Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan

Penukul Thor Berjaya Dicipta

on Khamis, 15 Oktober 2015

Assalamualaikum,

Sebut sahaja Thor pasti ramai yang kena dengan watak lelaki perkasa dengan penukulnya yang hanya beliau sahaja yang boleh mengangkat tukul tersebut...


Jadi itu lah yang direalisasikan oleh seorang jurutera yang berjaya mencipta satu tukul yang hanya beliau sahaja yang boleh mengangkatnya.. Saksikan video dibawah...




[Video] Bungee jumping tanpa tali??

on Jumaat, 18 September 2015

Assalamualaikum,


Adakah benar-benar boleh untuk kita lakukan bungee jumping tanpa menggunakan tali? Itu yang cuba ditunjukan oleh sebuah syarikat iaitu IKEA dalam video berdurasi 3:05 minit. Menggunakan konsep kutub yang terdapat pada magnet untuk melakukannnya.. Mari kita lihat video dibawah bagimana ia dilakukan..




Percaya dengan video ini? Sebenarnya ia hanya sekadar promo sahaja yang dilakukan oleh pihak IKEA untuk mempromosi wireless charging dari mereka. 

Cara Root & Install TWRP Custom Recovery untuk Xiaomi Mi4i

on Rabu, 10 Jun 2015

Assalamualaikum,

Xiaomi merupakan satu jenama yang semakin dikenali dalam dunia teknologi gadget setanding dengan jenama lain seperti Samsung, Nokia, iPhone, Oppo dan banyak lagi. Terkini Xiaomi telah mengeluarkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu Mi4i sempena ulang tahun ke -5 mereka pada bulan April lepas.


Mi4i mempunyai keistimewaannya tersendiri seperti screen tahan calar, Memory dalaman sebanyak 16GB, kamera 13MP dengan 2 tone flash dan kapasiti battery yang besar bersaiz 3120mAh. Sejurus itu, Mi4i ini menjadi gadget yang digilai pengguna telefon pintar kerana ianya sangat murah untuk teknologi yang sehebat ini.

Okey berbalik kepada tajuk post jika anda salah seorang pemilik Xiaomi Mi4i dan ingin mendapatkan root access kepada telefon anda, anda berada ditempat yang betol. Disini ZF akan berkongsikan dengan anda cara-cara untuk root bagi Mi4i dengan hanya beberapa langkah yang mudah sahaja.

Yang paling best Warranty tidak akan terbatal walaupun telefon anda telah di Root

Sebelum memulakan proses ini sila pastikan beberapa perkara berikut bagi melancarkan proses :-

  • Komputer anda mengunakan OS Windows
  • Download Tool kits ini.
  • Telefon anda sudah berada dalam mode developer
    • Setting>About phone>klik 5 kali pada MIUI version
  • Enable USB debugging
    • Setting>Additional setting>Developer options>USB debugging
  • Battery anda sekurang-kurangnya 70%
  • Pastikan anda deactivate antivirus di Phone dan PC
Sekarang anda boleh mulakan proses root.
  1. Sambung kan telefon anda ke PC
  2. Jalankan program Tool kits yang telah anda download tadi.
  3. Tekan 1 dan Enter.
  4. Lihat semula pada telefon anda satu pop up yang muncul dan Klik button OK
  5. Phone anda akan memasuki mode FastMode dan biarkan sehingga ianya selesai.
  6. On kan telefon anda dan sekarang telefon anda telah selesai di root.




[Video] Hamster Kecil Pandu Lori 15 tan dilaluan kuari berbahaya

on Jumaat, 27 September 2013

Assalamualaikum,

Bertapa bahayanya membiarkan seekor hamster memandu sebuah lori 15 tan dilaluan jalan kuari yang sangat berbahaya di Spain.


Sebenarnya jurutera dari Volvo mahu menunjukkan bertapa ringannya stereng lori generasi terbaru keluaran meraka. Jadi mereka mengubah setereng pemandu pada FMX Volvo ke satu roda permainan hamster dan diletakkan seekor hamster yang diberi nama Charlie di dalam roda tersebut.

