Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Cara Kenal Pasti Cermin Dua Hala

on Isnin, 18 April 2016

Assalamualaikum,

Jika sebelum-sebelum ini ZF sering kali melihat post-post di Facebook mengenai cermin dua hala ini.. Pada awalnya ZF hanya percayakan post-post itu 50/50 sahaja... Tertapi setelah melihat video ini kepercayaan ZF terhadap post-post tersebut adalah 100%...




Jadi kepada wanita-wanita diluar sana sila berhati-hati semasa menukar pakaian.. Pastikan anda lakukan langkah-langkah ini sebelum mencuba atau menukar pakaian anda dihadap cermin seperti bilik persalinan di shopping mall atau ketika ditandas..

Alasan nak elak kena saman, langgar lampu isyarat

on Rabu, 3 Julai 2013

Assalamualaikum,


Sapa yang nak kena saman kan, sekali kena mau tak mau RM150 ke 300 jugak terbang tu baru satu kesalahan kalau dua tiga kali alamatnya keringlah dompet tu. Hahahahaha.

Dan bro dua oranng ni ada alasan yang membuat encik Polis Trafik tu tak jadi nak saman. Meh kita tengok camna dia terlepas dari kena saman sebab langgar lampu isyarat.







Pening kepala encik Polis Trafik tu dengan dia punya alasan fizik tu.. mungkin berguna..hahaha dan jangan amalkan selalu.

TM: Kerja-Kerja Penyelenggaraan Berjadual Untuk Sambungan Data Ke Eropah

Assalamualaikum,


Pasti ramai diantara pengguna internet yang menggunaka ISP Telecom Malaysia sering kali mengalami ganguan kegagalan sambung internet pada masa tertentu tetapi kegagalan sambung internet masih dalam masa yang singkat sekitar 2-10 minit.

Ganguan ini berlaku disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual untukn sambungan data ke Eropah. Berikut pengumuman rasmi yang di keluarkan oleh pihak TM:

TM ingin memaklumkan bahawa pihak konsortium sistem rangkaian kabel dasar laut yang menyediakan pautan data antarabangsa ke Eropah merancang untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan  pada 29 Jun 2013. Kerja-kerja penyelenggaran tersebut dijangka selesai pada 21 Julai 2013. Dalam tempoh ini pengguna mungkin akan mengalami:
  • Penurunan prestasi apabila mengakses laman web yang dihoskan di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Utara. 
  • Kualiti panggilan VOIP yang kurang memuaskan apabila membuat dan menerima panggilan VOIP dari Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Utara. 
  • Penurunan prestasi permainan dalam talian apabila menggunakan server yang dihoskan di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Utara.
Kami akan mengambil langkah-langkah pro-aktif untuk mengoptimumkan penggunaan jalur lebar pada pautan antarabangsa yang lain untuk memastikan bahawa impak disebabkan oleh aktiviti penyelenggaraan ini dikurangkan.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan ingin mengucapkan terima kasih kerana memahami dan bersabar dalam tempoh penyelengaraan ini. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila klik pautan ini atau ikuti @TMConnects di Twitter.
Terima kasih. 
Sumber: TM.com.my

Kerja-kerja Pembesaran Tempat Tawaf Tingkat 2 Masjidil Haram

on Isnin, 1 Julai 2013

Assalamualaikum,


Jumlah jemaah yang ramai melawat Masjidil Haram di Makkah setiap hari terutama di bulan Haji dan Ramadan – telah memberi ilham kepada seorang arkitek, Eisa Al-Ibrahim merancang pembesaran Masjid Besar yang unik untuk menampung keperluan jemaah.

“Reka bentuk cadangan saya adalah untuk menambah jumlah tingkat di atas kawasan Mataf. Ini akan memberi ruang yang lebih besar dan menampung berjuta jemaah untuk melakukan tawaf,” katanya.

Reka bentuk itu akan dikaji oleh sarjana Islam. Eisa berpendapat, sangat perlu untuk membuat pilihan yang dapat menyelesaikan masalah kesesakan, terutama ketika tawaf.

