Bagi mereka yang mengikuti perkembangan industri kreatif dan juga animasi, nama Les Copaque mungkin bukan sesuatu yang baru, dimana mereka sedia terkenal dengan animasi Upin & Ipin dan juga Pada Zaman Dahulu.
Selepas kejayaan animasi Upin & Ipin dan Pada Zaman Dahulu, kini Les Copaque mengorak langkah setapak lagi kerana bakal megeluarkan satu lagi animasi terbaru yang betajuk PUTERI.
Walau bagiaimana pun Jalan cerita untuknya masih dirahsiakan buat masa ini, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan hadir sebagai siri animasi pendek ataupun akan diperkenalkan sebagai filem.
Les Copaque juga berminat untuk mendapatkan maklumbalas dari para peminat untuk menentukan sama animasi Puteri ini akan dijadikan animasi bersiri ataupun filem.
Jom saksikan sedikit teaser animasi terbaru Puteri ni....