Meh saksikan bagaimana hamster ni memandu...

Hacker Malaysia Balas Dendam, Godam Balik Laman Web Bangladesh

on Sabtu, 6 Julai 2013

Assalamualaikum,



Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan tindakan Hacker Bangladesh telah melakukan DNS Hijack pada domain yang menggunakan dot COM dot MY yang mana membawa kepada page seperti di atas. Dan ianya telah pulih seperti sediakala jam 5 ptg hari yang sama.

Dan dalam pada itu ada seorang hacker dari Malaysia kurang senang tindakan mereka itu dan telah membalas dendam dengan melakukan hacking pada 3 laman web milik mereka salah satunya kementerian pelancongan negara itu.

http://www.pragotiindustries.gov.bd/
http://www.visitbangladesh.gov.bd/
http://www.ago.gov.bd/

Mirror: http://www.hack-mirror.com/79419.html
Mirror: http://www.hack-mirror.com/79418.html
Mirror: http://www.hack-mirror.com/79684.html

Hacker yang melakukan ini megelarkan dirinya sebagai Donnazmi dan masej yang ditinggalkan pada laman web yang di hack adalah seperti dibawah:



Hacker: Bahana DNS Hijack dot COM dot MY

on Isnin, 1 Julai 2013

Assalamualaikum,

Sejak pagi tadi heboh diperkatakan di facebook tentang serangan yang dilakukan oleh hacker dari Bangladesh. Sebenarnya ianya bukan perbuatan hacking sebaliknya perbuatan DNS Hijack yang membuatkan beberapa page yang menggunakan domain .com.my. domain-domain berkenaan hanya redirecte ke page seperti yang dibawah:


Serangan hacker ini yang sebenar dilakukan pada pangkalan data MyNIC iaitu badan yang menyediakan domain .com.my dan .my. Bagaimana pown pihak mereka telah pown membetulkan keadaan dan semuanya kambali pulih jam 5 petang tadi.

Antara beberapa laman web yang diperkatakan

- Dell.com.my
- Google.com.my
- http://microsoft.com.my
- http://www.skype.com.my/
- http://www.kaspersky.com.my/
- http://www.msn.com.my/
- http://www.bing.com.my/

Disebabkan web-web tersebut telah pulih anda boleh melihat mirror nya di Zone-H

We have contacted both MYNiC and MCMC to get their feedback on this issue. We have strong reason now to believe that the MYNiC registry data has been compromised as part of the attack, and Google as well as other DNS servers merely updated their records based off MYNiC’s authoritative servers. A similar attack was carried out by the same group on Kenya’s domain registrar in April, as reported by softpedia.-sumber dari lowyat.net-
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai perkara ni sila layari
- www.lowyat.net
- www.says.com

Rekabentuk Konsol PlayStation 4

on Rabu, 12 Jun 2013

Assalamualaikum,

Sebelum ini Sony meperlihatkan Joystick bagi PlayStation 4, kini Sony memperlihatkan rekabentuk Konsol bagi PlayStation 4.


Rekaan konsol ini membawakan warna hitam keseluruhannya, dengan sebahagian lajur berwarna biru pada bahagian tengahnya. Konsol ini akan dijual pada harga sekitar RM1245 dan ditawarkan pada penghujung tahun kelak.

Walau bagimana pun, spesifikasi bagi PlayStation 4 ini masih belum diketahui.




Misteri Hilangnya 11 Hari Pada Bulan September 1752

on Ahad, 26 Mei 2013

Assalamualaikum,

Seperti yang kita tahu, dunia yang kita diami ni banyak perkara ganjil dan misteri yang masih belum terungkai..Contohnya macam apa yang telah berlaku pada bulan September, 1752, di mana dunia telah kehilangan 11 hari..Kalau dilihat pada kalender bulan September tahun tersebut, tidak ada hari ke-3 hingga hari ke-13, ia terus lompat dari hari ke-2 hingga hari ke-14..Pelik kan?



Bagi korang yang nak tengok sendiri tu, boleh la set tarikh tahun dalam komputer korang ke tahun 1752..Tapi yang tak best nya, pengguna Windows tak boleh tengok kalender tu, hanya pengguna Linux atau selain dari Windows je yang boleh tengok..Kalau komputer korang guna operating system selain daripada Windows, korang memang bertuah, jadi boleh la tengok sendiri kalender tu..


Mengikut cerita nya, pada 2 September 1752, seluruh kepulauan dan koloni England, termasuk Amerika telah kehilangan 11 hari - 3 September hingga 13 September..Hal ini berlaku apabila mereka bangun tidur pada keesokkan harinya, tarikh telah berubah menjadi hari ke-14..

Disebabkan kehilangan 11 hari ni, telah berlaku rusuhan di sekitar kampung kerana penduduk mendakwa pemerintah cuba untuk menipu mereka dengan hilangkan 11 hari daripada kehidupan mereka..Dikatakan, perkara tersebut bukan sahaja pernah berlaku di England pada 1752 sahaja, namun pernah berlaku di tempat lain seperti Perancis pada 1582, Austria pada 1584 dan Norwegia pada 1700..

Ada jugak yang kata pada masa tu, diorang menggunakan kalender yang salah atau dalam perkataan lain "kalender cacat"..Entah laa..

copypaste: sumber

Microsoft akan tamatkan Windows XP

on Sabtu, 13 April 2013


KUALA LUMPUR - Microsoft Malaysia (Microsoft) mengingatkan pengguna bahawa ia akan secara rasminya menamatkan perkhidmatan dan sokongan Windows XP pada 8 April, 2014.


Dalam satu kenyataan hari ini, Microsoft berkata walaupun tarikh akhir itu adalah satu tahun lagi, adalah penting bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pengguna di Malaysia untuk beralih daripada XP, satu sistem operasi 11 tahun untuk mengelakkan kelemahan dan risiko yang berpotensi mengganggu operasi perniagaan dan mengakibatkan peningkatan kos.

Ia berkata mulai 8 April, 2014, Microsoft tidak lagi akan memberikan pembaikan dan kemas kini automatik atau bantuan teknikal dalam talian untuk Windows XP.

Ini juga bermakna pengguna tidak lagi akan menerima kemas kini keselamatan yang melindungi komputer peribadi daripada virus, perisian pengintip dan lain-lain perisian perosak.

"Walaupun XP adalah salah satu sistem operasi yang paling popular dalam sejarah Microsoft, ia tidak direka untuk menghadapi cabaran hari ini, seperti peningkatan pendedahan kepada serangan siber dan permintaan untuk privasi data yang lebih tinggi, tidak seperti sistem operasi Windows 7 dan 8," kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia Danny Ong.

Sebagai bantuan kepada PKS, Microsoft mengumumkan laman web Windows Upgrade Centre,  http://www.microsoft.com/malaysia/xp-eos, di mana PKS boleh mendapat maklumat mengenai isu ini, dan belajar daripada penganalisis dan lain-lain pengguna di negara ini. - Bernama

Pakaian Dalam Anti Rogol

on Ahad, 7 April 2013

Assalamualaikum,


SERAMAI tiga pelajar kejuruteraan India mengaplikasikan kemahiran mereka dengan mencipta set pakaian dalam wanita anti rogol yang mampu mengeluarkan kuasa elektrik sebanyak  3,800 kilovolt (kV) terhadap si penyerang.

Baju anti rogol direka khas oleh tiga pelajar kejuruteraan India
mampu menyalurkan 3,800 kV kuasa elektrik kepada penyerang.

Dipetik Daily Mail, set pakaian dalam berkenaan akan melumpuhkan penyerang sebelum menghantar satu pesanan teks automatik kepada polis atau ahli keluarga mangsa mengenai lokasi serangan.

Wakil jurutera yang membantu membangunkan produk ini, Manisha Mohan berkata, satu set kecil pengesan tekanan diselitkan di beberapa bahagian strategik pakaian dalam wanita, serta mampu mengeluarkan kuasa kejutan elektrik secara automatik sebanyak 82 kali atau lebih sekali gus menyebabkan penyerang pengsan.

