Memaparkan catatan dengan label LOGO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LOGO. Papar semua catatan

Tema dan logo Hari Kemerdekaan ke-56 diperkenalkan

on Sabtu, 3 Ogos 2013

Assalamualaikum,


KUALA LUMPUR 3 Ogos - 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' akan menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos tahun ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.

"Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara," kata kenyataan itu.

Kementerian itu berkata, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

"Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan," katanya.

Kata kementerian itu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan bagi meraikan hari kegemilangan ini termasuklah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos ini di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya.


Kata kementerian itu, acara yang bermula pada jam 5 petang itu dimeriahkan dengan Karnival Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya.

Acara lain termasuk perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka melibatkan persembahan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada gabungan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM juga akan mengisi acara pada sambutan hari kemerdekaan nanti.

"Acara ini melibatkan empat segmen iaitu Rukunegara, Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteran Bersama dan MalaysiaKu Berdaulat : Tanah Tumpahnya DarahKu dengan penyertaan lebih kurang 4,000 orang termasuk acara formasi di padang.

Kementerian itu berkata, 2013 juga istimewa kerana ia merupakan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia dan sempena itu, negeri Sabah dan Sarawak akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di laman web www.malaysiamerdeka.gov.my. - UTUSAN ONLINE


Symbol tersembunyi dalam Logo terkenal

on Sabtu, 9 Julai 2011

السلام عليكم

Mungkin anda pernah lihat perbagai jenis bentuk logo. Namun tahukan anda semua, terdapat beberapa symbol yang tersembunyi dan membawa maksud yang tertentu dalam sebuah logo terkenal.. Mari kita lihat contoh logo jenama terkenal di bawah...

Anda mungkin berfikir bahawa anak panah berwarna kuning itu tidak membawa maksud apa-apa. Tetapi ia menunjukkan bahawa amazon.com mempunyai segala-galanya dari A hingga Z dan ia juga mewakili senyuman di muka  para pelanggannya. Wow, maksud yang mendalamkan.



Sony VAIO adalah jenama yang terkenal pengeluar komputer riba. Tetapi adakah anda tahu bahawa logo VAIO juga mempunyai makna yang tersembunyi? Yah, dua huruf pertama mewakili isyarat analog. Dua huruf terakhir kelihatan seperti 1 dan 0, yang mewakili isyarat digital.



Toblerone adalah coklat yang diperbuat dari syarikat dari Bern, Switzerland. Bern dikenali sebagai City Of Bears. Oleh itu mereka telah padankan idea ini dalam logo Toblerone, kerana jika anda melihat pada bukit diatas anda pasti melihat gambar seekor beruang.


Unilever adalah salah satu pengeluar terbesar dalam bidang makanan, minuman, agen pencuci dan produk penjagaan diri. Mereka menghasilkan banyak produk yang berbeza dan mereka mahu menyatakan ini dalam logo mereka. Oleh itu setiap bahagian logo mempunyai makna. Sebagai contoh: jantung mewakili kasih sayang, penjagaan dan kesihatan, burung adalah simbol kebebasan.

Rekaan Logo Pertama Olimpik London 2012 Bersifat Zionist dan Lucah!!!

on Selasa, 28 Jun 2011

السلام عليكم

Pejam celik, pejam celik dah sampai petengahan tahun 2011, dan jugak lebih kurang 395 hari lagi dari tarikh asal sukan tersebut menjelang Sukan Olimpik London 2012 dari tarikh post ini ditulis..... Tentu anda pernah tengok rekaan logo pertama Olimpik kan???? Ape tak pernah??? tipu la..... okey la kalau tak pernah tengok ni macam ni logonya...


Ok la kata orang putih straight to the point la apa yang ZF nampak tentang logo ni ada 2 maksud yang tersembunyi iaitu berkaitan Zoinist dan aksi lucah. Korang nampak macam ZF nampak???? Ok lah kalau anda tak nampak jugak ZF akan tunjukan gambar yang lebih jelas lagi....

