Botol Kicap Ajaib

on Jumaat, 25 Mei 2012

Assalamualaikum,

Sekiranya anda membeli sebarang kicap, sos, atau apa sahaja makan di dalam botol sudah pastinya anda akan mengalami masalah makanan dalam botol sukar untuk keluar dari mulut botol tersebut. Sudah pastinya semua orang akan megoncang botol tersebut untuk keluarkan makan tersebut di dalam botol.

Tetapi masalah itu kini dapat diatasi dengan terciptanya satu bahan yang yang dikenali LiquiGlide. Bahan ini berfungsi sebagai penghalang bagi makanan didalam botol itu melekat pada permukaan botol. Dengan wujud nya idea ini makanan seperti kicap & sos ini mengalir seolah-olah seperti air susu yang keluar dari botol...



Yang lebih menarik LiquiGlide ini bukan sahaja boleh digunakan pada permukaan kaca malahan juga pada permukan plastik. Minggu lepas LiquiGlide telah mendapat tempat kedua dari 215 kumpulan dalam pameran MIT’s $100k Entrepreneurship Competition.

Smith dan rakan-rakannya menunjukan bagaimana cercair tersebut berfungsi
Menurut saintis yang menciptanya mereka menghadapi berberapa cabaran dalam proses mencipta cecair ini termasuklah penggunaan bahan dalam menghasilkan LiquiGlide supaya selamat untuk tubuh badan dan tidak menghasilkan kesan sampingan.

Mereka turut bercadang untuk memulakan penggunaan LiquiGlide ini kedalam industri makanan dalam botol sedia ada pada masa akan datang..
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 ulasan ... read them below or add one }

Catat Ulasan