"Pakaian dalam wanita ini memiliki sistem komunikasi bergerak global dan berfungsi sebagai pengesan tekanan sebelum mengeluarkan gelombang elektrik kira-kira 3,800 kV serta pesanan kepada keluarga mangsa atau polis.

"Si pemakainya hanya perlu menghidupkan alat pengesan dan ia akan berfungsi secara automatik jika ada individu yang menyentuh bahagian berkenaan," katanya sambil menambah pakaian dalam anti rogol dilengkapi modul sistem penentu kedudukan global dan modem GSM.  -SinarHarian-

ChargeBite: Kongsi kuasa bateri iPhone dengan rakan-rakan anda

on Rabu, 27 Mac 2013

Assalamualaikum,

Tidak dapat dinafikan lagi iPhone menjadi kegilaan ramai pengguna smartphone di dunia namun hanya satu masalah yang sering timbul kepada pengguna iaitu kehabisan bateri. Kini dengan ChargeBite anda boleh meminjam kuasa bateri iPhone rakan anda yang lain untuk mengecas iPhone anda.


Walau bagaimana pun peranti ini hanya boleh digunakan untuk iPhone yang menggunakan USB 30-pin connectors bermakna iPhone5 tidak lagi boleh meggunakan kan kemudahan ini. Peranti ini terdapat dalam 3 warna yang berbeza dan kecik seperti keychains. Maklumat lanjut korang boleh tengok video dibawah:

FortiDDos peranti menghalang serangan DDoS

on Ahad, 13 Januari 2013

Assalamualaikum,


FORTINET, peneraju dunia dalam sekuriti rangkaian berprestasi tinggi memperkenalkan produk baru FortiDDos untuk perusahaan, web hosting dan pembekal perkhidmatan awan di Malaysia.


FortiDDoS-100A, FortiDDoS-200A dan FortiDDoS-300A direka untuk mengesan dan membantu melindungi serangan penafian perkhidmatan (DDoS) yang paling berbahaya pada hari ini.

Pengarah Serantau Fortinet Asia Tenggara dan Hong Kong, Datuk Seri George Chang berkata, pengenalan produk baru itu penting kerana apabila sistemnya menjadi saling berkaitan, keperluan untuk perlindungan rangkaian terhadap serangan DDoS akan menjadi lebih ketara.

“Perlindungan ini khususnya memastikan keyakinan pelanggan dan mengurangkan tanggungan syarikat di Malaysia dalam jangka masa panjang,” katanya.

Ketua Pegawai Teknologi dan Naib Presiden Kejuruteraan Fortinet, Michael Xie berkata, serangan DDoS bukan sahaja gangguan kecil, malah akan menyebabkan tanggungan ketara kepada peniaga.

“Kerosakan akibat serangan DDoS boleh menyebabkan kehilangan pendapatan, keyakinan pelanggan, kehilangan ekuiti jenama. Satu perkakas FortiDDoS dipasang di hadapan infrastruktur rangkaian boleh bertindak sebagai perisai terhadap serangan DDoS,” katanya.

Perkakas FortiDDoS adalah mudah diguna, diurus dan ia direka untuk menghalang serangan serta menyampaikan pecutan prestasi perkakasan untuk menghindari serangan dengan lebih cepat.

Parking bertingkat (Rotary) di Malaysia

on Sabtu, 12 Januari 2013

Assalamualaikum,

Jika dinegara luar seperti Landon dan Tokyo sudah pastinya teknologi parking bertingkat (rotary) ini amat diperlukan untuk mengatasi masalah tempat parking kereta. Tetapi pastinya ramai yang tidak mengetahuinya bahawa wujudnya teknologi parking ini di Malaysia iaitu di Terengganu.