“Penjaga Dua Masjid Suci telah memberi arahan untuk membuat tambahan tingkat di kawasan Safa da Marwa untuk mengurangkan kesesakan ketika saie. Perubahan yang sama perlu dibuat di kawasan Tawaf kerana tidak ada kawasan lagi untuk pelebaran secara mendatar,” kata Eisa. 













NAJWA LATIFF SAMBUNG BELAJAR DI UNITAR

on Selasa, 25 Jun 2013

Assalamualaikum,

Siapa tidak kenal kepada penyanyi yang mula popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latiff memilih UNITAR International University bagi melanjutkan pelajarannya selepas SPM. Berbekalkan 4A dalam keputusan SPM Najwa memilih bidang Foundation in Management disitu.

Ini dibuktikan melalui akaun Twitter rasminya dengan memuat naik sekeping foto kad pelajarnya dengan caption berbunyi :
Bismillah and the journey starts



Menerusi kemasukan Najwa di universiti terkemuka itu, pihak UNITAR berbesar hati melantik penyanyi tersebut sebagai duta mereka dan sekaligus memilih Najwa sebagai ikon belia terbaik untuk mempromosikan jenama universiti berkenaan dikalangan remaja masa kini.

Kami gembira kerana Najwa Latiff telah memilih kami sebagai pilihan pertama untuk melanjutkan pelajaran.
Dengan profil beliau di kalangan belia, dia adalah duta besar untuk mempromosikan universiti dan juga jenama baru kami di Kelana Jaya mulai bulan September ini. – Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Unitar Capital Sdn Bhd, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi.


Maxis beri khidmat SMS percuma hari ini

on Isnin, 17 Jun 2013

Assalamualaikum,


Seperti yang semua tengah heboh sekarang ini pihak Maxis telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan perberian khidmatan SMS percuma bukan sekadar kepada rangkaian yang sama sahaja malahan ke semua rangkaian telco yang lain untuk hari ini. Hal ini disebabkan oleh masalah system yang sedang dialami oleh Maxis. Dibawah adalah kenyataan rasmi mereka


iPhone anda boleh digodam hanya menggunakan Charger

on Khamis, 13 Jun 2013

Assalamualaikum,

Malicious software adalah salah satu cara bagi seorang pengodam untuk mengodam magsanya, dan ini lah cara terbaru pengodam bakal mengodam iPhone anda.


Tiga penyelidik darin Institut Teknologi Georgia membuktikan bahawa terdapat malicious software pada charger iPhone yang dikenali sebagai "Mactans". Menggunakan software jahat ini pengodam boleh menggodam ke dalam peranti mudah alih yang menjalankan versi terbaru Apple IOS dalam masa kurang daripada satu minit tambahan pula tiada "jailbreak" diperlukan.

Kaedah malicious software ini diletakan adalah sama dengan cara sepertimana Apple menyembunyikan aplikasi yang terbina didalamnya. Walaubagaimanapun ianya masih belun tersebar secara meluas lagi...

more info:
Black Hat
Forbes



Rekabentuk Konsol PlayStation 4

on Rabu, 12 Jun 2013

Assalamualaikum,

Sebelum ini Sony meperlihatkan Joystick bagi PlayStation 4, kini Sony memperlihatkan rekabentuk Konsol bagi PlayStation 4.


Rekaan konsol ini membawakan warna hitam keseluruhannya, dengan sebahagian lajur berwarna biru pada bahagian tengahnya. Konsol ini akan dijual pada harga sekitar RM1245 dan ditawarkan pada penghujung tahun kelak.

Walau bagimana pun, spesifikasi bagi PlayStation 4 ini masih belum diketahui.




Teaser Animasi terbaru dari Les' Copaque betajuk "PUTERI"

on Ahad, 9 Jun 2013

Assalamualaikum,

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan industri kreatif dan juga animasi, nama Les Copaque mungkin bukan sesuatu yang baru, dimana mereka sedia terkenal dengan animasi Upin & Ipin dan juga Pada Zaman Dahulu.


Selepas kejayaan animasi Upin & Ipin dan Pada Zaman Dahulu, kini Les Copaque mengorak langkah setapak lagi kerana bakal megeluarkan satu lagi animasi terbaru yang betajuk PUTERI.

Walau bagiaimana pun Jalan cerita untuknya masih dirahsiakan buat masa ini, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan hadir sebagai siri animasi pendek ataupun akan diperkenalkan sebagai filem.