Gambar Pertama
Terdapat perkataan zion pada logo ini
dan membawa rmaksud Zionist

Gambar Kedua
Maaf sekiranya gambar ni
kerterlaluan...!!

Sekarang korang dah nampak kan??? Oleh disebabkan itu pasukan dari Iran mengugut untuk menarik diri dari kejohanan tersebut.. Surat bantahan juga telah dihantar kepada IOC oleh setiausahan Agung  Jawatankuasa Olimpik Iran. Selain itu terdapat jugak perkara-perkara yang lain yang menunjukan kejohanan tersebut cuba menghasut semua orang. Sebagai contoh maskot bagi kejohanan ni bermata satu.... Kenapa boleh jadi bergitu??? Seperti kita semua tahu lambang Freemason menggunakan satu mata yang melambangkan dajjal. Jika dilihat dari sukan Olimpik sebelum ini maskot terdiri dari pada Haiwan yang melambangkan bandaraya @ negara tuan rumah tersebut.... Tetapi berbeza bagi maskot ini dimana direka seperti besi yang cair dan matanya dikatakan sebagai sebuah kamera.... lihat gambar dibawah...


Disebelah kiri Wenlock maskot bagi sukan Olimpik manakala
Disebelah kanan Mandeville maskot bagi sukan Paralimpik 2012 di Landon

Dan yang terakhir sekali adalah mengenai tarikh kejohanan tersebut akan berlangsung iaitu pada bulan puasa. Kemudian terdapat cadangan pembinaan masjid akan dilakukan tidak jauh dari Stadium Olimpik iaitu di sebelah timur London bertujuan untuk mengumpulkan atlet-atlet dari negara Islam berbuka puasa bersama-sama sewaktu kejohanan sukan tersebut berlangsung.. Tetapi dibantah oleh "Pressure Group". Kenapa mereka membantah??? Pendapat ZF la cuba anda bayangkan sekiranya semua umat Islam berkumpul disitu tiba-tiba di bom??? Fikir-fikirkanlah sendiri....

Hanya Allah SWT Maha mengetahuinya...

p/s: 
  1. Berdakwah la dalam sukan..... boleh jugakan.... tapi matlamat tak menghalalkan cara....
  2. Bila la Malaysia nak jadi tuan rumah Olimpik yer??? hehehehehe (^_^)



Tolong vote ZF yer untuk Blogger of the Year... Tekan gambar tu yer untuk undi....

Nak pakai Apple???

on Jumaat, 29 April 2011

Salam...

Siapa rasa nak pakai barangan jenama terkenal iaitu Apple ??? Siapa nak, angkat tangan macam ZF... ZF nak bagi kat korang.... hehehehe kaya sangat ke ZF ni nak bagi kat orang len...??? pelawok3x... ZF gurau jer erk.... ZF sendiri tak mampu nak beli untuk ZF sendiri, nak bagi kat orang lain ape tah lagi kan....

Oleh itu ZF nak tunjukkan kat korang cara yang mudah kalau korang betul-betul nak pakai jenama Aple ni... meh tgk contoh-contoh kat sini...



leh try wat ni yer...


leh wat time makan nasi lemak...




ni baru dikatakan laptop jenama Apple



haha klu dah beli buah Apple kat pasar malam
or
kat mana-mana leh try wat macam ni.





Tapi kalau dah terlampau kaya pown tak leh gak sebab banyak membazir la..... Tengok gambaar kat bawah kalau tak percaya...



Transformasi Logo Terkenal

on Jumaat, 15 April 2011

Salam semua pembaca ZF...

Pada hari yang mulia ini ZF ingin berkongsikan dengan semua pembaca ZF mengenai beberapa transformasi yang telah dilakukan oleh syarikat terkenal terhadap logo mereka.

Jom kita layazzz....


XEROX



WAL-MART



SHELL


PEPSI


NOKIA


NIKE


MOZILLA FIREFOX


MICROSOFT


MERCEDES BENZ


KODAK


IBM


FORD


CANON


AUDI


APPLE