Sistem parking ini telah mula beroperasi sejak 3 Februari 2011 lagi. Pembinaan parking ini memakan masa tidak sampai setahun bermula 9 Mei 2010 dan siap sepenuhnya Disember 2010. Parking itu itu mampu memuatkan lebih 200 buah kereta serta 32 buah kenderaan pelbagai guna(MPV) pada suatu masa.

Caj RM2.50 dikenakan pada 1 jam pertama manakala jam berikutnya mereka perlu membayar RM1 setiap jam.
















Nota kaki: ZF pown baru tau benda ini hari ni....hahaha....ketinggalan zaman betul.... :p  tapikan kenapa la tak buat kat bukit bintang ke, chow kit ke..jalan masjid india.. baru la amat2 berguna benda ni...

Instagram Badge For Blog & Web

on Selasa, 27 November 2012

Assalamualaikum,

Seperti yang kita(penggunan Instagram) tahu Instagram telah mempekenalkan sokongan profile berasaskan web untuk semua penggunanya.


Seperti kebanyakan sosial media yang lain seperti Facebook dan Twiter kedua-duanya mempunyai badge untuk pautan profile anda di halaman sosial itu yang diletakan pada blog atau sebagainya. Kini Instagram juga cuba mengorak langkah untuk mempromosikan, mengikuti perkembangan dan perkongsian gambar anda dengan mudah.

Jadi, sekiranya anda ingin menambah pautan khas untuk profil Instagram terus pada blog anda, mungkin boleh mendapatkannya hari ini dari halaman Instagram Badges.

Anda boleh melihat contoh di kat sebelah kanan blog ZF ni...

Samsung Bakal Lancarkan Galaxy S4 Februari 2013

on Ahad, 23 September 2012

Assalamualaikum, Pengumuman Apple mengenai jumlah tempahan untuk iPhone 5 sudah melebihi 2 juta unit mungkin sedikit menggugat pesaing rapatnya, Samsung. Lantaran itu, beberapa hari selepas Apple Inc melancarkan iPhone 5, sudah tersebar maklumat Samsung Electronics pula akan melancarkan varian terbaru Samsung Galaxy S4 pada Februari 2013 di Kongres Mudah Alih Dunia di Barcelona, Sepanyol.


Mengikut satu laporan Korea Times, varian terbaru Samsung Galaxy S4 yang disasar meneruskan legasi super popular Galaxy SIII akan ditampilkan dengan skrin 5-inci, besar sedikit daripada 4.8-inci pada SIII. Seperti dijangka dalam sebuah telefon pintar generasi terbaru, peranti itu akan dipadankan dengan perkakasan dan perisian terbaik yang boleh ditawarkan Samsung.

Samsung Mahu Tampilkan Perubahan

Akhbar itu yang memetik seorang pegawai Samsung berkata, sebahagian besar daripada perubahan yang akan ditampilkan nanti akan berada di dalam peranti, bukannya bahagian luaran. Katanya, Samsung Galaxy S4 akan menyaksikan sedikit perubahan luaran tetapi mengekalkan rekaan empat segi sama dengan konsep separa bulat di bucu. (gambar diatas mungkin hanya ilustrasi semata)

Telefon pintar terbaru itu dijangka mengekalkan pelbagai ciri istimewa pada Galaxy SIII termasuk sokongan untuk menggunakan rangkaian LTE (4G) dan penggunaan pemproses keluaran Samsung Exynos dan Snapdragon dari Qualcomm, bergantung kepada negara di mana Samsung Galaxy S4 itu dijual.

Nutty Notty, Cara mudah membuka tayar

on Sabtu, 7 Julai 2012

Assalamualaikum,


IPOH: Idea menggunakan besi katil asrama terbuang bagi menghasilkan set membuka dan menukar tayar kereta mudah alih membawa tuah kepada lapan pelajar perempuan Sekolah Raja Perempuan Taayah (Serata) di sini, yang mengharumkan nama negara apabila menerima anugerah emas Pameran Antarabangsa Pereka Muda 2012 di Bangkok pada 28 hingga 30 Jun lalu.


Berbekalkan alat dikenali ‘Nutty-Notty’ yang dicipta sejak awal tahun lalu, membolehkan mereka meraih pelbagai pengiktirafan seperti muncul juara pada Pertandingan Anugerah Pencipta Muda Universiti Teknologi Petronas 2011, Ekspo Saintis Muda Perak 2011 (Kategori Inovasi Sekolah Menengah dan Sains), Hari Harta Intelek Negara 2012 (Kategori Inovasi Pelajar Sekolah Menengah) dan Pameran Inovasi dan Penciptaan Kejuruteraan Antarabangsa 2012.

Ketua kumpulan, Nor Ameerah Nawi, 17, berkata, cubaan mereka secara tidak sengaja apabila mendapat idea menjadikan besi katil sebagai ujian untuk mencipta alat itu membuahkan hasil, sekali gus membuktikan pelajar aliran agama juga mampu berfikiran kreatif dan inovatif.

“Kami bangga dapat membuktikan rekaan pelajar sekolah agama juga diterima di peringkat dunia.

“Kami tidak menyangka rekaan yang hanya menelan kos RM30 ini menarik perhatian ramai sehingga meraih pelbagai anugerah pada pertandingan yang kami sertai,” katanya.

Pelajar jurusan pengajian Islam itu berkata, penyertaan di Bangkok adalah pencapaian paling membanggakan, sekaligus mengharumkan nama sekolah dan negara.

Menurutnya, pertandingan di Bangkok penghujung Jun lalu, disertai 522 penyertaan dari sembilan negara iaitu Thailand, Indonesia, Jepun, Hong Kong, Vietnam, Singapura, Taiwan, Filipina serta Malaysia.

“Set ‘Nutty-Notty’ yang direka mempunyai banyak kebaikan kepada pengguna kenderaan terutama wanita. Malah kami yakin alat ini dapat dikomersialkan berdasarkan maklum balas diterima daripada beberapa pihak.

“Set mudah alih, ringan dan tahan karat itu mampu membantu pemilik kenderaan menggantikan tayar kenderaan dalam tempoh dua hingga tiga minit berbanding enam hingga 12 minit mengikut kaedah biasa,” kata Ameerah ketika ditemui wartawan pada sidang media mengenai kejayaan itu di sekolahnya, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Yusof Husin; Pengetua Serata, Noor Aini Zainal Abidin dan guru penasihat kumpulan itu, Ahmad Rezaudin Hussein.

Selain Ameerah, pelajar lain yang turut mengambil bahagian adalah Afifah Husain, 17, Nur Syuhadah Shahirah Junaidi, 17, Nabilah Aliyah Ahmad Naim, 17, Nurul Shazleen Husna Saad, 16, Radin Aimi Aqilah Muhammad Anas, 16, Norfaranina Shahira Zulkipli, 16, dan Farah Hanis Fadzil, 16.

Sumber: Harian Metro

Alat menterjemah hati wanita

on Khamis, 14 Jun 2012



Tentu korang pernah dengar ayat ini.. "hati perempuan ni susah betul nak difahami". Sekarang anda tidak perlu risau lagi dengan alat Manslater ini anda pasti akan dapat memahami isi hati wanita. Tidak percaya??? lihat video dibawah sekarang



Oh, dan jika anda fikir kilang yang mengeluarkan Manslater ini wujud, fikirkan sekali lagi. Jika anda menonton video itu sehingga akhir, anda akan melihat bahawa ianya berfungsi pada kedua-dua jantina. Sekarang ada tidak perlu lagi untuk memerah otak anda cuba untuk memahami apa yang pasangan anda mahukan sebenarnya.