Les Copaque juga berminat untuk mendapatkan maklumbalas dari para peminat untuk menentukan sama animasi Puteri ini akan dijadikan animasi bersiri ataupun filem.

Jom saksikan sedikit teaser animasi terbaru Puteri ni....



Update 22/10/2014:

Official Trailer



Sinopsis: 

Siri Animasi terbaru dari Les’ Copaque Production Puteri menceritakan kehidupan lima puteri yang tinggal di Kerajaan Limau. Nama mereka adalah : 

Puteri Limau Manis – puteri yang mempunyai keindahan suara yang lunak merdu 
Puteri Limau Kasturi – puteri berjiwa pahlawan 
Puteri Limau Purut – puteri yang sangat pemalu 
Puteri Limau Bali – puteri yang baik hati 
Puteri Limau Nipis – puteri yang nakal

Siapa Perompak Sebenar?

on Sabtu, 8 Jun 2013

Assalamualaikum,

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."


Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

Misteri Hilangnya 11 Hari Pada Bulan September 1752

on Ahad, 26 Mei 2013

Assalamualaikum,

Seperti yang kita tahu, dunia yang kita diami ni banyak perkara ganjil dan misteri yang masih belum terungkai..Contohnya macam apa yang telah berlaku pada bulan September, 1752, di mana dunia telah kehilangan 11 hari..Kalau dilihat pada kalender bulan September tahun tersebut, tidak ada hari ke-3 hingga hari ke-13, ia terus lompat dari hari ke-2 hingga hari ke-14..Pelik kan?



Bagi korang yang nak tengok sendiri tu, boleh la set tarikh tahun dalam komputer korang ke tahun 1752..Tapi yang tak best nya, pengguna Windows tak boleh tengok kalender tu, hanya pengguna Linux atau selain dari Windows je yang boleh tengok..Kalau komputer korang guna operating system selain daripada Windows, korang memang bertuah, jadi boleh la tengok sendiri kalender tu..


Mengikut cerita nya, pada 2 September 1752, seluruh kepulauan dan koloni England, termasuk Amerika telah kehilangan 11 hari - 3 September hingga 13 September..Hal ini berlaku apabila mereka bangun tidur pada keesokkan harinya, tarikh telah berubah menjadi hari ke-14..

Disebabkan kehilangan 11 hari ni, telah berlaku rusuhan di sekitar kampung kerana penduduk mendakwa pemerintah cuba untuk menipu mereka dengan hilangkan 11 hari daripada kehidupan mereka..Dikatakan, perkara tersebut bukan sahaja pernah berlaku di England pada 1752 sahaja, namun pernah berlaku di tempat lain seperti Perancis pada 1582, Austria pada 1584 dan Norwegia pada 1700..

Ada jugak yang kata pada masa tu, diorang menggunakan kalender yang salah atau dalam perkataan lain "kalender cacat"..Entah laa..

copypaste: sumber

No Plate KL selepas WYY9999 ialah....???

on Khamis, 23 Mei 2013

PUTRAJAYA - Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan siri nombor baharu iaitu W (nombor 1 sehingga 9999) dan berakhir A, dijangka pada Julai depan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.



Beliau berkata nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini mencapai nombor siri WYK 6xxx dan ia akan berakhir dengan siri nombor WYY 9999 dalam tempoh terdekat, berkemungkinan Julai ini.

Katanya, terdapat 13 siri lagi sebelum mencapai siri nombor pendaftaran WYY.

“Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa siri nombor pendaftaran baharu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan W 1 A dan berakhir dengan W 9999 A.


"Siri berikutnya adalah W 1 B Sehingga W 9999 B, diikuti dengan W 1 C dan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Setelah berakhir dengan siri nombor W 9999 Y, ia akan bersambung dengan WA 1-9999 A sehingga WY 1-9999 Y dan WAA 1-9999 A sehingga WAY 1-9999 Y - Kosmo online

Siri baharu ini akan berakhir dengan WYY 1-9999 Y. - Bernama

Siapa mereka sebelum bergelar artis?

on Ahad, 14 April 2013

Assalamualaikum,


Mereka terkenal dan mereka mempunyai pengikut tersendiri. Namun di sebalik kejayaan mereka hari ini, peminat tidak pernah tahu siapa dan apa yang mereka lakukan sebelum bergelar selebriti. Apa pun, jom kita intai agaknya siapa mereka sebelum terkenal...



