Memaparkan catatan dengan label Animasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Animasi. Papar semua catatan

[Google Drive Link] Agen Ali (Update Episode 5)

on Rabu, 3 Ogos 2016

Assalamualaikum,


Setelah kerjayaan animasi 3D Malaysia Upin dan Ipin dan juga BoboiBoy.. Kini sebuah lagi syarikat tempatan telah menghasilkan Animasi 3D terbaru iaitu Ajen Ali dari Wau Animation. Wau Animation merupakan sebuah studio animasi CG (computer graphics) yang ditubuhkan pada 18 Mac 2013 oleh sekumpulan bakat muda kreatif yang memiliki sehingga 7 tahun pengalaman dalam menghasilkan CG siri animasi dan filem yang memenangi anugerah berganda.



Secara ringkas sinopsis cerita ini setelah 3 episode yang ZF tonton adalah animasi ni menceritakan Ali yang merupakan pelajar sekolah yang secara kebetulan telah mengaktifkan IRIS yang merupakan alat ciptaan MATA Training Academy sebuah makmal rahsia yang  menjalankan risikkan terhadap kes-kes jenayah. IRIS boleh meramal bahaya dan kaedah untuk menaganinya. Disebabkan IRIS hanya boleh mengenal pengguna yang pertama mengaktifkannya. Pihak MATA Training Academy terpaksa menjadikan Ali menjadi ejen untuk menyelesaikan misi untuk mengunakan IRIS kerana itu.

Dibawah adalah di Link untuk mendownload Agen Ali.



[Google Drive Link] Boboi Boy musim ke-3

on Sabtu, 28 Mac 2015

Assalamualaikum,

Kepada semua peminat animasi Boboiboy, Animasi Boboiboy telah memasuki pengakhiran bagi musim ke-3. Jika dilihat pada promo yang ZF kongsikan di post yang lepas pastinya jalan cerita untuk musim ke-3 ini lebih menarik dan lebih aksi dari musim yang sebelumnya. Tanpa membebel lebih panjang kat sini ZF sediakan link untuk mendownload setiap episode untuk musim ke-3 ini...



Klik skip ads untuk download


Teaser Animasi terbaru dari Les' Copaque betajuk "PUTERI"

on Ahad, 9 Jun 2013

Assalamualaikum,

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan industri kreatif dan juga animasi, nama Les Copaque mungkin bukan sesuatu yang baru, dimana mereka sedia terkenal dengan animasi Upin & Ipin dan juga Pada Zaman Dahulu.


Selepas kejayaan animasi Upin & Ipin dan Pada Zaman Dahulu, kini Les Copaque mengorak langkah setapak lagi kerana bakal megeluarkan satu lagi animasi terbaru yang betajuk PUTERI.

Walau bagiaimana pun Jalan cerita untuknya masih dirahsiakan buat masa ini, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan hadir sebagai siri animasi pendek ataupun akan diperkenalkan sebagai filem.

Les Copaque juga berminat untuk mendapatkan maklumbalas dari para peminat untuk menentukan sama animasi Puteri ini akan dijadikan animasi bersiri ataupun filem.

Jom saksikan sedikit teaser animasi terbaru Puteri ni....



Update 22/10/2014:

Official Trailer



Sinopsis: 

Siri Animasi terbaru dari Les’ Copaque Production Puteri menceritakan kehidupan lima puteri yang tinggal di Kerajaan Limau. Nama mereka adalah : 

Puteri Limau Manis – puteri yang mempunyai keindahan suara yang lunak merdu 
Puteri Limau Kasturi – puteri berjiwa pahlawan 
Puteri Limau Purut – puteri yang sangat pemalu 
Puteri Limau Bali – puteri yang baik hati 
Puteri Limau Nipis – puteri yang nakal

Pemilik Suara Doraemon, Ultraman . Boboiboy, dan Naruto

on Jumaat, 18 Januari 2013

Assalamualaikum,


Penah kah anda terfikir siapa mereka disebalik suara animasi seperti diatas? Mereka-mereka ini lah yang memberikan keceriaan kepada kita ketika menonton siri animasi ni... Jom kita lihat video ini wajah-wajah yang telah menceriakan zaman kanak-kanak dari dahulu hingga sekarang...

Suara Boiboiboy rupanya adalah seorang budak perempuan...hahahah

Gadis Berwajah Patung

on Ahad, 11 November 2012

Assalamualaikum,

Jika satu ketika dahulu manusia berusaha untuk melakukan watak kartun seolah-olah hidup seperti manusia dengan bantuan teknologi serba canggih masa kini namun berbeza bagi golongan ini kerana mereka inginkan rupa mereka pula seolah-olah watak kartun didalam komik..

Dengan berkembang maju industri fesyen semua itu tidak mustahil dengan kuasa makeup. Mari kita lihat wajah kartun jika mereka berada didalam dunia sebenar..










Satu lagi animasi kartun 3D dari Les' Copaque: Pada Zaman Dahulu

on Selasa, 18 Oktober 2011

السلام عليكم

Sebut sahaja Les' Copaque semua orang akan terbayangkan siri Upin & Ipin yang menjadi kegilaan kanak-kanak zaman sekarang. Malahan siri ini jugak menjadi ikon kanak-kanak dalam menjalani kehidupan harian mereka dengan teladan yang diberikan.

Kini Les' Copaque tampil dengan siri kartun terbaru mereka iaitu Pada Zaman Dahulu. Mengikut dari maklumat dari Page Pada Zaman Dahulu, Siri kartun ini akan mula ditanyangkan bermula bulan November 2011 di saluran TV Al-Hijrah.

Mari kita lihat sedikit Official Teaser Pada Zaman Dahulu..



Seterusnya mari kita sama-sama mengenali watak-watak yang terdapat dalam siri kartun Pada Zaman Dahulu ini.

Aris

 
Ara

Aki

Mama, Papa & Wan

 Sang Kerbau

Sang Tupai

 
Sang Kancil

Diharapkan Animasi negara kita akan terus berkembang selaras dengan perkembangan teknologi yang sedang berkembang pesat sekarang. Tahniah diucapkan kepada usaha anak tempatan kita yang telah melonjakkan nama Malaysia kemata dunia dalam animasi kartun 3D.

MAKLUMAT LEBIH LANJUT MENGENAI SIRI ANIMASI INI. SILA KE PAGE PADA ZAMAN DAHULU DI FACEBOOK.


Lindungi PC anda dari jangkitan virus hanya RM 27 sahaja.


Hanya RM 27

BoboiBoy superhero Malaysia.

on Isnin, 18 Julai 2011

السلام عليكم

Setelah satu hari mengeledah laman web Animonsta akhirnya dapat jugak ZF siapkan post ni untuk korang semua baca. Animonsta tu benda apa korang tanya. Ish..ish...ish... itu la syarikat yang bertanggung jawab untuk menghasilkan cerita superhero yang terbaru di Malaysia iaitu BoboiBoy. Kalau sebut BoboiBoy semua mesti ramai teringat tagline "Terbaekk" tukan??


BoboiBoy mula disiarkan di TV3 pada 13 Mac 2011 telah pun mendapat rating 1.5juta penonton sejak ia disiarkan. Pada mulanya penciptaan watak dalam siri kartun ini hanya dilakukan di sebuah apartmen di Bukit Jelutong dengan pada 15 september 2009 oleh tujuh orang sahaja. Kini meraka telah mempunyai pejabat sendiri di Cyberjaya.


Sebanyak 2.6 juta dibelanjakan bagi membagunkan siri animasi kartun ini iaitu 1.9 juta diberikan dari kerajaan. Lantaran sambutan yang tinggi oleh para peminat BoboiBoy sering dibandingkan dengan siri kartun terkenal Upin & Ipin. Oleh itu Pengarah Upin & Ipin, yang juga Pengarah Urusan Animonsta Studios, Mohd Nizam Abd Razak berkata, siri animasi BoBoiBoy dicipta bukan untuk bersaing dengan mana-mana produksi. 


Original Concept pada tahun 2009


Watak-watak lain dalam animasi BoboiBoy. 
Emperor tu adalah Maharaja kepada Adu du.



BoboiBoy Kilat telah bertukar kepada BoboiBoy Halilintar


Artikel Boboi dalam beberapa buah buku dan akhbar





Sumber: