Dicatat oleh
ZF
on
Khamis, 26 April 2012
di
8:12 PTG
Assalamualaikum,
Kat sini siapa yang dah tengok cerita ni??? Siapa yang dah tengok scroll kebawah untuk tengok gambar-gambar disebalik tabir The Avengers. Siapa yang tak tengok lagi pown kena wat banda yang sama gak.
Synopsis: The Avengers will bring together the super hero team of Marvel Comics characters for the first time ever, including Iron Man, Captain America, Thor, The Hulk and more, as they are forced to band together to battle the biggest foe they’ve ever faced.
Dicatat oleh
ZF
on
Selasa, 6 Disember 2011
di
8:35 PTG
Assalamualaikum,
6 Dis – Filem arahan Osman Ali, "Ombak Rindu" mencetus satu fenomena baru dalam industri filem tempatan selepas berjaya mendapat kutipan jualan tiket sebanyak RM4 juta dalam tempoh empat hari tayangannya bermula 1 Disember lalu.
Malah filem romantis lakonan Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani turut menewaskan kutipan hari pertama filem pecah panggung Hollywood, "The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1" dengan berjaya mengutip sebanyak RM750,000.
Pengarah yang juga calon kategori Pengarah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 berasa sangat gembira dan bersyukur dengan kejayaan filem yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari tersebut.
"Ia adalah satu suntikan semangat buat saya selepas diberitahu berjaya mendapat kutipan sebanyak itu. Saya tidak menjangkakannya tetapi itulah rezeki buat saya dan semua yang terlibat dalam produksi filem ini," ujar Osman.
Walaupun gusar jika kurang mendapat sambutan memandangkan penonton kini lebih tertarik menyaksikan filem bercorak komedi dan seram, tetapi dia yakin populariti novel asal turut memainkan peranan penting bagi menarik minat kaki wayang untuk membanjiri panggung.
"Kami pernah mengadakan kajian sebelum membuat keputusan untuk membawa novel ini ke layar perak. Ternyata ramai yang bersetuju dan berminat. Jadi saya yakin mereka yang ke panggung adalah mereka yang pernah membaca novel tersebut," jelas Osman lagi.
Pengarah kelahiran negeri Kedah ini turut mengakui kekuatan yang ada pada "Ombak Rindu" adalah mainan emosi serta lakonan mantap daripada barisan pelakon.
Dicatat oleh
ZF
on
Sabtu, 5 November 2011
di
8:13 PTG
4 Nov – "Saya sendiri tidak mengetahui bahawa akan ada babak tersebut". Itulah kata Angah Raja Lawak (gambar, tengah)ketika ditanya tentang satu babak dalam filem terbarunya arahan Bob Hashim, "Alamak Toyol! " yang sudah ditayangkan di pawagam pada 3 November lalu.
Dalam babak yang dikatakan mungkin mencipta kontroversi itu, toyol (lakonan Afiq Izzudin) tersebut telah menghisap puting Angah.
"Sebelum penggambaran bermula, Afiq telah berbincang dengan Bob terlebih dahulu tanpa pengetahuan saya. Apabila penggambaran bermula, Bob telah meletakkan Afiq di atas bahu saya. Apabila 'action' sahaja, Afiq terus mengigit puting saya tanpa main-main sehinggakan saya rasa ngilu," jelas Angah ketika ditemui baru-baru ini.
Kata Along Cham (gambar, kiri) yang turut digandingkan bersama dalam filem komedi tersebut, rasa ngilu turut dirasainya yang duduk bersebelahan Angah ketika itu.
"Babak tersebut mengambil masa dan perlu ulang hampir 10 kali. Apabila Angah dan Afiq melakonkan babak tersebut, saya yang duduk bersebelahannya turut terasa ngilu."
Apabila ditanya jika babak itu akan menimbulkan sebarang isu atau pandangan negatif terutamanya kepada kanak-kanak, Angah menganggap babak tersebut tidaklah melampau.
"Jika ia dipandang negatif, maka babak tersebut akan jadi negatif. Pada pendapat saya, babak tersebut tidak melampau. Ia bukanlah babak yang menampilkan aksi ranjang atau ghairah kerana itulah yang baru kita boleh katakan negatif," jelas Angah.
"Alamak Toyol!" turut dibintangi Hamid Gurkha, Yank Kassim, Adeline Tsen dan ramai lagi.
Dicatat oleh
ZF
on
Selasa, 18 Oktober 2011
di
9:36 PTG
السلام عليكم
Sebut sahaja Les' Copaque semua orang akan terbayangkan siri Upin & Ipin yang menjadi kegilaan kanak-kanak zaman sekarang. Malahan siri ini jugak menjadi ikon kanak-kanak dalam menjalani kehidupan harian mereka dengan teladan yang diberikan.
Kini Les' Copaque tampil dengan siri kartun terbaru mereka iaitu Pada Zaman Dahulu. Mengikut dari maklumat dari Page Pada Zaman Dahulu, Siri kartun ini akan mula ditanyangkan bermula bulan November 2011 di saluran TV Al-Hijrah.
Mari kita lihat sedikit Official Teaser Pada Zaman Dahulu..
Seterusnya mari kita sama-sama mengenali watak-watak yang terdapat dalam siri kartun Pada Zaman Dahulu ini.
Aris
Ara
Aki
Mama, Papa & Wan
Sang Kerbau
Sang Tupai
Sang Kancil
Diharapkan Animasi negara kita akan terus berkembang selaras dengan perkembangan teknologi yang sedang berkembang pesat sekarang. Tahniah diucapkan kepada usaha anak tempatan kita yang telah melonjakkan nama Malaysia kemata dunia dalam animasi kartun 3D.
MAKLUMAT LEBIH LANJUT MENGENAI SIRI ANIMASI INI. SILA KE PAGE PADA ZAMAN DAHULU DI FACEBOOK.
Lindungi PC anda dari jangkitan virus hanya RM 27 sahaja.
Dicatat oleh
ZF
on
Selasa, 6 September 2011
di
7:42 PTG
السلام عليكم
6 Sep – Filem komedi seram arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, "Hantu Bonceng", telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan, sekaligus mencipta sejarah dengan kutipan tiket tertinggi ketika musim perayaan.
Ditayangkan serentak pada 31 Ogos lalu di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei, lebih 500,000 penonton telah menyaksikan filem lakonan Zizan Razak dan Juliana Evans ini di pawagam berdasarkan perkiraan tiket yang bermula daripada tarikh filem ini ditayangkan sehingga 4 September lalu.
Menerusi siaran akhbar daripada Excellent Pictures, Ahmad Idham mengucapkan terima kasih atas sokongan pelbagai pihak dalam mencipta sejarah perfileman tanah air, termasuklah media, barisan pelakon filem "Hantu Bonceng" serta penonton.
"Saya menyeru kepada semua pihak yang belum atau yang sudah menonton "Hantu Bonceng" untuk pergi ke pawagam bersama teman-teman dan sanak saudara di Aidilfitri ini. "Hantu Bonceng" adalah sebuah komedi ringan yang mempunyai mesej serta mampu mengeratkan perhubungan di antara rakan taulan dan saudara.
"Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton dan peminat, dan diharapkan sokongan yang diterima ini berterusan untuk memastikan "Hantu Bonceng" mampu melakarkan satu lagi sejarah perfileman tempatan dan kita mampu berbangga dengan produk filem sendiri," kata Ahmad Idham melalui siaran akhbar tersebut.
Selain Zizan Razak dan Juliana Evans, "Hantu Bonceng" turut dibantu oleh Jue Aziz, Taiyuddin Bakar, Dottie dan Zahid AF.
Dicatat oleh
ZF
on
Khamis, 18 Ogos 2011
di
5:20 PTG
Menjadi seorang artis sememangnya seringkali dipuja oleh ramai peminat... Seorang artis itu sering kali diberikan watak-watak utama dalam sesebuah filem. Namun dalam sesebuah filem pastinya memerlukan seorang pelakon tambahan untuk menghidupkan lagi suasana filem tersebut...
Namun tanpa anda sedari ada seorang pelakon tambahan Hollywood ini seringkali muncul dalam filem-filem yang boleh dikatakan pecah panggung jugak la.. Beliau adalah Jesse Heiman berusia 30-an menjadikan kerjaya pelakon tambahan sebagai kerja sambilan. Jesse Heiman telah menjadi pelakon tambahan dalam lebih 25 buah filem blockbuster. Antaranya ialah
The Social Network
American Pie
Spider-man
Untuk melihat lagi filem-filem yang beliau lakonkan boleh la lihat video dibawah...
Dicatat oleh
ZF
on
Khamis, 11 Ogos 2011
di
8:35 PTG
السلام عليكم
Khas buat peminat Ramadan Terakhir, slot Samarinda di TV3 sepanjang Ramadan. Kini anda boleh mendapatkan OST Ramadan Terakhir yang bertajuk Jangan Lupa Namaku di dalam blog Abang ZF di http://zetexgroup.web44.net/archives/654. Anda boleh memuat turun lagu ini dalam bentuk mp3. Tetapi ini bukan lagi lagu official. Ini hanya beberapa potongan lagu yang disiarkan di TV dan digabungkan.
Ramadan Terakhir mengisahkan sebuah keluarga yang jahil agama, lalai dan hanyut dengan keseronokkan dunia. tetapi Ramadan kali ini bakal mengubah keluarga itu. ayahnya, Hashim disahkan menghidap HIV positif, mula menyesali perbuatan lampaunya dan ingin bertaubat. seorang gadis solehah tiba di rumah keluarga itu dengan harapan berkat Ramadan kali ini dapat merubah segalanya.
Lagu Official mungkin akan dikeluarkan sekiranya Fan Page POMPA BENSIN telah mencapai 5000 Like. Iaitu special project band yang menyanyikan OST Jangan Lupa Namuku ini. Jadi ZF nak ajak ramai-ramai kita like Fan Page POMPA BENSIN. Jangan lupa ajak mak, ayah, abang, kakak, adik, sepupu dan seluruh kaum keluarga LIKE yer....
Dicatat oleh
ZF
on
Ahad, 17 Julai 2011
di
9:26 PTG
السلام عليكم
Mesti ramai peminat Juvana diluar sana tertunggu akan Episod terakhir Juvana yang akan disiarkan esok. ZF sendiri pun tidak sabar untuk menunggu hari esok untuk menoton cerita Juvana. Pelbagai persoalan yang timbul difikiran ZF bila melihat review episod akhir ni antaranya adalah bagaimana kesudahan pergaduhan diantara Botak dan Daim??? adakah cikgu Zakiah akan dibunuh?? tentu korang pown terfikir benda yang samakan???
Okey lah ZF bukan nak menceritakan tentang rancangan tv yang popular ini... Tetapi ZF ingin berkongsikan cerita seperti tajuk diatas. Menurut sumber Johan Arrif Asari (Botak) dan Izreen Azminda yang melakonkan watak Cikgu Zakiah rupa-rupanya sedang melayan perasaan suka dengan kata lain bercinta!
Mungkin ini hanyalah cinta lokasi namun jika difikirkan mereka berdua tiada babak romantis kecuali babak simbah air ke muka dan maki-hamun sahaja. Agaknya, daripada pertentangan watak begitu, timbul perasaan cinta antara mereka. Sejauh mana cinta mereka itu tidak dapat dipastika. Menurut sumber juga rakan-rakan media sering menggandingkan mereka dalam satu fotografi dan mereka intim semacam sahaja.
Jangan lupa saksikan Episode Akhir Juvana Pada 17 Julai 2011 Jam 9.00 malam di TV3...
Dicatat oleh
ZF
on
Selasa, 12 Julai 2011
di
9:00 PTG
السلام عليكم
Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ialah isteri Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1951. Beliau merupakan bekas canselor Universiti Selangor (UNISEL).
Rosmah mendapat pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Beliau seorang yang pandai dan dikatakan selalu mendapat tempat teratas dalam kelas. Selain itu beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti badminton, hoki dan bola jaring. Beliau juga sukakan hiburan dan selalu mengambil bahagian dalam nyanyian, tarian dan lakonan semasa di sekolah.
Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang antropologi dan sosiologi. Selepas menamatkan ijazah, beliau menyertai Bank Pertanian Malaysia sebagai eksekutif pada tahun 1975. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Lousiana State University, Amerika Syarikat, dan berjaya mendapat Sarjana Sains dalam sosiologi dan pertanian.
Selepas kembali ke Malaysia pada tahun 1983, beliau menyertai syarikat Island and Peninsular Berhad sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan. -wikipedia-
Hehe ZF tak tahu nak buat pendahuluan so copy jer dari wiki... Tapi ZF bukanlah ini sebenarnya yang ZF ingin konsikan dengan anda semua... ZF sebenarnya ini berkongsi 3 klip Video yang dibuat.. Video tersebut menceritakan siapa sebenarnya Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ini... Ikuti pendedahan video ini...
Part 1
Part 2
Part 3
Adakah ini semua perkara yang betul-betul terjadi??? atau hanya kompirasi untuk menjatuhkannya...???
Biarlah anda sendiri yang menilainya....!!!!!!!!!!!
Dicatat oleh
ZF
on
Jumaat, 24 Jun 2011
di
8:30 PTG
السلام عليكم
Tentu semua orang tertanya-tanya siapakah juara sulung Maharaja Lawak yang akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300,000? Semua itu akan terjawab malam ini kerana semua empat finalis Maharaja lawak akan melakukan persembahan terakhir di Stadium Malawati, Shah Alam.
Jika kita lihat 12 minggu berturut-turut undian sms lebih memihak kepada Johan dan Zizan (Jozan) mengalahkan pesaing-pesaingnya.
Namun jika dilihat dari persembahan sesemua Fanalis, ZF melihat persembahan kumpulan Sepah lebih konsisten hingga digelar Bujuang Lapuk Moden oleh juri tetap, Saiful Apek..
Tetapi tidak kurang hebatnya satu-satunya finalis solo dalam Maharaja Lawak iaitu Ahmad Nabil Ahmad atau selesa di panggil Nabil berpeluang juga untuk menjuarai Maharaja Lawak.
Manakala kumpulan Jambu iaitu gandingan Yus dan Taukeh diberikan peluang kedua selepas tersingkir pada Minggu ke-12 tetapi pihak juri memutuskan untuk menggunakan imuniti.
Juara Maharaja Lawak akan ditentukan melalui 50% markah yang diberikan oleh juri dan 50% lagi menerusi undian penonton. Jadi tunggu ape lagi undilah finalis Maharaja Lawak pilihan anda untuk membantu mereka untuk menjuarai Maharaja Lawak Astro 2011....
Jangan lupa saksikan persembahan akhir finalis Maharaja Lawak malam ini.....
Tolong vote ZF yer untuk Blogger of the Year... Tekan gambar tu yer untuk undi....