Dalam entry yang lepas ZF ada membuat satu entry mengenai cukai 6% yang bakal dikenakan oleh TM terhadap perkhidmatannya mulai 1 January 2012(kilik sini). Tetapi hari ini ZF sendiri terkejut apabila melihat cukai 6% tersebut telah pun dikenakan oleh pihak TM dalam diam setelah meneliti bil-bil terdahulu yang diberikan oleh pihak TM kepada ZF.
Jika anda sendiri masih mempunyai bil daripada dari TM anda boleh lihat sendiri dibahagian belakang surat tersebut ada pada bahagian CUKAI PERKHIDMATAN tertulis "cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan ke atas caj perkhidmatan telekomunikasi kecuali para pelanggan di Langkawi, WP labuan, Tioman dan Zon Bebas Cukai". Lihat gambar dibawah.