Symbol tersembunyi dalam Logo terkenal

on Sabtu, 9 Julai 2011

السلام عليكم

Mungkin anda pernah lihat perbagai jenis bentuk logo. Namun tahukan anda semua, terdapat beberapa symbol yang tersembunyi dan membawa maksud yang tertentu dalam sebuah logo terkenal.. Mari kita lihat contoh logo jenama terkenal di bawah...

Anda mungkin berfikir bahawa anak panah berwarna kuning itu tidak membawa maksud apa-apa. Tetapi ia menunjukkan bahawa amazon.com mempunyai segala-galanya dari A hingga Z dan ia juga mewakili senyuman di muka  para pelanggannya. Wow, maksud yang mendalamkan.



Sony VAIO adalah jenama yang terkenal pengeluar komputer riba. Tetapi adakah anda tahu bahawa logo VAIO juga mempunyai makna yang tersembunyi? Yah, dua huruf pertama mewakili isyarat analog. Dua huruf terakhir kelihatan seperti 1 dan 0, yang mewakili isyarat digital.



Toblerone adalah coklat yang diperbuat dari syarikat dari Bern, Switzerland. Bern dikenali sebagai City Of Bears. Oleh itu mereka telah padankan idea ini dalam logo Toblerone, kerana jika anda melihat pada bukit diatas anda pasti melihat gambar seekor beruang.


Unilever adalah salah satu pengeluar terbesar dalam bidang makanan, minuman, agen pencuci dan produk penjagaan diri. Mereka menghasilkan banyak produk yang berbeza dan mereka mahu menyatakan ini dalam logo mereka. Oleh itu setiap bahagian logo mempunyai makna. Sebagai contoh: jantung mewakili kasih sayang, penjagaan dan kesihatan, burung adalah simbol kebebasan.
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
3 Comments

{ 3 ulasan ... read them below or add one }

Husna berkata...

tq for sharing it..
do visit my bolg thanks


12 Julai 2011 pada 10:38 PG
GKA berkata...

baru GKA tahu,tq2


19 Julai 2011 pada 4:21 PG
ZF berkata...

GKA:bgus la mcm tu...


19 Julai 2011 pada 8:12 PG

Catat Ulasan