Cara Root & Install TWRP Custom Recovery untuk Xiaomi Mi4i

on Rabu, 10 Jun 2015

Assalamualaikum,

Xiaomi merupakan satu jenama yang semakin dikenali dalam dunia teknologi gadget setanding dengan jenama lain seperti Samsung, Nokia, iPhone, Oppo dan banyak lagi. Terkini Xiaomi telah mengeluarkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu Mi4i sempena ulang tahun ke -5 mereka pada bulan April lepas.


Mi4i mempunyai keistimewaannya tersendiri seperti screen tahan calar, Memory dalaman sebanyak 16GB, kamera 13MP dengan 2 tone flash dan kapasiti battery yang besar bersaiz 3120mAh. Sejurus itu, Mi4i ini menjadi gadget yang digilai pengguna telefon pintar kerana ianya sangat murah untuk teknologi yang sehebat ini.

Okey berbalik kepada tajuk post jika anda salah seorang pemilik Xiaomi Mi4i dan ingin mendapatkan root access kepada telefon anda, anda berada ditempat yang betol. Disini ZF akan berkongsikan dengan anda cara-cara untuk root bagi Mi4i dengan hanya beberapa langkah yang mudah sahaja.

Yang paling best Warranty tidak akan terbatal walaupun telefon anda telah di Root

Sebelum memulakan proses ini sila pastikan beberapa perkara berikut bagi melancarkan proses :-

  • Komputer anda mengunakan OS Windows
  • Download Tool kits ini.
  • Telefon anda sudah berada dalam mode developer
    • Setting>About phone>klik 5 kali pada MIUI version
  • Enable USB debugging
    • Setting>Additional setting>Developer options>USB debugging
  • Battery anda sekurang-kurangnya 70%
  • Pastikan anda deactivate antivirus di Phone dan PC
Sekarang anda boleh mulakan proses root.
  1. Sambung kan telefon anda ke PC
  2. Jalankan program Tool kits yang telah anda download tadi.
  3. Tekan 1 dan Enter.
  4. Lihat semula pada telefon anda satu pop up yang muncul dan Klik button OK
  5. Phone anda akan memasuki mode FastMode dan biarkan sehingga ianya selesai.
  6. On kan telefon anda dan sekarang telefon anda telah selesai di root.




Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan