Assalamualaikum,
PUTRAJAYA - MalTechPro Sdn Bhd optimis menjual 5,000 unit tablet jenama1Malaysia Pad bagi peringkat permulaan dengan harga serendah RM999.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, setakat ini, jualan tablet itu tidak dijual secara terbuka, namun sesiapa yang berminat boleh mengunjungi laman sesawang syarikat untuk membuat tempahan.
“Unit tempahan adalah terhad buat masa ini. Bagaimanapun, kami menjangkakan permintaan yang lebih daripada pengguna dan bakal mengeluarkan tablet mengikut permintaan.
“Kami akan melantik agen dan pengedar di seluruh negara bagi memudahkan tempahan dan penghantaran,” katanya, selepas pra pelancaran 1Malaysia Pad di Putrajaya, semalam.
Menurutnya, sasaran utama tablet 1Malaysia Pad adalah golongan tidak berkemampuan khususnya warga pedalaman, selain pelajar sekolah, kolej dan universiti.
Katanya, MalTechPro Sdn Bhd turut mencadangkan kepada kementerian penerangan untuk menjadikan tablet itu sebagai ganti kepada komputer netbook 1Malaysia sedia ada yang diberikan kepada pelajar sekolah.
Beliau berkata, 1Malaysia Pad yang dibangunkan sejak tahun lalu adalah produk setanding jenama lain di pasaran yang mempunyai kualiti tinggi dengan harga murah.
Selain itu, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian akan membantu dalam mempromosikan tablet itu kepada 1.4 juta pelajar seluruh negara menerusi program jelajah beli barangan Malaysia.
1Malaysia Pad berukuran tujuh inci adalah tablet yang menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3, kamera belakang tiga megapiksel dan hadapan 0.3 megapiksel, mempunyai sambungan WiFi serta dilengkapi aplikasi terbaru 1Malaysia Club, 1Malaysia Messenger dan 1Malaysia Info.
Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.-
Sumber
![]() |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menandatangani skrin sebagai simbolik pelancaran tablet 1Malaysia Pad |