Aplikasi Facebook Camera untuk Apple iOS

on Isnin, 28 Mei 2012

Assalamualaikum,


Facebook telah melancarkan aplikasi terbaru mereka bagi pengguna mobile Apple iOS. Aplikasi ini dikenali sebagai "Facebook Camera" yang membolehkan kita menghantar gambar dengan lebih pantas dan mudah ke laman Facebook kita. Kelebihan aplikasi ini adalah


  1. kebolehannya dalam menghantar gambar yang banyak pada satu-satu masa, 
  2. menyemak gambar terkini rakan-rakan disesuatu tempat, 
  3. dilengkapi dengan fungsi editing yang mudah.
  4. berkebolehan untuk tag rakan-rakan


Botol Kicap Ajaib

on Jumaat, 25 Mei 2012

Assalamualaikum,

Sekiranya anda membeli sebarang kicap, sos, atau apa sahaja makan di dalam botol sudah pastinya anda akan mengalami masalah makanan dalam botol sukar untuk keluar dari mulut botol tersebut. Sudah pastinya semua orang akan megoncang botol tersebut untuk keluarkan makan tersebut di dalam botol.

Tetapi masalah itu kini dapat diatasi dengan terciptanya satu bahan yang yang dikenali LiquiGlide. Bahan ini berfungsi sebagai penghalang bagi makanan didalam botol itu melekat pada permukaan botol. Dengan wujud nya idea ini makanan seperti kicap & sos ini mengalir seolah-olah seperti air susu yang keluar dari botol...



Yang lebih menarik LiquiGlide ini bukan sahaja boleh digunakan pada permukaan kaca malahan juga pada permukan plastik. Minggu lepas LiquiGlide telah mendapat tempat kedua dari 215 kumpulan dalam pameran MIT’s $100k Entrepreneurship Competition.

Smith dan rakan-rakannya menunjukan bagaimana cercair tersebut berfungsi
Menurut saintis yang menciptanya mereka menghadapi berberapa cabaran dalam proses mencipta cecair ini termasuklah penggunaan bahan dalam menghasilkan LiquiGlide supaya selamat untuk tubuh badan dan tidak menghasilkan kesan sampingan.

Mereka turut bercadang untuk memulakan penggunaan LiquiGlide ini kedalam industri makanan dalam botol sedia ada pada masa akan datang..

Disebalik Asal-Usul Simbol Dalam Teknologi

on Rabu, 16 Mei 2012

Assalamualaikum,

Adakah anda pernah berfikir kenapa simbol on/off harus disimbolkan dengan lingkaran dan sebuah garis menegak di tengahnya? Atau kenapa simbol bluetooth seperti sebuah kacamata menegak? Baca entry ini untuk mengetahuinya..

1. Butang power on/off

Simbol ini asal mulanya digunakan pertama kali pada perang dunia 2 sebagai laluan untuk suis. Garis menegak melambangkan angka "1" yang ertinya hidup atau on, dan lingkaran melambangkan angka "0" yang ertinya mati atau off. Sementara lingkaran yang tidak sempurna melambangkan keadaan standby.

2. Butang Bluetooth


Butang yang satu ini sudah tidak asing lagi buat yang hobi hobi transfer data dari satu peranti ke peranti yang lain. Gara-gara suka buah blueberry, raja Denmark ke-10, Harald Blatand mewarnai salah satu giginya dengan warna biru. Dan gara-gara bluetooth receptor pertama bentuknya mirip dengan gigi sang raja, dipakailah laluan yang biasa melambangkan raja Harald sebagai simbolnya.

3. Play

Belum ada kisah yang pasti dan jelas kenapa segitiga digunakan buat melambangkan butang play. Yang pasti, segitiga dianggap menjadi simbol penunjuk arah yang paling mudah untuk dibaca. Posisinya yang mengarah ke kanan mengingatkan kita pada arah jalan pita rakaman pada kaset.

4. USB

Kesaktian tongkat Neptun menginspirasi simbol USB sebagai sambungan yang boleh menghubungkan sambungan apapun. Tiga hujung tongkatnya yang terbentuk dari tiga bidang, kotak, segitiga, dan lingkaran jadi penegas kalau USB adalah sambungan yang serba bisa.

5. AT

Ketika belum ada mesin cetak, pendeta harus menulis dengan menggunakan tangan setiap naskah yang diterbitkan. Daripada kesukaran menulis kata "at", mereka pun membuat simbol "t" yang melilit "a". Maka jadilah simbol ini.

Sumber