Sebut sahaja Les' Copaque semua orang akan terbayangkan siri Upin & Ipin yang menjadi kegilaan kanak-kanak zaman sekarang. Malahan siri ini jugak menjadi ikon kanak-kanak dalam menjalani kehidupan harian mereka dengan teladan yang diberikan.
Kini Les' Copaque tampil dengan siri kartun terbaru mereka iaitu Pada Zaman Dahulu. Mengikut dari maklumat dari Page Pada Zaman Dahulu, Siri kartun ini akan mula ditanyangkan bermula bulan November 2011 di saluran TV Al-Hijrah.
Mari kita lihat sedikit Official Teaser Pada Zaman Dahulu..
Seterusnya mari kita sama-sama mengenali watak-watak yang terdapat dalam siri kartun Pada Zaman Dahulu ini.
Diharapkan Animasi negara kita akan terus berkembang selaras dengan perkembangan teknologi yang sedang berkembang pesat sekarang. Tahniah diucapkan kepada usaha anak tempatan kita yang telah melonjakkan nama Malaysia kemata dunia dalam animasi kartun 3D.