Maskot ayam (Brad Pitt)
Hero pujaan Angelina Jolie ini sebenarnya pernah bekerja di sebuah restoran Mexican tempatan. Lucunya, dia bekerja untuk mempromosikan restoran itu dengan mengenakan kostum ayam dan menari di sana setiap hari.


Penari bogel (Lady Gaga)
Sesuai dengan imejnya, maka tidak hairanlah pelantun Poker Face ini pernah bekerja sebagai penari bogel ketika berusia 18 tahun.


Penggubah dekorasi (Jon Bon Jovi)
Siapa sangka, penyanyi terkenal ini mempunyai kemahiran dalam penggubahan. Malah dia pernah menggubah dekorasi ketika perayaan Krismas.


Penghantar surat khabar (Tom Cruise)
Di zaman remajanya, bekas suami Katie Holmes ini hanyalah seorang budak penghantar surat khabar. Namun kini, dia antara bintang filem termahal di Hollywood.


Model makanan anjing (Drew Barrymore)
Siapa sangka bintang filem Charlie Angels ini dahulunya pernah menjadi model komersial bagi makanan anjing dan bijirin.


Pelayan restoran (Jennifer Aniston)
Sebelum diangkat sebagai teraju utama dalam perfileman Hollywood, aktres berambut cantik ini pernah menjadi pelayan kedai makan.


Pelayan restoran (Sandra Bullock)
Seperti Aniston, aktres jelita ini juga mengakui pernah bekerja sebagai pelayan kedai makan sebelum bergelar bintang.


Maskot pisang (Megan Fox)
Pelakon seksi ini pula pernah bekerja di sebuah kafe yang mana memerlukan dia mengenakan kostum pisang.


Jual pen (Johnny Depp)
Bayangkan di masa silamnya, 'lanun' kesayangan ramai ini pernah bekerja sebagai penjual pen!


Ambil pesanan (Madonna)
Jika dahulu mereka yang gemarkan Dunkin' Donut membuat pesanan daripadanya, namun kini tidak lagi.

Sumber

Microsoft akan tamatkan Windows XP

on Sabtu, 13 April 2013


KUALA LUMPUR - Microsoft Malaysia (Microsoft) mengingatkan pengguna bahawa ia akan secara rasminya menamatkan perkhidmatan dan sokongan Windows XP pada 8 April, 2014.


Dalam satu kenyataan hari ini, Microsoft berkata walaupun tarikh akhir itu adalah satu tahun lagi, adalah penting bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pengguna di Malaysia untuk beralih daripada XP, satu sistem operasi 11 tahun untuk mengelakkan kelemahan dan risiko yang berpotensi mengganggu operasi perniagaan dan mengakibatkan peningkatan kos.

Ia berkata mulai 8 April, 2014, Microsoft tidak lagi akan memberikan pembaikan dan kemas kini automatik atau bantuan teknikal dalam talian untuk Windows XP.

Ini juga bermakna pengguna tidak lagi akan menerima kemas kini keselamatan yang melindungi komputer peribadi daripada virus, perisian pengintip dan lain-lain perisian perosak.

"Walaupun XP adalah salah satu sistem operasi yang paling popular dalam sejarah Microsoft, ia tidak direka untuk menghadapi cabaran hari ini, seperti peningkatan pendedahan kepada serangan siber dan permintaan untuk privasi data yang lebih tinggi, tidak seperti sistem operasi Windows 7 dan 8," kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia Danny Ong.

Sebagai bantuan kepada PKS, Microsoft mengumumkan laman web Windows Upgrade Centre,  http://www.microsoft.com/malaysia/xp-eos, di mana PKS boleh mendapat maklumat mengenai isu ini, dan belajar daripada penganalisis dan lain-lain pengguna di negara ini. - Bernama

[Mediafire Link] Boboi Boy musim ke-2 update episode 13 (Complete)

on Jumaat, 12 April 2013

Assalamualaikum,

Animasi Boboi Boy semakin hari semakin mendapat tempat dihati semua orang. Boboi Boy adalah satu-satunya animasi super hero pertama dimalaysia. Untuk pengetahuan semua pembaca ZF, Animasi Boboi Boy mempunyai   297,000 lebih pengguna di Fan Page! ini menujukan bahawa bukan golongan kanak-kanak sahaja yang meminati animasi Boboi Boy ini malahan golongan remaja juga.


