Assalamualaikum,
FORTINET, peneraju dunia dalam sekuriti rangkaian berprestasi tinggi memperkenalkan produk baru FortiDDos untuk perusahaan, web hosting dan pembekal perkhidmatan awan di Malaysia.
FortiDDoS-100A, FortiDDoS-200A dan FortiDDoS-300A direka untuk mengesan dan membantu melindungi serangan penafian perkhidmatan (DDoS) yang paling berbahaya pada hari ini.
Pengarah Serantau Fortinet Asia Tenggara dan Hong Kong, Datuk Seri George Chang berkata, pengenalan produk baru itu penting kerana apabila sistemnya menjadi saling berkaitan, keperluan untuk perlindungan rangkaian terhadap serangan DDoS akan menjadi lebih ketara.
“Perlindungan ini khususnya memastikan keyakinan pelanggan dan mengurangkan tanggungan syarikat di Malaysia dalam jangka masa panjang,” katanya.
Ketua Pegawai Teknologi dan Naib Presiden Kejuruteraan Fortinet, Michael Xie berkata, serangan DDoS bukan sahaja gangguan kecil, malah akan menyebabkan tanggungan ketara kepada peniaga.
“Kerosakan akibat serangan DDoS boleh menyebabkan kehilangan pendapatan, keyakinan pelanggan, kehilangan ekuiti jenama. Satu perkakas FortiDDoS dipasang di hadapan infrastruktur rangkaian boleh bertindak sebagai perisai terhadap serangan DDoS,” katanya.
Perkakas FortiDDoS adalah mudah diguna, diurus dan ia direka untuk menghalang serangan serta menyampaikan pecutan prestasi perkakasan untuk menghindari serangan dengan lebih cepat.