Jika kita lihat 12 minggu berturut-turut undian sms lebih memihak kepada Johan dan Zizan (Jozan) mengalahkan pesaing-pesaingnya.
Namun jika dilihat dari persembahan sesemua Fanalis, ZF melihat persembahan kumpulan Sepah lebih konsisten hingga digelar Bujuang Lapuk Moden oleh juri tetap, Saiful Apek..
Tetapi tidak kurang hebatnya satu-satunya finalis solo dalam Maharaja Lawak iaitu Ahmad Nabil Ahmad atau selesa di panggil Nabil berpeluang juga untuk menjuarai Maharaja Lawak.
Manakala kumpulan Jambu iaitu gandingan Yus dan Taukeh diberikan peluang kedua selepas tersingkir pada Minggu ke-12 tetapi pihak juri memutuskan untuk menggunakan imuniti.
Juara Maharaja Lawak akan ditentukan melalui 50% markah yang diberikan oleh juri dan 50% lagi menerusi undian penonton. Jadi tunggu ape lagi undilah finalis Maharaja Lawak pilihan anda untuk membantu mereka untuk menjuarai Maharaja Lawak Astro 2011....