Pada 27 Mei yang lalu telah bermulanya episod baru untuk musim kedua. Bagi mereka yang terlepas untuk menontonya boleh download disini...














Password : zuhairifirdaus.com

Kalau ada sebarang masalah sila komen yer....

ChargeBite: Kongsi kuasa bateri iPhone dengan rakan-rakan anda

on Rabu, 27 Mac 2013

Assalamualaikum,

Tidak dapat dinafikan lagi iPhone menjadi kegilaan ramai pengguna smartphone di dunia namun hanya satu masalah yang sering timbul kepada pengguna iaitu kehabisan bateri. Kini dengan ChargeBite anda boleh meminjam kuasa bateri iPhone rakan anda yang lain untuk mengecas iPhone anda.


Walau bagaimana pun peranti ini hanya boleh digunakan untuk iPhone yang menggunakan USB 30-pin connectors bermakna iPhone5 tidak lagi boleh meggunakan kan kemudahan ini. Peranti ini terdapat dalam 3 warna yang berbeza dan kecik seperti keychains. Maklumat lanjut korang boleh tengok video dibawah:

‎10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya

on Isnin, 18 Februari 2013



1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'


Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'

Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'

Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'

Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya.
Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com/

Cap 'mohor' lelaki pada wanita yang disetubuh

on Jumaat, 25 Januari 2013

Assalamualaikum,


Saya percaya ramai yang akan menganggap saya mengarut jika mengatakan bahawa seseorang lelaki yang melakukan hubungan intim dengan wanita - sama ada isterinya ataupun bukan - akan meninggalkan capnya yang tersendiri pada wanita itu. Dalam istilah orang kita, tanda itu mungkin mudah disebut sebagai 'cap mohor'.

Dan jika seseorang wanita itu pula terlibat dalam hubungan dengan lelaki yang berbilang-bilang - lebih daripada seorang ataupun curang - dia akan mempunyai banyak cap yang mewakili ramai lelaki pada tubuhnya.


Sila fahami bahawa hubungan yang saya maksudkan bukan sekadar hubungan mesra, pergi tonton wayang bersama-sama, bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa atau Tasik Perdana ataupun menari dan menyanyi sambil berguling-guling seperti dalam filem Hindustan. Ia sebaliknya melibatkan hubungan intim yang sampai ke tahap sesi bertukar-tukar 'cenderamata' di dalam bilik dan di atas katil!

Rupa-rupanya hubungan yang seperti itu meninggalkan kesan atau tanda khusus - yang dalam tulisan ini saya sebut sebagai 'cap' - oleh seseorang lelaki terhadap pasangannya.

Ya, saya percaya pada peringkat ini, anda masih menganggap saya mengarut malah mungkin lebih mengarut saya dalam tanggapan anda daripada saat anda membaca intro tadi. Tetapi bagaimana jika saya katakan bahawa cap atau tanda itu boleh dikesan melalui kaedah saintifik?

Ceritanya begini. Robert Guilhem adalah seorang pakar genetik dan tokoh Yahudi di Albert Einstein College of Medicine, New York, Amerika Syarikat.

Sebagai seorang ahli akademik dalam bidang perubatan, Guilhem tertanya-tanya mengapa Islam mensyariat bahawa setiap wanita yang diceraikan perlu menunggu sehingga habis iddah atau tiga kali suci daripada haid atau selama tiga bulan untuk membolehkan dia berkahwin semula. Hal ini ada disebut dalam kitab suci al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 228.

Berbanding dengan kepercayaannya dan juga gaya hidup masyarakat moden yang memperlihatkan agak ramai wanita kini tidak setia kepada hanya seorang lelaki, dia semakin berminat untuk mengkaji hukum yang masih diamalkan secara patuh oleh umat Islam di seluruh dunia.

