Jadi adakah anda masih lagi mahu membuang air yang dimasuki lalat atau meniru perbutan Rasulullah saw? Jika anda meniru ada pastinya mendapat syafaat dari baginda tetapi jika sebaliknya ia akan menjadi pembaziran... Fikir-fikirkan lah... dan selamat beramal... :b

Wallahualam.
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
4 Comments

{ 4 ulasan ... read them below or add one }

Azza Azman berkata...

tapi kalau semut tak boleh Kan? Kene buang... tapi orang sanggup buang air lalat dari air semut...


26 Ogos 2011 pada 3:17 PTG
ZF berkata...

Azza Azman betul kata awak tu....


26 Ogos 2011 pada 3:52 PTG
Angah berkata...

laaa ingatkan semut yg kena rendamkan and then boleh minum...


26 Ogos 2011 pada 4:51 PTG
ZF berkata...

Angah : no3x kalau smut perlu dibuang...


26 Ogos 2011 pada 5:05 PTG

Catat Ulasan