Daripada kajiannya yang diterbitkan dalam societyberty.com, Guilhem mendapati, dalam setiap hubungan seks, lelaki akan meninggalkan tanda khusus pada pasangan wanitanya. Jika pasangan itu tidak bersetubuh dalam tempoh beberapa lama, tanda itu akan hilang secara perlahan-lahan antara 25 hingga 30 peratus.

Sebelum melanjutkan cerita yang saya petik daripada www.republika.co.id ini, saya mohon maaf kerana tidak menjelaskan bagaimana rupa tanda itu dan di mana kedudukannya kerana hal yang berkenaan tidak dinyatakan dalam artikel yang saya petik.

Kemudian kata Guilhem lagi, tanda itu akan hilang secara keseluruhan setelah tiga bulan pasangan itu tidak melakukan hubungan kelamin. Selepas tempoh itu dan tanda atau sisik khusus suaminya hilang, perempuan yang diceraikan itu berada dalam keadaan sedia untuk menerima tanda daripada lelaki lain pula.

Itulah yang berlaku. Guilhem kemudian melakukan dengan mencari pembuktian lain di sebuah penempatan Muslim Afrika di Amerika Syarikat. Dalam kajiannya, dia mendapati setiap wanita di perkampungan itu hanya mempunyai tanda daripada satu-satunya  pasangan mereka sahaja.

Dia kemudian menjalankan kajian yang serupa di kawasan penempatan bukan Islam. Ternyata hasil yang didapati sangat berbeza. Wanita di kawasan penempatan bukan Islam itu didapati mempunyai tanda daripada dua hingga tiga lelaki. Ertinya, mereka menjalin hubungan dengan lelaki selain suami mereka sendiri.

Tidak cukup dengan itu, pakar berkenaan turut menjalankan kajian yang sama di rumahnya sendiri - ke atas isterinya. Malang si Guilhem. Penemuan kajian itu walaupun berjaya, amat mengecewakannya. Ini kerana dia mendapati isterinya mempunyai tanda daripada tiga lelaki. Dan daripada tiga anaknya, hanya seorang daripada benihnya sendiri.

Usai kajian yang luar biasa itu, Guilhem akhirnya meyakini hanya Islam bukan hanya semata-mata kepercayaan tetapi adalah satu sistem kehidupan yang mampu menjamin martabat manusia, termasuk wanita untuk sentiasa menjaga maruah mereka dalam kehidupan sosial. Dia akhirnya melafazkan syahadah dengan sepenuh-penuh keyakinan.

Sumber: Sinar Harian Online

FortiDDos peranti menghalang serangan DDoS

on Ahad, 13 Januari 2013

Assalamualaikum,


FORTINET, peneraju dunia dalam sekuriti rangkaian berprestasi tinggi memperkenalkan produk baru FortiDDos untuk perusahaan, web hosting dan pembekal perkhidmatan awan di Malaysia.


FortiDDoS-100A, FortiDDoS-200A dan FortiDDoS-300A direka untuk mengesan dan membantu melindungi serangan penafian perkhidmatan (DDoS) yang paling berbahaya pada hari ini.

Pengarah Serantau Fortinet Asia Tenggara dan Hong Kong, Datuk Seri George Chang berkata, pengenalan produk baru itu penting kerana apabila sistemnya menjadi saling berkaitan, keperluan untuk perlindungan rangkaian terhadap serangan DDoS akan menjadi lebih ketara.

“Perlindungan ini khususnya memastikan keyakinan pelanggan dan mengurangkan tanggungan syarikat di Malaysia dalam jangka masa panjang,” katanya.

Ketua Pegawai Teknologi dan Naib Presiden Kejuruteraan Fortinet, Michael Xie berkata, serangan DDoS bukan sahaja gangguan kecil, malah akan menyebabkan tanggungan ketara kepada peniaga.

“Kerosakan akibat serangan DDoS boleh menyebabkan kehilangan pendapatan, keyakinan pelanggan, kehilangan ekuiti jenama. Satu perkakas FortiDDoS dipasang di hadapan infrastruktur rangkaian boleh bertindak sebagai perisai terhadap serangan DDoS,” katanya.

Perkakas FortiDDoS adalah mudah diguna, diurus dan ia direka untuk menghalang serangan serta menyampaikan pecutan prestasi perkakasan untuk menghindari serangan dengan lebih cepat.